Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

Al-Kahfi ayat 110

Mencintai baginda Muhammad saw itu adalah wajib hukumnya. Barang siapa menyintai Rasullullah bererti dia itu menyintai ALLAH. Begitulah akrabnya hubungan ALLAH dengan Rasulullah.

Adalah baginda Muhammad itu menjadi 'wakil' ALLAH di atas muka bumi ini, menyimpan segala rahsia 7 petala langit dan 7 petala bumi,sangat tinggi akhlaq dan budi, sehinggakan bulan dan matahari pun sujud malu ketika hendak menatap wajah baginda. Subhanallah...

Apakah rahsia agong yang dipegang oleh baginda? Itulah dia, barangsiapa berharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah syirik kepada ALLAH. Inilah rahsia yang paling besar, puncak kebahagiaan yang paling nikmat, menara kejayaan yang paling tinggi.



Berhati-hatilah dengan bahaya syirik, kerana syirik itu adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di kala malam yang gelap gelita. Carilah jalan untuk membebaskan diri dari dibelengu syirik!

Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under
Kisah Seruling Buluh

Dengarlah alunan pilu seruling bambu
Sayu sendu lagunya menusuk kalbu
Sejak ia bercerai dari batang pokok rimbun
Sesaklah hatinya dipenuhi cinta dan kepiluan

Walau dekat tempatnya laguku ini
Tak seorang tahu serta mau mendengar
O kurindu kawan yang mengerti perumpamaan ini
Dan menyatukan jiwanya dengan jiwaku

Api cintalah yang membakar diriku
Anggur cintalah yang memberiku cita berahi
Inginkah kau tahu bagaimana berahi cintaku?
Dengar, dengar alunan lagu seruling bambu

Syeikh Jalaluddin al Rumi

Yahoo Messenger Status Checker

Posted by ghimau under
Salam. Lama dah tak update menatang blog ni .. hehehe. Nak buat macam mana.. network slow macam hampeh. Broadband sucks!

Hmm.. nanti ada masa aku nak uploadkan pic raya.. walaupun raya dah abih.. tapi semangat raya tu masih membara ni wei.. hehehe...

Ok.. entry kali ni aku nak kongsi satu skrip perl yang aku buat. Skrip ni very simple, apa yang dia buat adalah check status yahoo messenger sama ada online atau offline berdasarkan yahoo id yang di masukkan.

Ni lah paparan screenshot skrip ni in action. Hehehe.. bro t_qooze, aku pinjam nick ko jap nak buat demo.. hehehe...

Dalam screenshot ni menunjukkan user t_qooze sedang online, kalau user tu tak online dia kuar la mesej user sedang offline.



Ok ni pulak adalah source codenyer.. Happy coding dari pokcik ghimau.. hehehe

Touch Up Blog

Posted by ghimau under
Hehehe.. actually semalam aku start touch up balik blog ni. Buat header, icon-icon. Rasa seronok la pulak bila main grafik ni.

Hmm.. aku nak kongsi dengan sidang pendengar semua, eh silap, dengan blogger sekelian, macam mana aku create grafik untuk blog ni.

Pasal template, aku dah buat satu posting dulu http://ghimau.blogspot.com/2009/05/wajah-baru.html

Ok..ok..tak nak cerita banyak-banyak.. bila sebut pasal grafik editing biasanya software yang digunakan adalah Photoshop, Paint Shop, Corel Draw dan lain lain lagi la. Software ni masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi kekurangan utama yang aku nampak adalah.. these softwares costs money :) Lain la kalau kita ni kaki warez.. hehehe

So sebagai alternative kepada software-software di atas aku gunakan gimp. Gimp ni tak kurang hebatnya dengan graphic authoring software yang lain. And it is totally free!


Ni lah splash screen Gimp 2.6 yang di install kat pc aku. Ni version windows.



Ni pulak screenshot working space gimp. Aku tengah buat grafik untuk header blog ni.



