Semalam den cuti kecemasan. Sebenarnya takder lah benda yang nak dicemaskan sangat cuma aku jer sajer yang mencemaskan diri..huhhu.. Semalam aku sakit kepala + sakit perut .. pagi nak gi kerje tu memang tak larat... so aku pun sms lah bos aku (aunty virus) memaklumkan perkara tersebut. Dia hanya membalas sms aku dengan perkataan : "Iyolah" Huhuhu
Semalam tak der la aktiviti sangat.. duk umah jer.. sebab tak sihat kan.. malam sebelum tu adalah sikit aktiviti membanteras saka baka.. huhuhu
Time-time kebosanan tu aku ingat nak baca buku ni yang aku download dulu. Tapi nasib baik la tak jumpa.. kalau tak memang meriah la raya ni.. orang lain main mercun.. aku lak main bom nuklear.. huhuhu
Bila petang sikit.. badan aku dah mula sihat, aku pun pergi lah bengkel, nak servis kete. Sekali kene rm270 la.. huhuhu.. yerlah banyak benda yang kene tukar.. brake pad la, itu la, ini la.. sudahnya itulah amaun yang perlu aku bayar.. huhuhu.. Bila pakai kete ni kena lah bersedia dengan perbelanjaan yang macam ni..Lepas servis kete.. aku pun singgah jap kat tesco, beli tong sampah mini untuk kete. So lepas ni kalau alia nak buang sampah time naik kete aku, leh la buang dalam tong kecik tu :)
Lepas tu pulak.. aku gi jusco.. gunting rambut.. bila aku nengok cermin.. pergh.. hensem giler siut.. meletup letup tu.. patutla ramai aweks berkenan kat aku.. huhuhu... Alia.. jangan marah yo.. den gurau yo tu.. :P