Liku Liku Kehidupan

Posted by ghimau under
Malam tadi aku duk termenung, teringat satu perjumpaan aku dengan seorang hamba Allah pada satu masa dahulu. Aku adalah duk bersembang dengan dia ni, sembang punya sembang termasuklah bab tasawuf. Katanya tasawuf adalah ilmu yang abstrak. Sama macam ilmu para pendita yunani. Kerana ajaran tasawuf ni mengaitkan sesuatu dengan sesuatu sehingga akhirnya hilang punca dan arah.

Aku sangat-sangat tak setuju dengan kenyataan dia, tasawuf bukanlah suatu ilmu yang abstrak. Ianya ada fokus yang amat terang dan jelas. Ma'rifatullah itulah matlamatnya. Pengaitan dan pemerhatian itu adalah satu jalan (tafakur dan musyahadah) untuk memerhati dan melihat keESAan ALLAH melalui penciptaanNYA. Tasawuf adalah ajaran ihsan, bertunjangkan Quran dan bersendikan Hadis yang muktabarah.

Banyak perkara yang aku lalui dalam hidup ni yang membuka mata hati aku agar dapat mengenali ALLAH. Bukanlah hidayah ALLAH itu hanya turun di masjid, hanya turun pada mereka yang alim dan warak, tidak! Hidayah adalah milik mutlak ALLAH. Terpulang padaNYA untuk diturunkan pada siapa yang DIA kehendaki. Subhanallah!

Aku tersentuh malam tadi lepas terpandang gambar seorang tokoh sufi yang memang aku respect. Syeikh Muhammad Nafis al Banjari namanya. Kat bawah nilah gambar dia. Tulah punca aku tulis post ni :)

Dia ni ada tulis satu kitab tasawuf yang sangat halus isinya. Nama kitab yang aku maksudkan tu Darun Nafis. Ni kitab tua (kitab lama la tu) yang membicarakan persoalan tasawuf muntaha. Aku ada satu salinan kitab ni.

Kitab ni ditulis dalam jawi lama. So susah sikit la nak baca. (Petua orang tua-tua kalau nak terang mata, selalu baca kitab tua). Isi kandungan kitab ni menceritakan tentang tauhid (mengesakan ALLAH).

Barangsiapa menghiasi zahirnya dengan mujahadah, maka ALLAH akan memperhalusi rahsiaNYA dengan musyahadah.

Cyberjaya Lagi

Posted by ghimau under
Hari Rabu lepas, time nak balik dari kursus, brader A dari library call. Berikut adalah dialog ringkas aku dengan dia.

A: "Hello.. web korang xleh masuk ke?"
aku: "Eh.. tak tau la pulak aku, aku tengah kursus ni"
A: "Aku nak bukak email dari web, tapi bila aku bukak ada error la"
aku: "Hmm.. apa error nya?"
A: dia pun duk baca la error tu

Aku suspect sama ada mysql punya error time tu. So benda ni memang urgent la.

Semalam aku dengan aunty virus dengan terpaksanya pegilah ke cyberjaya. Tulah, kan senang kalau park server kat sini jer. Skang ni, kitorang yang payah. Kambing tul.

Sampai sana, kitorang duk nengok la log file. Juling oo mata.


Aku try install awstat. Tools untuk log file analyzer, sekali aku terlupa lak yang kene install Perl Interpreter dulu. Memandangkan ni production server, so aku membatalkanlah niat untuk menginstall tool tersebut. Takut nanti ada problem lak kat server ni.


Rack server kitorang ni

Kursus PHP

Posted by ghimau under
Isnin sampai la Rabu lepas aku dengan budak-budak ofis gi kursus PHP kat Glory Beach Resort. Best gak la kursus ni, walaupun aku rasa tempat kursus tu macam tak best ajer.. hihihi.

Yang penting isi kandungan kursus tu ye tak? Hmm.. diorang ajar basic PHP la.. tapi teknik pengajaran diorang tu memang bagus. Diorang ajar sambil buat satu sistem ringkas. Kiranya kitorang ni dapat la pengalaman real case scenario. Macam on job training gak la.

Last day tu aku sempat la bergambar. Brader f tolong snapkan pic ni. Kambing tul dia tu.. blur ajer gambar yang dia amik. Hihihi.



Gaya seorang lelaki macho


Tengah plan nak main kanu. Hihihi.. macam geti ajer aku ni.


Nilah 2 ekor ikan arapaima gigas yang diorang bela. Seronok nengok ikan ni.

Sepanjang kursus tu aku duk bawak balik nota, tak tinggal kat tempat kursus. Member aku yang lain sumer tinggalkan nota kat sana. Siap ada yang perli aku, kata fuh.. nak study kat umah la tu. Aku duk tersenyum jer.

Mana-mana kursus yang aku pegi, aku tak pernah tinggalkan nota. Mesti aku bawak balik. Bukanlah aku studi kat umah. Tapi dalam nota tu ada ilmu yang aku nak. So bagi aku cara aku hargai ilmu tu adalah yang macam aku buat tu la. Sebab ilmu ni milik ALLAH, DIA akan kurniakan pada mereka yang mensyukuri nikmatNYA. Hihihi.. saje jer tulis benda ni kat sini. Mana lah tahu leh jadi ilmu yang ada manfaat. :)

Karaoke

Posted by ghimau under
Aritu member kamcing aku napie dan amir datang seremban. Tujuannya saja nak jumpa, sembang-sembang. Nik tak dapat datang, banyak keje katanya.

So kitorang pun gi la lepak kat karaoke kat seremban parade. Meriah gak karaoke ni. Kitorang duk melalak 3 jam dalam bilik tu. Hihihi.

