Punya la asyik buat benda tu sampai aku tak perasan dah pukul 12.30 malam. Hihihi.. cuba kalau suh buat minit mesyuarat, satu tahun pun belum tentu siap. Hihihih
Nanti korang tunggu jelah bila web tu dah siap, aku akan announce kat sini.
Lepas tu nak citer sikit kejadian malam tadi, ni kisah seram ala-ala siri drama tv susuk. Jeng jeng jeng.. Time aku nak tidor, aku dengar suara orang bisik-bisik dalam bilik aku. Siut tul, cuak aku time tu. Aku pun beranikan diri, untuk bukak lampu, so aku tidor dengan lampu terbukak la. Tiba-tiba aku dengar suara perempuan mengaduh, bunyi dia lain macam sikit oo.. seram aku. Pastu aku duk pusing la, aku ternampak ada bayang-bayang putih kat cermin bilik aku. Kambing gurun tul. Cuak nak mampus aku time tu. Aku nak bergerak pun tak berani. Aku gunakan skill hikmat mematikan diri, logiknya kalau hantu tu nampak aku, dia akan pikir aku dah mati, so dia tak kacau la.. ye ke macam tu? hihihi. Nasib baik jap je lepas tu menatang tu pun ilang.
Hmm.. arini aku rasa tak best, sebab ada meeting web. Bosan tahap cipan tul la!