Liku Liku Kehidupan

Posted by ghimau under
Malam tadi aku duk termenung, teringat satu perjumpaan aku dengan seorang hamba Allah pada satu masa dahulu. Aku adalah duk bersembang dengan dia ni, sembang punya sembang termasuklah bab tasawuf. Katanya tasawuf adalah ilmu yang abstrak. Sama macam ilmu para pendita yunani. Kerana ajaran tasawuf ni mengaitkan sesuatu dengan sesuatu sehingga akhirnya hilang punca dan arah.

Aku sangat-sangat tak setuju dengan kenyataan dia, tasawuf bukanlah suatu ilmu yang abstrak. Ianya ada fokus yang amat terang dan jelas. Ma'rifatullah itulah matlamatnya. Pengaitan dan pemerhatian itu adalah satu jalan (tafakur dan musyahadah) untuk memerhati dan melihat keESAan ALLAH melalui penciptaanNYA. Tasawuf adalah ajaran ihsan, bertunjangkan Quran dan bersendikan Hadis yang muktabarah.

Banyak perkara yang aku lalui dalam hidup ni yang membuka mata hati aku agar dapat mengenali ALLAH. Bukanlah hidayah ALLAH itu hanya turun di masjid, hanya turun pada mereka yang alim dan warak, tidak! Hidayah adalah milik mutlak ALLAH. Terpulang padaNYA untuk diturunkan pada siapa yang DIA kehendaki. Subhanallah!

Aku tersentuh malam tadi lepas terpandang gambar seorang tokoh sufi yang memang aku respect. Syeikh Muhammad Nafis al Banjari namanya. Kat bawah nilah gambar dia. Tulah punca aku tulis post ni :)

Dia ni ada tulis satu kitab tasawuf yang sangat halus isinya. Nama kitab yang aku maksudkan tu Darun Nafis. Ni kitab tua (kitab lama la tu) yang membicarakan persoalan tasawuf muntaha. Aku ada satu salinan kitab ni.

Kitab ni ditulis dalam jawi lama. So susah sikit la nak baca. (Petua orang tua-tua kalau nak terang mata, selalu baca kitab tua). Isi kandungan kitab ni menceritakan tentang tauhid (mengesakan ALLAH).

Barangsiapa menghiasi zahirnya dengan mujahadah, maka ALLAH akan memperhalusi rahsiaNYA dengan musyahadah.

9 comments:

On 30 November 2007 at 16:39 , فيصل said...

peh... kagum kagum... aku belum sampai tahap itu lagi.. aku masih mencari sinar keredhaannya...

aku dah jumpa 3 orang indirect guru... tiga situasi berbeza

pesanan diorang
guru satu
:pergi lah jumpa nenek kamu di batu pahat.. blaja dengan die

guru dua
:die berbicara tentang akhlak.. akal dan nafsu

guru tiga
:hadapilah semua dengan tenang... suma ni dugaan..

sekarang.. aku masih termenung.. dan berusaha untuk berhenti merokok.. aku kena beli d fadly aura minda nih..

 
On 30 November 2007 at 17:31 , ghimau said...

hihihi.. semuanya atas diri kita ni kucai. Kata ALLAH "Kamu akan ditanya atas apa yang kamu buat"

So kita lah yang kena usaha (mujahadah) sendiri. Sebab kata saidina umar "Awaluddin ma'rifatulla" = awal agama itu mengenal ALLAH.

Kalau ko nak cari redha DIA, ko kene lah kenal DIA dulu. :)

 
On 30 November 2007 at 17:50 , Anonymous said...

:(

 
On 30 November 2007 at 18:11 , ghimau said...

:O

 
On 3 December 2007 at 09:04 , viruspadu said...

insap akak sein,
kagum btl lah

 
On 3 December 2007 at 09:20 , ghimau said...

sy insap kejap jer ni :P

 
On 3 December 2007 at 18:15 , فيصل said...

ahahahhaha.. insap kejap.. saya insap kejap jer ni...

 
On 9 September 2009 at 15:36 , BUY WOW GOLD said...

Nice blog. I a also ardent player of WOW GOLD. I love this game. Nice posting about wow gold. Thanks

 
On 29 November 2010 at 12:07 , Anonymous said...

ada kitab tu dicetak dalam bahasa rumi ada dijual di kedai buku