Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Cinta Adam pada temannya,
Membuat dia tercampak ke dunia,
marahnya pada Hawa bukan kepalang adanya,
kerna Hawa pencetus noda,
Jiwa yang tenang menjadi sengsara,
malu dirinya pada Tuhan Semesta,
Namun pabila kitab rahsia dibuka,
sedarlah Adam akan silapnya,
Silapnya menyangka Hawalah pencetus bencana,
Rupanya Hawa hanyalah wayang dimainkan Dalangnya.



29 November 2008 12:55 am

3 comments:

On 12 December 2008 at 20:22 , edrina said...

wah sgt puitis.. best!

 
On 12 December 2008 at 22:08 , Mama Mya said...

memang puitis..

 
On 13 December 2008 at 14:38 , ghimau said...

edrina : thanks, ilham dari hati.. berkarya mengikut rasa, bergurindan mengikut jiwa.. cewah..ni kalau m nasir baca ni mau dia amik sy jadi penulid lirik ni :P

Mama Mya : thanks also, cuba lihat disebalik bunga yang cantik, mungkin akan kelihatan sesuatu yang lebih cantik atau mungkin jugak akan kelihatn sesuatu yang buruk :)