Setelah godek-godek, akhirnya dapat gak aku siapkan.. Hehehe



Gimp ni ada banyak third party plugins yang kita boleh download. Semalam aku setup plugin script-fu. Plugin ni ada banyak effect yang gempak-gempak.

Kalau korang ada problem atau nak kongsi berkenaan dengan GIMP ni, jangan lah malu-malu contact aku.

Eh lupa lak.. ni link untuk download software ni. : Download

PHP Whois Script

Posted by ghimau under
Salam kepada semua blogger sekelian. Kalau korang perasan dan banyak perubahan aku buat kat blog aku ni. Hehehe.. grafik tu aku edit guna GIMP 2.0. Goodbye to Photoshop.. hehehe..

Hmm.. lama sungguh aku tak update blog ni. Bukan apa.. takder kesempatan. Lepas dah kahwin ni bz jer manjang. Dah lama aku tinggalkan aktiviti hack mengehack, blog memblog.. hehehe.. rindu gak kat geng-geng hm. Anyway u guys alwoays r0x!

Nanti ada masa aku upload gambar-gambar kahwin.

Ok.. post kali ni aku nak kongsi satu script whois yang ditulis dalam php. Konsep dia mudah ajer.Korang tahu tak whois tu apa?

WHOIS (pronounced who is) is a query/response protocol which is widely used for querying databases in order to determine the registrant or assignee of Internet resources, such as a domain name, an IP address, or an autonomous system number. WHOIS lookups were traditionally performed with a command line interface application, and network administrators predominantly still use this method, but many simplified web-based tools now exist. WHOIS typically is transported with the Transmission Control Protocol (TCP) and server implementations listen to requests on the well-known port number 43.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/WHOIS

Ok, script ni aku query server whois mynic. Tapi diorang dah tukar nama dah kepada whois.domainregistry.my.

So mula-mula aku telnet port 43, nak pastikan service ni open.


Ok..skang ni part code nya.. hehehe


Ok.. ni pulak hasilnya.


So apa gunanya maklumat ni kepada hackers ? Hehehe.. korang pikir sendiri la...

Hubungi Saya

Posted by ghimau under

Wajah Baru

Posted by ghimau under
Salam kepada semua bloggers yang malayari blog aku ni. Skang ni aku dalam proses untuk mengubah template dan paparan blog ni. Hehehe.. template ni aku download ajer.. pastu ubah lah sikit-sikit mengikut kesesuaian. Hehehe.. Lepas template ni dah betul2 cun.. makin bertambahlah kehenseman dan kemachoan aku nanti.. huhuhu

Aku download template ni kat : http://www.finalsense.com/services/blog_templates/
Kalau korang berkenan leh la pilih yang mana sesuai dan setupkan lah template baru korang tu.



Nak setup template baru ni mudah ajer. Tapi korang kena ingat, bila tukar custom template, semua setting widget-widget korang akan hilang. So, korang kena backup dulu la template lama, mana tahu kalau-kalau nak pakai balik.

Ok, ni aku tunjukkanlah secara simple macam mana nak ubah template dalam blogspot ni. Mula-mula klik pada tab Layout. Lepas tu klik pada tab Edit HTML



Untuk tujuan backup, leh lah klik pada Download Fullm Template. Ini akan membackup template semasa korang, dalam format xml.



Lepas korang dah download template baru dari site yang aku cakap tadi, korang leh lah upload template tu (fail xml) ke dalam blog korang. Lepas tu leh la nengok hasilnya :)



Ok, kalau ada masalah dalam hal template ni leh la tanya kat aku yer..

Aduh.. sebenarnya aku tengah pening pasal hal kahwin ni... banyak lagi yang tak settle.. kelam kabut sungguh la.. doakan moga-moga semuanya dipermudahkan yer.. amin...

Google Hacking

Posted by ghimau under
Salam. Ni ada sikit tips yang aku nak kongsi berkenaan dengan google hacking. Bukan hack google, tapi 'hack' menggunakan google. Hehehe.. Trik ni dah lama dah, tapi mungkin ada di antara kita yang belum tahu lagi.

