Hihihi

Posted by ghimau under
Aku ingat nak balik umah tadi.. tapi saje jer try search pasal blog aku ni kat web. Tak sangka ada orang buat reference kat blog aku pasal rfi. Hihihi.. Ni yang lagi membakar semangat aku ni :)





Ni link dia : http://forums.oscommerce.com/index.php?showtopic=286605&st=20

Bengang!

Posted by ghimau under
Hahaha.. entry kali ni bengang aku bengang aku bengang.. hihihi.. Hmm.. mana tak bengang.. aku balik jer dari kursus Jumaat lepas dah kene siapkan satu web. Web tu lak nak dilaunch hari Selasa. Sosial tul la!

Aku dah plan aktiviti untuk ujung minggu ni.. tapi terpaksala cancel.. :( aduss.. bengangnya..
Macam ni la rupa aku bila bengang

So semalam aku buat la secara intensif web ni.. walaupun aku bengang :) Buat web ni guna template free, tapi lagi azab rupanya.. sebab css dia ntah apa-apa.. tak paham aku.. payah giler nak susun. So aku buat layer-layer yang baru overwrite layer yang asal..

Ni lah sebahagian fail web tu

Bila nak edit dalam dreamweaver, nak tak nak kene 'main' dengan dia punya code dan css, kalau tak margin dia lari.. Sosial tul!

Hmm.. aku ni peminat limau mandarin, kalau sekotak tu aku sorang leh abiskan dalam masa 2 hari. Semalam dekat 10 biji limau tu aku bedal one shot.. akibatnya.. sakit perut woo... Ingatkan makan limau banyak-banyak leh ilang tension.. rupanya lagi tension :)

Lepas tu aku dah malas nak usik dah web ni.. aku nengok tv sat.. ada bola.. walaupun aku tak minat langsung bola ni, tapi aku nengok gak la..

Pastu aku sambung la balik web ni.. Dan hasilnya.. inilah dia web tersebut. Grafik tu aunty virus yang buat

Hmm.. ni kang time nak update web ni rasanya besar kemungkinan aku gak yang kene update ni.. yer la nanti kang orang lain tak tahu structure dia.. entah la.. ikut jer la.. dah nasib badan :)

Petang semalam, aku sms aunty virus, kalau kita launch live, bahaya gak.. takut tiba-tiba internet down, pastu terus terang, aku tak yakin dengan setting dns yang 'akan' di buat. Nanti kalau tak leh bukak, unit aku gak yang dipersalahkan. So aku cadangkan buat fake dns lookup. Guna domain dia tapi point kan ke localhost, dalam masa yang sama dia leh gak gi internet, jadi kalau orang nengok memang nampak macam live la :)

So malam tadi lepas siapkan web tu, aku buatlah setting benda ni. Ni yang menarik ni.. mencabar sikit :P Dan alhamdulillah, aku berjaya.. yea yea.. memang rasa best time tu bila berjaya buat. So bertambah yakin lah kitorang kalau nak launch web ni. :)

Pagi tadi aunty virus datang jap, semak web tu.. ada gambar-gambar skit yang nak dimasukkan. Aku ingat malam kang la aku buat.. aku dah malas ni :P

Hi Semua

Posted by ghimau under
Hi.. Dah lama giler aku tak update blog ni.. bukan apa bz sangat.. Aku pun terpaksa slow downkan aktiviti 'hacking' aku sebab keje menimbun nimbun ni ha!

Hari Isnin sampai Khamis lepas aku gi kursus intro to networking kat scan. Penat oo... sebab ulang alik naik komuter.. time tu ujan je manjang.. sampai demam-demam la aku..

Nak citer sikit la pasal kursus ni, yang datang ramai 41 ke atas jer, yang 29 ada 2 orang jer.. satu aku satu lagi dari matrade. Hmm.. kadang-kadang aku hangin gak dengan diorang ni.. yer la.. bila cakap bukan main, belagak tak hingat dunia, pandang orang lain rendah.. tapi bila bab knowledge haprak! Selalunya orang-orang macam ni lah yang jadi admin, cepat naik pangkat... ah lantak la kan.. sendiri mau ingat la :)

Cuma aku rasa, kalau pegang jawatan tu.. kene la berbaloi.. ye tak.. amik la masa untuk studi ke.. ada yang siap jadi part time lecturer, ngajar network.. tapi 3 way handshake pun tak tahu.. patutlah budak-budak lepasan studi ni haprak.. sebab lecturer dia pun 2x5 :) (bab it ni lah yang aku nampak)

Dalam pada tengah kursus ni aku sempat la usha-usha web agensi x ni, bukan apa mamat tu belagak nak mampus, siap kata mcm mana ko leh dapat kursus ni, patutnya 41 ke atas jer.. dia siap cakap dia security expert kat tempat dia.. hihihi. Dalam pada usha-usha tu aku jumpa la 3 bug besar kat web dia yang membolehkan aku own3d dia punya site! Hahaha.. tapi aku tak buat apa-apa la... just usha jer.. benda ni bukan apa.. menjadi kepuasan kepada aku.. aku tak citer pun kat dia.. hahahaha.. security expert konon.. pii rahh.. aku ni dah 5 tahun dalam underground community ni pun rasa bangang lagi.. banyak lagi yang tak tahu.

Satu angle yang menarik

Happy New Year

Posted by ghimau under
Hi geng.. patutnya entry ni kena letak semalam. Tapi takperla kan :). Hm.. pejam celik pejam celik dah tahun 2008. Cepat sungguh masa ni berlalu yer.. rasanya tak puas lagi dengan tahun 2007.

Hmm.. sepanjang tahun 2007 banyak peristiwa yang telah aku alami, ada yang best dan ada yang tak best. Biasalah dah nama pun manusia, so ada masa kenelah uji ada masa diberi puji.

Kita ni suka merancang, tapi hakikatnya bukan sumer yang kita rancang dapat dilaksanakan. So kenelah sentiasa meminta dan mengharap ehsan pada DIA. DIA yang memiliki 7 petala langit dan 7 petala bumi serta isinya. Bila kita faham hakikat diri kita ni, lemah, hina, jahil dan faqir, maka ketika itu barulah bermula perjalanan hidup seorang muhsinin.

Tahun 2008 ni kalau boleh nak perbaiki diri, nak menambahkan ilmu-ilmu hacking :) kalau boleh niat di hati nak jadi master hacker satu hari nanti.. hihihi..

Insya ALLAH, moga-moga dimakbulkan segala apa yang baik buat diriku. Dan buat awek aku, i love you bebeh :P