Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

Al-Kahfi ayat 110

Mencintai baginda Muhammad saw itu adalah wajib hukumnya. Barang siapa menyintai Rasullullah bererti dia itu menyintai ALLAH. Begitulah akrabnya hubungan ALLAH dengan Rasulullah.

Adalah baginda Muhammad itu menjadi 'wakil' ALLAH di atas muka bumi ini, menyimpan segala rahsia 7 petala langit dan 7 petala bumi,sangat tinggi akhlaq dan budi, sehinggakan bulan dan matahari pun sujud malu ketika hendak menatap wajah baginda. Subhanallah...

Apakah rahsia agong yang dipegang oleh baginda? Itulah dia, barangsiapa berharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah syirik kepada ALLAH. Inilah rahsia yang paling besar, puncak kebahagiaan yang paling nikmat, menara kejayaan yang paling tinggi.



Berhati-hatilah dengan bahaya syirik, kerana syirik itu adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di kala malam yang gelap gelita. Carilah jalan untuk membebaskan diri dari dibelengu syirik!

Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under
Kisah Seruling Buluh

Dengarlah alunan pilu seruling bambu
Sayu sendu lagunya menusuk kalbu
Sejak ia bercerai dari batang pokok rimbun
Sesaklah hatinya dipenuhi cinta dan kepiluan

Walau dekat tempatnya laguku ini
Tak seorang tahu serta mau mendengar
O kurindu kawan yang mengerti perumpamaan ini
Dan menyatukan jiwanya dengan jiwaku

Api cintalah yang membakar diriku
Anggur cintalah yang memberiku cita berahi
Inginkah kau tahu bagaimana berahi cintaku?
Dengar, dengar alunan lagu seruling bambu

Syeikh Jalaluddin al Rumi

Yahoo Messenger Status Checker

Posted by ghimau under
Salam. Lama dah tak update menatang blog ni .. hehehe. Nak buat macam mana.. network slow macam hampeh. Broadband sucks!

Hmm.. nanti ada masa aku nak uploadkan pic raya.. walaupun raya dah abih.. tapi semangat raya tu masih membara ni wei.. hehehe...

Ok.. entry kali ni aku nak kongsi satu skrip perl yang aku buat. Skrip ni very simple, apa yang dia buat adalah check status yahoo messenger sama ada online atau offline berdasarkan yahoo id yang di masukkan.

Ni lah paparan screenshot skrip ni in action. Hehehe.. bro t_qooze, aku pinjam nick ko jap nak buat demo.. hehehe...

Dalam screenshot ni menunjukkan user t_qooze sedang online, kalau user tu tak online dia kuar la mesej user sedang offline.



Ok ni pulak adalah source codenyer.. Happy coding dari pokcik ghimau.. hehehe