Ok, caranya senang ajer.. kita taipkan dork dalam text box carian google. Lepas tu tekan search. Dork ni adalah code spesifik yang kita gunakan untuk mencari perkara-perkara sensitif dalam aspek security.

Ok, aku senaraikan dork yang korang leh try. Tapi ingat, ni just POC, aku tak bertanggungjawap di atas penyalahgunaan maklumat ni. Sendiri mau ingat la. Hehehe

1. intitle:"Welcome to IIS 4.0"

Hmm.. ada lagi ke yang pakai iis 4.0 ni? Hehehe.. apa lagi.. unicode exploit la. Tapi hati-hati, ni maybe honeypot. Huhuhu


2. "VNC Desktop" inurl:5800

Hehehe.. bahaya ni.


3. filetype:bak inurl:"htaccess|passwd|shadow|htusers"

Banyak data sensitif kita leh dapat dengan dork ni. bak tu extension yang biasanya digunakan untuk fail backup.


4. filetype:properties inurl:db intext:password

Kita leh dapat database connection string bila gunakan dork ni.


5. allinurl:tsweb/default.htm

Hehehe.. ni paling best. Remote Desktop. Apa lagi.. brute force la :)



Segala info yang aku paparkan ni adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja. Segala penyalahgunaan adalah atas tanggungjawap korang sendiri.

Hmm.. aku ada nak kongsi sikit statement berkenaan security ni.. layan dan fikir-fikirkan.. cewah..

How many people have heard "I know it isn't the most secure way to do it, but we need to get this done A.S.A.P. We'll fix it later." In reality, "later" often never comes, thus allowing an attacker to exploit a weaker subsidiary in order to access a back-end connection to the primary target.

Bz bz bz..

Posted by ghimau under
Salam.. mak ai.. lamanya aku tak update blog ni. Bukan apa.. tersangat la bz adanya tuan hamba ni. :) Bz dengan kerja kat opis.. menguruskan persiapan kahwin.. bla bla bla.. huhuhu.. letih wei..

Bila dah settle semua baru leh relaks :) Hmm.. sepanjang tempoh aku tak update blog ni macam - macam hal yang berlaku dalam hidup aku. Nak cerita kat sini banyak sangat.. hehehe..

Hmm.. untuk entry kali ni aku nak kongsi sikit info yang mungkin berguna untuk semua.

Kat internet ni ada satu site, wayback machine (http://www.archive.org), site ni akan crawl dan mirror (simpan la tu) semua page yang ada dalam web site kita. Tak kira la site kita tu dari tahun 1998 sampai la skang ni. Asal site tu online jer.. menatang ni akan crawl dan simpan mirror. Huhuhu.. entah berapa punya besarlah dia punya storage yer..

Ni screenshot archive yang di simpan untuk website www.mampu.gov.my. Hehehe



Ni pulak screenshot main page website www.mampu.gov.my tahun 1997. Hehehe.. Korang leh la try carik archive untuk web site korang atau web site lain.



Ok.. ni pulak aku nak kongsi sikit tips berkenaan dengan search engine. Bila sebut search engine jer, yang biasa kita guna adalah google, yahoo, altavista dan lain lain la. Setiap search engine ni ada kelebihan masing masing. Personally aku ratekan google ni 5 star la :)

Ada satu site search engine http://www.dogpile.com, site ni menggabungkan beberapa search engine mcm google, yahoo pastu ada lagi la ntah apa ntah, dan dia akan paparkan result dari semua search engine site yang dia gunakan. So kebarangkalian nak jumpa sesuatu yang kita carik tu, adalah lebih tinggi bila kita guna menatang dogpile ni. :)



Happy surfing, dari pokcik ghimau.. huhuhu

Tunang....

Posted by ghimau under
Salam.. ni ada sikit gambar masa bertunang. Aku tak pegi pun umah alia, just hantar wakil jer.. Huhuhu.. ikut style orang lama beb .. huhuhu

Nak cerita banyak, aku pun tak geti.. Cuma aku tepekkan gambar sebagai pengganti kata. Cewah..

