Kursus PHP

Posted by ghimau under
Isnin sampai la Rabu lepas aku dengan budak-budak ofis gi kursus PHP kat Glory Beach Resort. Best gak la kursus ni, walaupun aku rasa tempat kursus tu macam tak best ajer.. hihihi.

Yang penting isi kandungan kursus tu ye tak? Hmm.. diorang ajar basic PHP la.. tapi teknik pengajaran diorang tu memang bagus. Diorang ajar sambil buat satu sistem ringkas. Kiranya kitorang ni dapat la pengalaman real case scenario. Macam on job training gak la.

Last day tu aku sempat la bergambar. Brader f tolong snapkan pic ni. Kambing tul dia tu.. blur ajer gambar yang dia amik. Hihihi.



Gaya seorang lelaki macho


Tengah plan nak main kanu. Hihihi.. macam geti ajer aku ni.


Nilah 2 ekor ikan arapaima gigas yang diorang bela. Seronok nengok ikan ni.

Sepanjang kursus tu aku duk bawak balik nota, tak tinggal kat tempat kursus. Member aku yang lain sumer tinggalkan nota kat sana. Siap ada yang perli aku, kata fuh.. nak study kat umah la tu. Aku duk tersenyum jer.

Mana-mana kursus yang aku pegi, aku tak pernah tinggalkan nota. Mesti aku bawak balik. Bukanlah aku studi kat umah. Tapi dalam nota tu ada ilmu yang aku nak. So bagi aku cara aku hargai ilmu tu adalah yang macam aku buat tu la. Sebab ilmu ni milik ALLAH, DIA akan kurniakan pada mereka yang mensyukuri nikmatNYA. Hihihi.. saje jer tulis benda ni kat sini. Mana lah tahu leh jadi ilmu yang ada manfaat. :)

4 comments:

On 3 December 2007 at 09:07 , viruspadu said...

huh kalu akak tahu
akak bawak balik nota tu
ko diam2 je ek

 
On 3 December 2007 at 09:19 , ghimau said...

hahahaha.. sy kedekut ilmu.. hahahaha

 
On 6 December 2007 at 09:19 , Myalycia said...

wah, lepas ni makin ramailah pakar PHP kat UPTM hehe.. apa2 pun kalau belajar program kena buat lepas tu.. kalau setakat belajar tak buat tak guna hehe...

~ Pesanan Dari Insan Yg Masih Belajar PHP ~

 
On 10 December 2007 at 10:49 , ghimau said...

cayalah alycia