Bengang!

Posted by ghimau under
Hahaha.. entry kali ni bengang aku bengang aku bengang.. hihihi.. Hmm.. mana tak bengang.. aku balik jer dari kursus Jumaat lepas dah kene siapkan satu web. Web tu lak nak dilaunch hari Selasa. Sosial tul la!

Aku dah plan aktiviti untuk ujung minggu ni.. tapi terpaksala cancel.. :( aduss.. bengangnya..
Macam ni la rupa aku bila bengang

So semalam aku buat la secara intensif web ni.. walaupun aku bengang :) Buat web ni guna template free, tapi lagi azab rupanya.. sebab css dia ntah apa-apa.. tak paham aku.. payah giler nak susun. So aku buat layer-layer yang baru overwrite layer yang asal..

Ni lah sebahagian fail web tu

Bila nak edit dalam dreamweaver, nak tak nak kene 'main' dengan dia punya code dan css, kalau tak margin dia lari.. Sosial tul!

Hmm.. aku ni peminat limau mandarin, kalau sekotak tu aku sorang leh abiskan dalam masa 2 hari. Semalam dekat 10 biji limau tu aku bedal one shot.. akibatnya.. sakit perut woo... Ingatkan makan limau banyak-banyak leh ilang tension.. rupanya lagi tension :)

Lepas tu aku dah malas nak usik dah web ni.. aku nengok tv sat.. ada bola.. walaupun aku tak minat langsung bola ni, tapi aku nengok gak la..

Pastu aku sambung la balik web ni.. Dan hasilnya.. inilah dia web tersebut. Grafik tu aunty virus yang buat

Hmm.. ni kang time nak update web ni rasanya besar kemungkinan aku gak yang kene update ni.. yer la nanti kang orang lain tak tahu structure dia.. entah la.. ikut jer la.. dah nasib badan :)

Petang semalam, aku sms aunty virus, kalau kita launch live, bahaya gak.. takut tiba-tiba internet down, pastu terus terang, aku tak yakin dengan setting dns yang 'akan' di buat. Nanti kalau tak leh bukak, unit aku gak yang dipersalahkan. So aku cadangkan buat fake dns lookup. Guna domain dia tapi point kan ke localhost, dalam masa yang sama dia leh gak gi internet, jadi kalau orang nengok memang nampak macam live la :)

So malam tadi lepas siapkan web tu, aku buatlah setting benda ni. Ni yang menarik ni.. mencabar sikit :P Dan alhamdulillah, aku berjaya.. yea yea.. memang rasa best time tu bila berjaya buat. So bertambah yakin lah kitorang kalau nak launch web ni. :)

Pagi tadi aunty virus datang jap, semak web tu.. ada gambar-gambar skit yang nak dimasukkan. Aku ingat malam kang la aku buat.. aku dah malas ni :P

6 comments:

On 20 January 2008 at 12:39 , viruspadu said...

mmg speSIAL kan...

td pun kakak ko tu kol akak, nak bg lg gambor, akak ckp ngan dia, dah xde makna nya dah, x sempat nyer, aduh, nape la nasib kita ni mcm ni sein,

tp akak mmg kesian banget sama ko...

tp kan sein, mmg cun giler la akak tgk site kita ni... syabassss

dan akak igt nak publish web ni kat blog akak, then akak nak tulis kat situ, sape2 nak ko buatkan web personal dorg, sila la bayar kat ko kannnn...

bagus x idea akak nih...

 
On 20 January 2008 at 12:47 , ghimau said...

mmg dari dulu sampai skang ni kita kene buli jer.. kambing gurun tul. Si kakak tu nak kene jurus panahan arjuna la rasanya. Bengang tul!

Hihihik.. ok gak idea tu.. tapi kene buat usaha sama la.. sebab bab grafik sy kantoi :)

Hmm.. nak tak nak kene terima ajer la kak.. nak komplen banyak2 pun tak guna.. cuma kadang2 manusia ni kene luahkan perasaan.. tu jer.. tak der la nak simpan apa-apa..

macam akak cakap la.. akak ni dah macam akak sy.. selama ni pun susah senang dlm keje.. banyak yang akak bantu..

tapi bagusla.. sebab sy sedar.. sy ni adalah manusia lemah.. kadang-kadang emosi terganggu jugak :)

 
On 22 January 2008 at 09:16 , Myalycia said...

wah, aku bangga ngan korang berdua.. mmg work team yg bagus... chayok chayok...

 
On 24 January 2008 at 16:33 , ghimau said...

hihihi

 
On 26 January 2008 at 01:03 , Cikli's Headware said...

besak la org2 bujang kena buli2 time2 cengginih.. x de alasan nak mengulat.. tp berbekalkan semangat ko yg jitu di samping bekup aunty virus(apsal ko panggil dia aunty? bergetah lg la dia..) korg tag team yg bgus!! x guno la ko bengang2.. aku rasa kalo aku ada kat ko.. aku lagi bengang kot.. dr berpuluh2 bijik limau.. sebijik pun ko x hulur!! hahahaha..

 
On 10 February 2008 at 00:34 , Anonymous said...

muke ko macam shahrukh khan ler...
ekekeke..jgn mare