Hmm.. dah lama aku tak update blog ni. Ari ni aku nak masukkan cerita pasal golongan manusia. Cerita ni aku dapat dari sorang member kat Johor.
Sesungguhnya manusia ni tergolong dalam 4 golongan :
1. Baik di sisi ALLAH, baik di sisi manusia
2. Baik di sisi ALLAH, buruk di sisi manusia
3. Baik di sisi manusia, buruk di sisi ALLAH
4. Buruk di sisi manusia, buruk di sisi ALLAH
-Ada golongan yang kesukaannya menyalahkan orang lain ketika ada sesuatu masalah
-Ada golongan yang selalu buat mungkar, tapi bila ditegur dia pulak yang marah orang yang menegur dia
-Ada golongan yang tak nak amik tahu apa yang berlaku disekelilingnya
-Ada golongan yang sama-sama susah, sama-sama senang
Macam-macam lah golongan manusia ni.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لاَ يَأْلُونَكُمْ خَبَالاً وَدُّواْ مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاء مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (al imran ayat 118)
Posted by
ghimau
under
misc
tp sblm tu ade rules la pulak, erm layankan je lah
The Rules:
1.Post these rules before you give the facts.
2.List 8 random facts about yourself.
3.At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).
4.Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!
1. Saya sangat suka bidang hacking
Saya amat suka bidang hacking ini. Saya mula berkecimpung dalam bidang ini semenjak semester 2 di UPM. Saya sangat rajin dan suka membaca artikel dan buku pasal hacking ini. Dan saya percaya kawan-kawan saya pun tahu dengan minat saya ini.
2. Saya sangat suka memancing
Saya suka memancing ikan. Bukan memancing awek, walaupun awek saya telah dipancing dengan jayanya oleh saya :P. Saya ada 3 batang jorang untuk memancing ikan. Bila saya stress saya akan ajak awek saya memancing ikan di PD.
3. Saya tak suka kemas bilik
Kalau mak saya baca perkara ni, beliau akan setuju 200%. Saya memang tak suka kemaskan bilik. Bilik saya bersepah, mak saya selalu cakap bilik saya macam ruimah kongsi mat indon. Tapi saya rasa selesa dengan keadaan bersepah tu, mungkin sesuai dengan jiwa hakes saya :P. Sebagai buktinya cubalah korang tengok bilik opis aku, kemas atau bersepah?
4. Saya amat suka kenakan orang
Perkara ini hanya saya buat dengan orang yang rapat dengan saya. Kalau nak tahu leh tanya awek saya :P. Aunty virus pun ada jugak saya kenekan sikit-sikit. Saya rasa puas bila dapat kenakan orang..hihihi..
5. Saya sangat suka menonton kartun
Saya sangat suka menonton kartun. Kalau hari Sabtu dan Ahad, saya akan mengadap tv dari pukul 8 pagi hingga pukul 12.00 tgh hari. Saya suka menonton kartun kerana kartun boleh membina sahsiah diri dan mengembangkan tumbesaran otak.
6. Saya sangat jujur dan berdedikasi
Walaupun saya selalu difitnah oleh awek saya dan aunty virus, namun hakikatnya saya seorang yang jujur dan berdedikasi. Anda boleh melatakkan kepercayaan anda terhadap saya tanpa kompromi.
7. Saya sangat teliti dalam kerja saya
Saya sangat teliti dalam kerja yang saya minat. Sebagai contoh, bila mk mintak saya buatkan paper pasal network, saya akan buat dengan sungguh teliti, tapi kerja yang saya tak minat, agak sukar sikit untuk saya melakukannya :P
8. Saya sangat romantik
Saya sangat romantik dengan awek saya. Kalau tak caya anda leh tanya dia.. hihihi
Ok.. skang ni saya nak tag
1. mr habau
2. en beezelbub
3. tjackel
4. kucai
5. hang lemau
6. cikung
7. fairuz
8. kamal