Cuti Krismas

Posted by ghimau under
Semalam cuti Krismas.. aku takder la aktiviti sangat nak dibuat. Cuma duk umah jer.. nengok cerita kat tv.

Bosan gak so tengah hari tu aku gi la carik cd, citer Hitman dan The Ferryman. Awek aku nak pinjam cd tu ari ni.

Hmm.. dalam keboringan tu aku gi la melawat 'kebun' kat umah aku. Hihihi

Ni pokok misai kucing yang aku kebas dari Pak Bun. Wah dah mula berputik bunga la :)



Ni pulak pokok hempedu bumi, pokok ni bukan kitorang tanam, dia ni memang jenis idup sendiri


Ni pokok bonsai yang hampir mati, kemudian berjaya diselamatkan :)

Gelora Jiwa

Persis segerombolan kuda liar,
Berlarian memijak tanah menuai debu,
Begitulah sengsara jiwaku ibarat terbakar,
Dituntun lawwamah mengundang sendu.

Katanya ku punyai pilihan,
Antara kaca dengan berlian,
Tak kusangka tertipu dek akal fikiran,
Kaca durjana disangka berlian.

Jalan mana nak ku tempuh,
Jalan ke depan atau ke belakang,
Bertahun sudah aku mengaduh,
Namun si DIA tak kunjung datang.

Katanya DIA sentiasa bersamaku,
Lebih hampir dari urat marihku,
Namun mengapa tak ku rasa hadirNYA itu,
Mungkinkah kerna butanya mata hatiku.

Rahsia kasih nak ku bongkar,
Moga jiwaku tidak lagi disangkar,
Kiasnya ibarat bunga berkuntum mekar,
Moga bahagianya tak akan pudar.

Wahai Tuhan bukakanlah pandangan,
Moga Engkau sentiasa kelihatan,
Agar aku dalam kebahagiaan,
Bersinar cahaya keagungan Islam, Iman dan Ihsan.

al faqir ilallah : ana (15 Zulhijjah 1428H 11.21 pm)

4 comments:

On 26 December 2007 at 11:19 , viruspadu said...

sejak bila ko minat pokok ni sein , mcm kelakar plak akak rasa hehehehe

 
On 26 December 2007 at 11:42 , ghimau said...

bukan minat.. dah boring tahap cipan la tu :)

 
On 26 December 2007 at 12:28 , Anonymous said...

haha..kehijauan menceriakan kehidupan..hehehe..

 
On 23 August 2009 at 14:15 , Wow Gold said...

Nice blog. I a also ardent player of WOW GOLD. I love this game. Nice posting about wow gold. Thanks