Nilah tepak sirih pembuka bicara..



Wajah alia.. setelah bertunang dengan jejaka hensem.. Huhuhu.. akulah jejaka hensem tu..



Ni lepas sesi menyarungkan cincin. Biasalah kan bakal menantu mak aku .. huhuhu..



Alia bergambar dengan mak dan adik beradik aku. Eleh.. control tak ingat la si alia ni.. Huhuhu..



Ni lah orang yang bakal menjadi teman hidup aku. Doa doakanlah.. Insya ALLAH ... Amin :)

Hantaran...

Posted by ghimau under
Cerita banyak tak guna.. layan kan ajer.. zas... Hantaran ni buat sendiri tau.. hasil tangan family aku.. huhuhu.. kalau nak tempah leh la bagitau ..

Hantaran 7 dulang.. macam nak pinang Puteri Gunung Ledang ajer..



Omak den tongah posing maut tu.. Huhuhu.. nak tompah untuk gubahan leh lah contact dio.. Huhuhu



Buah dalam bakul..



Gubahan baju..



Gubahan tuala...



Gubahan gula-gula..



Gubahan cincin...

Semalam Gi Gunting Rambut

Posted by ghimau under
Semalam aku pi gunting rambut. Asalnya nak ajak si alia, tapi dia kata nak gi bazirkan duit kat tokei facial kat KM Plaza. Huhuhu.. apala.. tak kisahlah.. janji bukan duit aku.. huhuh (zalim tak aku ni ? )

So aku pun drive la sorang-sorang ke tempat yang nak dituju, tiba-tiba aku perasan ada sorang awek duk impit impit kete aku.. ingatkan ada awek nak ngorat, bila aku usha balik.. cis.. si alia rupanya huhuhu..

Secara automatiknya si alia pun ikutlah aku ke Jusco untuk gunting rambut. Ingatkan untuk apa la dia ikut.. rupanya dia pau aku 5 ringgit.. nak beli majalah wanita.. apala.. asbestos sungguh gadis ini.. huhuhu

Nilah wajah alia setelah berjaya mengepau aku.. huhuhu



Ikan kecik kat akuarium ni telah mengimbau kenangan silam aku. Isk..isk.. baru aku sedar dah lama dah aku tak memancing.. hai.. bila lah nak dapat mancing balik ni.. huhuhu



Bila aku keluar nak balik, aku perasan ramai awek duk jeling-jeling kat aku. Aku pelik. Bila sampai rumah baru aku tahu kenapa diorang duk usha aku.. rupanya aku ni hensem meletup lepas gunting rambut.. huhuu

Pagi tadi mak pegi pasar beli bunga dan daun sirih, nak buat sirih junjung. Uish.. berdebar debar gak la nak menunggu hari esok.. Huhuhu.. Insya Allah.. aku berdoa agar dipermudahkan segala urusan..




Persiapan Pertunangan

Posted by ghimau under
Hari ni aku amik cuti. Aku cuti sampai ari Jumaat. Mesti korang terpikir nape lama sangat.. ye tak? Sebabnya, Insya Allah 7 hb Mac (Sabtu) ni aku akan bertunang dengan alia. Huhuhu.. doa doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Semalam ada cerita best. Ada taklimat mysms di Sepang. Pagi tu aku selisih dengan ayu. Hari Isnin lepas, ayu tak datang opis. Dia mc. Ayu tanya aku, eh, ko tak gi ke taklimat mysms tu ? Semua f29 ke atas kena pegi. Dia kata, malam semalam cc tepon ayu suh ayu pegi. Pergh.. aku tak tahu satu apa pun beb. Padahal aku datang kerja hari Isnin tu. siut tul!

