Touch Up Blog

Posted by ghimau under
Hehehe.. actually semalam aku start touch up balik blog ni. Buat header, icon-icon. Rasa seronok la pulak bila main grafik ni.

Hmm.. aku nak kongsi dengan sidang pendengar semua, eh silap, dengan blogger sekelian, macam mana aku create grafik untuk blog ni.

Pasal template, aku dah buat satu posting dulu http://ghimau.blogspot.com/2009/05/wajah-baru.html

Ok..ok..tak nak cerita banyak-banyak.. bila sebut pasal grafik editing biasanya software yang digunakan adalah Photoshop, Paint Shop, Corel Draw dan lain lain lagi la. Software ni masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi kekurangan utama yang aku nampak adalah.. these softwares costs money :) Lain la kalau kita ni kaki warez.. hehehe

So sebagai alternative kepada software-software di atas aku gunakan gimp. Gimp ni tak kurang hebatnya dengan graphic authoring software yang lain. And it is totally free!


Ni lah splash screen Gimp 2.6 yang di install kat pc aku. Ni version windows.



Ni pulak screenshot working space gimp. Aku tengah buat grafik untuk header blog ni.



Setelah godek-godek, akhirnya dapat gak aku siapkan.. Hehehe



Gimp ni ada banyak third party plugins yang kita boleh download. Semalam aku setup plugin script-fu. Plugin ni ada banyak effect yang gempak-gempak.

Kalau korang ada problem atau nak kongsi berkenaan dengan GIMP ni, jangan lah malu-malu contact aku.

Eh lupa lak.. ni link untuk download software ni. : Download

5 comments:

On 17 September 2009 at 13:24 , alia said...

bersemanagat nampak....org lain sibuk touch up umah kita touch up blog...:)

 
On 17 September 2009 at 14:43 , kamikaze501 said...

salam bro.... x ka ucap selamat hai raya jer??? duit raya la sekali!!!!..huhuhuhu Selamat hari raya maaf zahir batin.. uptm x de buat jamuan hari raya ker??? klu ade jemput la kitaorang kat daerah ni yer!!!

 
On 17 September 2009 at 14:57 , atie said...

uik....ingatkan ghimau betul tadi, adakah ghimau blog bagai jugak.hihi.Salam singgah kembali buat saudara ghimau.Gud info nih...

 
On 17 September 2009 at 15:06 , Zaidah Zulkifly said...

rajin ghimau cari free software.saya masih belum kenal siapa ghimau.jom follow blog saya

 
On 14 January 2010 at 15:27 , Anonymous said...

assamualaikum en husin..