Kursus oh Kursus

Posted by ghimau under
Semalam, aku dengan geng-geng opis (termasuklah aunty virus) gi kursus kat ampang. Pasal penggunaan ???? (ada la produk yang kita beli, so diorang ni bagi la kursus berkenaan produk tu)

Kitorang naik pajero, bos kitorang en. f bawak kete sendiri, tapi kedekut giler.. tak nak bagi orang lain tumpang.. huhuhuh

Kitorang berhenti kat cek point pertama, stesyen minyak caltex, pastu tunggu la vendor tu datang jemput. Cuba korang lihat gaya seorang lelaki sejati sedang menunggu aweknya.. huhuhu

Sementara tunggu vendor tu datang, aku pun lihat lah pemandangan di sekeliling, ada satu bangunan ni cukup menarik perhatian aku.. so aku pun snap la gambar... Orang lain kereta lalu atas jalan raya.. tapi yang ni kereta lalu atas dinding bangunan.. huhuhu.. dunia oh dunia..

Akhirnya kitorang pun sampai la kat tempat kursus tu. Aku macam biasa la.. kalau aunty virus ada memang setan aku ni bertambah sikit.. huhuhu.. aku siap sms aunty virus sebelum nak 'hack' ke dalam demo version yang cikgu tu gunakan.

Aku berjaya.. aku buat dalam 2 kali, kali ketiga, tiba-tiba sistem tu shutdown.. aunty virus sms aku : "sein.. jahat ko ni.. sian giler akak nengok mamat tu terkial kial.. ko tolong lah upkan balik", aku pun try la nak upkan balik.. tapi tak dapat. sebab kene onkan secara fizikal unit tu.. unit tu pulak ada kat USA.. huhuhu tak dapek pakcik nak nolong.

Setelah penat berkursus tibalah masanya sesi bergambar.. nilah gambar cikgu aku..


Tapi yang paling best time kursus tu.. bila en ???? tanya soalan yang kau kau kat vendor tu.. huhuhu... nampak sangat en ???? tak pernah usik menatang tu.. huhuhu.. jangan marah yer.. gurau-gurau jer.. kalau tak leh gurau sila lah ke surau :P


Abis je kursus kitorang gi Sunway Piramid, nak tunggu bukak puasa, bila sampai jer kat sana, aunty virus dengan kak s, meluru ke sana ke sini mencari habuan untuk menghabiskan duit laki diorang.. huhuhu.. sungguh menggerunkan kaum hawa ni yer..

Aku pulak dah bosan.. gi la main game, rm 20.00 melayang duk melayan menatang ni.. tapi memang best.

Ni ada sorang mamat yang kira otai la kat pusat game tu.. ramai yang duk tengok dia main


Boleh pulak ada blue screen (bukan cd blue yer :P) kat lcd game ni.. hihihi.. nampak sangat windows mendominasi dunia. sampaikan game console pun guna windows.. tu yang kene skrin biru mampus (blue screen of death) tu. Huhuhu...

Lepas puas main game.. kitorang pun berkumpul.. pastu gi la kat tempat berbuka puasa. Aku tak sempat la nak amik gambar time berbuka tu.. aku sibuk melantak ajer.. huhuhu.. time tu xwings pun ada.. ada la aku duk sembang-sembang dengan dia pasal isu nslookup.exe latest remote exploit.

Lepas abih makan apa lagi.. balik la...huhuhu

9 comments:

On 19 September 2008 at 16:29 , aienurz shuhaimi said...

thnx for dropping by @ my blog
hihi
sesenang dtg r lepak ag
:)
salam perkenalan jugak

 
On 19 September 2008 at 16:34 , ghimau said...

awekcun83 : samo-samo :) selamat berbuko yo.. eh blog hang apo yo.. den nak link kan kat blog den ni.. leh?

 
On 19 September 2008 at 16:39 , InT@N said...

wahhh cenggitu la gamak nye ye??

 
On 19 September 2008 at 16:40 , ghimau said...

int@n : cenggitu la , takan cenggini kot :P

 
On 19 September 2008 at 16:52 , viruspadu said...

ko tak baik ok kenekan cikgu kita

cuak giler muka dia hahahaha

kalau kursus habis lambat, akak sembelih ko!

 
On 19 September 2008 at 17:00 , ghimau said...

viruspadu : huhuhu.. tu dah mmg sifat semulajadi saya.. tak leh nak ubah..

 
On 19 September 2008 at 17:58 , edrina said...

wahaha sian cikgu tu hahahahaa..

sungguh zalim en hakes neh ekekeke

 
On 19 September 2008 at 18:05 , ghimau said...

edrina : huhuhuh.. zalim ke? huhuhu

 
On 19 September 2008 at 23:39 , PerantauSepi1306 said...

wuhoooo siap hack pc cikgu yek... notty, notty.. ;p syiokk gi kursus reramai ni kan.. ;D