Koleksi Gambar Pemandangan Aku 2

Posted by ghimau under ,
Ni sambungan entry semalam.. kan aku ada citer kat korang aku nak post gambar-gambar yang aku amik masa kat pulau. Ha.. ni bukan kat Pulau Sebang tau.. apa kelass Pulau Sobang tu.. huhuhu

Gambar ni aku amik kat area Pantai Cahaya Port Dickson, time tu air surut giler.. so aku leh la singgah kat ada pulau kecik kat situ.. Kalau time-time biasa, pulau ni tenggelam ooo..

Nilah monumen yang aku jumpa.. sekali teringat lak kat langkawi.. huhuhu.. siapa tahu aku amik gambar klon helang langkawi ni kat mana? Huhuhu

Hmm. korang nengok ajer lah gambar-gambar lain ni yer.. aku nak explain pun tak pandai.. lagipun pok cu aku selalu pesan, A picture can speak thousands of words.. huhuhu

Tapi aku citer la sikit-sikit.. Inilah pokok bakau puaka yang dipercayai dihuni oleh jembalang laut bermisai ijau.. Anak-anak kecil dan ibu mengandung adalah dilarang sama sekali untuk menghampiri menatang ni.

Pokok bakau ni pulak dipercayai menjadi tempat lepak anaconda. Korang tak caya ke? Cuba nengok benda kuning kecoklatan yang melekat kat pangkal pokok tu. Itulah najis anaconda yang telah kering, sebab time tu panas terik. Jangan sentuh najis tu sebab ianya dalam kategori mutawasitah. Kalau tersentuh kene carik air mutlak untuk sucikan diri.

Cuba nengok pokok tu.. tapi pokok tu bukan motif gambar ni. Aku nak citer pasal lopak air depan pokok tu. Korang jangan ingat tu air biasa.. tapi itulah tempat puteri bunian mandi. Korang tak caya ke? Aku pun tak berapa percaya jugak.. Huhuhu

Ni pulak pandangan dari dekat. Tengok akar yang tajam-tajam tu. kalau silap ari bulan kaki gajah pun leh tembus tu.. lagi power dari nibung tunggal ni.

Ini bukanlah batu batan biasa.. Bila time malam, menurut penduduk di sini tepat jam 3.03 a.m waktu rtm, batu - batu ni akan bertukar menjadi cekodok. Ni lah makanan untuk anak-anak jin yang sedang membesar.

Yang ni pulak bila malam dia akan bertukar jadi cekodok yang lebih besar.. Sudah tentunya ianya menjadi makanan bapak jin dan mak jin. Datuk jin dan nenek jin pun leh join sekali jugak.

Aku rasa Malaysia ni memang banyak tempat-tempat menarik yang cantik dan misterious.. cuma menunggu masa untuk diteroka.. Sekian dulu siri pengembaraan ke alam mistik dengan pokcik ghimau.. huhuhu

17 comments:

On 23 September 2008 at 08:29 , viruspadu said...

ko ni

cerita betul ke reka2 ek

tp kalau ko reka, nampak mcm real la

ko boleh menjadi penulis novel mistik

bab cekodok tu paling tak boleh blah

:p

 
On 23 September 2008 at 08:42 , wan-neeza said...

cekodok? ha ha ha

 
On 23 September 2008 at 08:44 , no need to reveal said...

heheheh....aduila...kalau org yang memang dari luar negara..dia percaya tuuu...bagus tul..pila kat lain plak..

 
On 23 September 2008 at 09:52 , ghimau said...

viruspadu : huhuhuhu.. betul atau rekaan itu terletak pada orang yang menilainya.. huhuhu

wan-neeza : minat cekodok gak ke? huhuhu

no need to reveal : huhuh.. bes bes..leh keje dengan tourism ni :)

 
On 23 September 2008 at 10:03 , alia said...

layan....

 
On 23 September 2008 at 10:19 , Anonymous said...

tpu r.................dekat ulu bendul adelh.............najis...ninaconda.huhuhu..........

 
On 23 September 2008 at 10:20 , tengku said...

tpu..tpu..........hehehehehe......

 
On 23 September 2008 at 11:35 , ghimau said...

alia : zass.... :P

anonymous : ninaconda? mcm pornah dongar la :)

tengku : mana ada tipu aku tak tipu la.. aku tipu sikit jer.. huhuhu

 
On 23 September 2008 at 12:46 , Anonymous said...

sumo eh BONGAK bolako.... xdo yg botul eh... sapo2 yg cayo, mmg hawau laa dio...
p/s: tourist dr oversea pun pakat golak ghamai2 donga citer bohong nih

 
On 23 September 2008 at 12:49 , ghimau said...

anonymous : cis kuang asam punyo budak.. den ghaso ado komplot nak menjatuhkan den ni.. ni semuo konspirasi ni..huhuhu

 
On 23 September 2008 at 15:42 , tazz said...

menarik. kelakar pon ade. ni reka sendiri ke ape?

 
On 23 September 2008 at 16:06 , ghimau said...

tazz : huhuh rekaan semato mato.. xder kene mengena dengan yang hidup atau yang sedang nak mati apatah lagi yang telah lama mati.. huhhu

 
On 23 September 2008 at 22:57 , PerantauSepi1306 said...

iskkkkkk mistik sungguh... tapi part cekodok tu akak tak leh tahan weh.. gelak guling2 neh ;p

 
On 23 September 2008 at 23:07 , edrina said...

huh..giler menakutkan gambo2 yg ekau amik neh en.ghimau .. ditambah ngan citer rekaan mistik ekau tu.. giler horror huhuhuhu

 
On 25 September 2008 at 06:22 , wan-neeza said...

mmg berminat kat cekodok..kalau batu bleh tukar jd cekodok, kenyang rakyat malaysia ni

 
On 25 September 2008 at 08:05 , ghimau said...

perantauSepi1306 : memang misteri dan mistik. :)

edrina : gambar tu memang menakutkan, tapi tukang amik gambar tu lagi menakutkan oo.. huhhu :P

wan-neeza : mesti wan-neeza ni expert buat cekodok kan :)

 
On 22 October 2008 at 13:08 , maszeerra said...

leh cayo ko cito2 nieeee