Bila aku masuk opis, memang betul, semua f29 ke atas takder kat opis. Yang tinggal hanya aku dan bro Syazwan. Mak ai... giler la.. kalau yer pun nak suh aku duk opis, at least bagi tau la kan.. Ayu yang tak datang tu siap tepon bagi tau, aku ni langusng tak bagitau ..huhuhu. Lepas tu pulak aku kena gi meeting untuk star rating dari mampu. Diorang nak buat penilaian awal. Benda ni pengarah yang kena pegi. Pergh.. best best...

Aku tergelak sorang sorang mengenangkan nasib aku kat opis yang sangat aku cintai ni. Best best.. huhuhu.. so aku amik keputusan, aku nak cuti ari ni sampai ari jumaat. Dah la.. malas + menyampah aku nak citer hal opis aku ni. Lepas ni aku nak buat hal aku jer ..

Aku nak kongsi dengan kawan-kawan cyber aku cerita pasal persiapan pertunangan aku ni. Konsep yang kitorang pilih adalah hijau keemasan. Gubahan hantaran ni kitorang buat sendiri.. hantam sajalah labu :P



Pihak lelaki hantar 7 dulang. Kenapa 7 dulang? Simbol kepada 7 anggota badan manusia, 7 hari dalam seminggu dan 7 ayat dalam fatihah, pembuka segala rahsia.



Ni lah barang-barang untuk gubahan yang kitorang beli kat Nilai 3. Ok lah kat sana, murah dan banyak pilihan.



Hihihi.. ni pulak selipar yang baru beli. Jenama Lee tu.. huhuh.. ha alia.. siapa kata abang tak pandai bergaya? Huhuhu.. aku dah dekat 3 tahun tak beli selipar baru.. huhhu



Pagi tadi, aku dengan mak pegi pasar. Mak nak beli pinang, daun sirih, dan ada la lagi sikit barang-barang untuk hantaran nanti.



Huhuh.. berdebar-debar gak aku ni .. huhuhu.. moga moga semuanya berjalan dengan lancar.. amin.. Hmm.. Gubahan untuk hantaran tu lum siap lagi sepenuhnya..Kitorang tengah berhempas pulas nak siapkan benda alah tu :P

Apa yang penting.. Kerjasama

Posted by ghimau under


Huhuhu.. wonder pets datang membantu.. apa yang penting? kerja sama, apa yang penting? kerja sama.. huhuh.. layan beb cerita ni. Tapi entry aku bukanlah nak review pasal citer ni tapi nak citer pasal suasana kat opis aku. Huhuhu

Hmm.. aku dah lama sabar dah dengan attitude segelintir umat kat opis aku ni. Bila bab kerja memang berkira sangat. Tak tahu la aku apa nak kata. Bila kerja diorang, aku duk bantu, tapi kerja aku tak der siapa pun bantu. Huhuhu... Mana perginya semangat wonder pets ? :P


Lepas tu pulak kalau tak geti bukannya nak tanya, masing-masing dengan egonya yang tak bertempat. Dalam sekysen aku ni, aku sorang jer yang ada diploma, yang lain-lain sumer ada degree. Kalau ikutkan aku yang patut belajar dari diorang atau diorang yang patut belajar dari aku? Huhuhu... pelik pelik...

Bila ada isu tak nak bincang, tak nak babitkan aku sama, tapi bila problem tak leh settle tup tup aku gak yang kena settlekan. Yang paling best tu, bukannya nak amik tahu macam mana aku buat. Bila dah kena tegur dengan pengarah baru lah terhegeh hegeh carik aku, kononnya nak belajar.

Vendor pun kadang pelik, diorang duk tanya, si X ni tak tahu ke ko boleh buat benda ni? Huhuhu.. biasalah kan, selalunya kita tak kenal dan tak mahu iktiraf kebolehan staff kita, tu yang jadi macam ni. Mungkin ada unsur unsur dengki kot? Huhuhu.. macam mana lah nak maju kalau macam ni beb!