Tengah-tengah nyani, tiba-tina pitching lari, ingatkan sound sistem problem, rupanya suara kitorang yang lemak merdu ni yang problem. Hihihi


Napie menyanyi dengan penuh perasaan


amir dah mula menunjukkan tanda-tanda kepenatan. Mana tak penat, 3 jam duk melalak dalam tu. Hihihi.

Nyanyi punya nyanyi, akhirnya aku jumpa satu lagu yang sesuai.. cewah..

Kisah Seorang Biduan

( 1 )Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan( 2X )

( 2 )Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan ( 2X )

( korus )Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu ( 2X )

( ulang korus )

( ulang 2 & korus & korus & 1 )

TM Net Hotspot

Posted by ghimau under
Hmm.. TM Net Hotspot. Free akses internet? Yes yes.. TM Net ada buat promosi hotspot ni kat komuter Seremban. So aku ada la pi nengok sat.

Yang sedihnya tak ramai pengguna Seremban berminat dengan servis ni, hampeh tul!

Dalam menjayakan promosi ni, aku dan aunty virus ada jugak memainkan peranan. Kita kene buat satu sistem pendaftaran untuk membolehkan pengguna mendaftar bagi melayakkan diri untuk pertandingan cabutan bertuah. Sistem tu simple jer.. Cuma additional part dia, TM Net minta, sistem tu hanya boleh diakses oleh pengguna dari hotpsot komuter seremban sahaja. So kene buat IP address recognition.

Ni merupakan core part untuk ip address recognition tu (guna php, alycia mesti suka ni)

$allow1 = "xxx.xxx.xxx.xxx";
$allow2 = "xxx.xxx.xxx.xxx";
$allow3 = "xxx.xxx.xxx.xxx";

if ($_SERVER["REMOTE_ADDR"] == $allow1 $_SERVER["REMOTE_ADDR"] == $allow2 $_SERVER["REMOTE_ADDR"] == $allow3){

//proses


so hanya ip dalam variable allow1, allow2 dan allow3 sahaja boleh mengakses sistem ni. (Kalau tak nak guna 'or', leh setkan array terus)

Bila nengok portal dan sistem tu online, rasa bangga siut :)


Dalam perjalanan tu aku sempatlah buat wardriving.. hasilnya memang memberangsangkan :) hihhi. Actually, awek aku yang buat wardriving ni, aku cuma drive keter jer.. Cekap gak minah ni :) Bangga aku dapat awek hakes :)


Wardriving yang membuahkan hasil :)

Cable USB kong

Posted by ghimau under
Aisey man.. nak tahu tak nape lama aku tak update blog ni? Hmm.. cable usb untuk hp aku tu rosak.. kambing tul..

Ok la.. aku masukkan la event-event yang telah berlaku dalam hidup aku.. chewah

Ni merupakan entry tentang aku menunjukkan fungsi-fungsi yang ada dalam metasploit 3 kat aunty virus. Aritu dia ada pegi satu meeting, dalam meeting tu ada vendor tunjuk macam mana nak exploit ie dalam vista menggunakan metasploit.



Sebelum apa-apa, kita update la dulu exploit dari metasploit.


Lepas tu, kita startkan web console


Lepas tu kita pilih exploit yang sesuai atau payload yang sesuai. Masukkanlah apa-apa option yang sewajarnya.. Tu jer la :)

Metasploit ni adalah satu tools point and click exploit. Sebaik baiknya kita kene lah faham apa benda yang kita exploit. Kalau setakat tahu guna tools jer.. sama lah kita ni macam script kiddies yang lain :) - lame hihihi

Lama Tak Hupdate

Posted by ghimau under
Hihihi.. lama ke aku tak update blog ni? ada la dalam seminggu lebih kot :P Bukan apa.. ada problem sikit. Hmm... korang nak tahutak nape aku lama tak update blog?


Hihihi.. minggu lepas, aku mintak tolong brader f (nama sebenar beliau terpaksa dirahsiakan) belikan nasik lemak. So pagi tu aku duk makan la nasik lemak. Yang peliknya time tengah hari aku rasa masih kenyang, time petang pun sama. Kebetulan pulak awek aku ajak gi parkson. Aku pun pegi la.. Kat sana, ada jualan dan pameran pasu dari negara China. Kisah sadis ni bermula apabila aku bergambar dengan salah satu pasu yang agak mistik, di percayai pasu tersebut berasal dari dinasti Ming dan menyimpan seribu satu rahsia yang amat sukar untuk dinyatakan di sini. Berikut adalah gambar artifak tersebut.




Malam tu perut aku masih lagi rasa kenyang.. so aku tak makan la. Lebih kurang pukul 10 malam, tiba-tiba aku rasa mual dan sakit perut. 5 minit lepas tu aku duk muntah-muntah. Malam tu ada lah dekat 7,8 kali aku muntah-muntah dan ke tandas. Seksa oo.. Esoknya aku EL. Rupa-rupanya aku dah kene gastrik. Huhuhu. Azab beb. Samapi ke hari ni aku masih lagi rasa perut ni belum betul-betul selesa.


Ok lah.. tutup cerita pasal hal tu. Aku nak cerita pasal aktiviti aku semalam. Macam biasa la.. time ada masa terluang aku duk study pasal hacking :). Bak kata mentor aku, like every ambitious elite, they use their time wisely.. chewah. Sambil baring atas sofa, aku duk telaah la nota-nota pasal hacking.



Sambil-sambil study tu catit la benda-benda yang penting, dalam buku nota kecik aku. Bukan apa, esok kat opis leh tanya kat En. Google :)



Sambil study minum air kopi super power perisa coklat, best wooo...

Google Dork

Posted by ghimau under
Tried a dork from Johny's Long site. Axis CCTV.
Try this dork :
intitle:"Live View / - AXIS"

If your're lucky, they might dont change the default password
username : root
password : pass