Vendor pun lebih selesa berurusan dengan aku. Alasan diorang memang make sense, diorang kata ko ajer yang paham bab teknikal kat sini, kalau tanya orang lain sumer nya tak tahu. Hmm.. takkan lah yang lain-lain tu tak nak amik inisiatif untuk amik tahu. Malu lah sikit. Adoyai.. bak kata nabil. Tak pikir ke, aku ni macam mana pulak tahu? Ilmu tu datang melayang ke? atau datang bergolek ke?

Macam isu virus kat *****, aku ada seminar yang kena hadiri, so diorang kena gi settlekan. Petang tu baru nak tanya kat aku apa yang kena buat. Isy.. macam mana aku nak ajarkan, benda ni pengalaman beb. Aku carik pengalaman ni 3,4 tahun, takkan dalam masa 5, 10 minit aku leh ajar pastu leh jadi pandai? Tu pun aku ajar jugak lah mana-mana yang aku rasa patut.

Mungkin selama ni bila ada problem, aku sorang jer yang amik tahu, yang susah payah settlekan. Takder siapa yang betul-betul nak kerjasama. Diorang nampak macam simple sangat, tak pernah nak amik tahu kesusahan yang aku alami untuk settlekan masalah ni. Nah, bila sendiri kena buat, baru tahu macam mana.

Macam yang aku jangkakan, diorang tak leh settlekan isu virus tu. Hmm.. bos dah pesan kalau ada problem tepon atau sms lah aku, tapi takder pun. Yang lagi best ada lak cakap aku tak nak ajar, aku tak bagitau awal masalah ni, salahkan aku pulak.. huh.. Boleh pulak cakap aku tak ajar? Adoi.. tugas aku ke nak ngajar diorang ni? Kalau lah macam tu, lagi baik amik budak-budak lepas spm, lepas tu suh aku ajar.

Alhamdulillah, nexy day nya aku pergi dan dapat settlekan isu virus tu. Hmm.. bila aku hantar email bagi cadangan, bagi pandangan, takder sorang pun yang reply balik nak ajak bincang ke apa, yang selalu reply, pengarah ajer la. Aku rasa macam cadanngan-cadangan aku ni ibarat mencurah garam ke laut.

Tak per lah.. aku ingat aku nak buat satu kejutan dalam next management meeting. Aku nak bagi tau pengarah yang aku nak tukar seksyen lain. Aku tak mau amik tahu lagi pasal masalah diorang. Sendiri mau ingat la. Siapa suh tak nak kerjasama.. huhuh... lain kali layan lah citer wonder pets.. apa la.. :P

Uninstall Avast Antivirus

Posted by ghimau under


Salam... Huhuhu.. macam nak promote produk avast jer aku ni kan :P. Korang jangan salah paham, aku tak der kena mengena dalam aktiviti mempromosi anti virus ni. Hihihi..

Semalam, aku tolong reformatkan laptop abang joe. Pastu aku install menatang avast ni la. Pagi tadi aku nak remove balik sebab payah nak update license. Aku nak masukkan anti virus lain. Tapi bila aku try remove avast anti virus ni dari Add Remove Program, tak leh. Rupanya ada teknik tertentu untuk remove avast ni.

Berikut adalah langkah langkah untuk remove avast antivirus dari pc korang.

  1. Download avast uninstall utility kat url ni : http://files.avast.com/files/eng/aswclear.exe

  2. Lepas tu right click pada avast icon kat taskbar dan click pada Program Settings. (Aku gunakan laptop aku sebagai demo)


  3. Klik pada item Troubleshooting.


  4. Check kan item Disable avast! self-defense module. Kemudian klik OK.


  5. Lepas tu akan keluar dialog box, mintak confirmation sama ada kita nak disable kan self defense module ni atau tak. Tekan Yes.


  6. Lepas tu double click pada tool yang kita download di step 1 tadi. (Ini adalah uninstaller untuk avast).


  7. Pilih versi avast yang kita nak uninstall, kemudian tekan lah butang uninstall.


  8. Lepas tu akan keluar satu dialog box untuk restart pc kita. Tekan yest untuk restart PC.