Good Bye Dato'

Posted by ghimau under
Aku pun tak tahu, ari ni merupakan last day untuk dato' suk kat tempat aku ni. Dia pindah mana pun tak pasti, yang aku dengar kat putrajaya.

Arini tak banyak sangat aktiviti aku. Pagi macam biasa la.. duk buat kajian pasal latest security threat. Orang-orang lain dalam sektor aku sumer tak der.. bercuti.. so aku pun kena lah buat sikit-sikit keje yang sepatutnya diorang buat.. Ala.. macam la aku tak biasa tolong buatkan keje orang lain.. huhuh.. keje aku, aku jer la yang buat :P

Tengah hari tadi aku ingat nak bayar duit keta.. tapi tak sempat, sebab keta banyak giler.. so aku ajak alia makan prosperity burger. Time balik tu, alia drive, leh pulak dia buat lawak spastik, dengan mukanya yang cuak, dia kata kat aku brake kete tak makan. Aku pun suspen ajer.. rupanya enjin mati.. minah ni main minyak agaknya.. mana nak berfungsi.. apa da...

Petang tu kitorang kena buat barisan, nak salam dato' kira salam perpisahan la ni.. Dalam kebosanan menunggu dato', aku terperasan satu sign board yang sangat menarik hati.



Ni brader lan dengan posing mautnya di sudut maut.. muahaha...



Abis tu aku main ping pong.. bila balik umah rasa sakit-sakit la pulak.. mujur aku ada beli satu bam. Bam Gusti namanya.. bam ni biasanya dipakai oleh ahli ahli gusti yang tersohor.. macam mike tyson, mohammad ali.. lepas pakai bam ni rasa macam nak gusti dengan orang jer.. :P



p/s : siapa nak jadi ejen jualan langsung bam gusti ni leh contact aku, majulah sukan gusti untuk negara. muahahaha...

Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Maling gelaran diberi ayahandanya,
Mencemar nama dan daulat keluarga,
Dihalau keluar dari istana,
Terjumpa si maling akan seorang tua,
Membawa tongkat bersinar permata,
Ingin dirampas tongkat si tua,
Namun lain pula jadinya,
Terbuka hijab penghadang rahasia,
Si tua rupanya sang wali mulia,
Si maling merayu ingin berguru dengannya,
Setia menanti sehingga digelar kali jaga.

29 Disember 2008, 10:55 am

Moga-moga dimakbulkan aku dengan zahirnya kanjeng sunan kalijaga dan batinnya kanjeng siti jenar..al-fatehah..

Ikhlas Dariku

Posted by ghimau under

Gi KL lagi

Posted by ghimau under
Apa yang ada kat kl? Sebenarnya bukan best sangat pun, bukan leh mancing ikan pun.. tapi nape lah kitorang ni suka sangat ke sana.. mungkin sebab dah takder tempat lain kot.. huhuhu

Aritu aku gi rayau-rayau kl.. sajer nak carik pasal.. huhu.. dalam kesesatan perjalanan tu aku terjumpa pulak jalan ke klcc.. huhuhu.. so apalagi.. kitorang pun singgah la klcc ni.

To be frank, ni lah kali pertama aku masuk klcc ni. Bila dah masuk, rupa-rupanya hampeh jer.. takder benda yang menarik pun.. awek-awek seksi ramai la.. tapi kalau usha lebih-lebih, takut si alia perasan pulak :P

Kitorang singgah kat petrosains.. Plan nak masuk, tapi tak dapat, sebab ticket dah sold out... so kitorang pun rayau-rayau ajer la..

Blue screen of death.. of uncle bill gates.. mana-mana tempat pun asal ada it jer.. ko nak dominate yer?.. huhuh


Gaya seorang pelumba macho.. amacam? ada berani? Huhuhuh


Alia dengan posing manjanya.. sebenarnya dah letih jalan la tu, tu yang duduk jap.. nak rehat :P


Lepas tu kitorang singgah kedai petrosains.. ada banyak souvenier. Aku ada beli 2 set fosil dinasour.. huhuh..




Kebiasaannya kalau ada kesempatan aku akan singgah masjid india. Aku suka singgah kat sini, macam-macam jenis manusia kita leh jumpa, dari sebaik baik manusia, hinggalah ke seburuk buruk manusia. Dan aritu aku mendapat satu alamat, alhamdulillah :)

Aku nengok ada la duit lebih sikit dalam dompet aku, so aku pun beli la beberapa buah buku.

Ni kitab pasal sunan kalijaga, menceritakan pasal perjalanan dan pengajaran dari kanjeng sunan :P


Ni kitab membicarakan jalan kematian Syeikh Siti Jenar


Ni kitab membicarakan jalan kehidupan Syeikh Siti Jenar


Carilah kematian yang dalamnya ada kehidupan...

Bila beli buku-buku ni dapatlah kalendar free. Tapi tahun ni payah sikit nak dapat kalendar.. ramai dah kedekut nak buat kalendar kot :P


Dalam seikat, daun sirih mana boleh tak boleh, jumpa sehelai sirih.. bertemu urat.. :P. Cuba perhatikan betul-betul sirih ni, kalau perlu, klik pada gambar untuk view yang lebih besar :P


Apakah motif gambar ini? Huhuh.. barang siapa nak tahu.. dengarlah nyanyian seruling buluhku ...

Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Adakalanya aku meminta seumpama seorang faqir yang amat dahaga,
Adakalanya aku tak mengerti suatu apapun seumpama jahil adanya,
Adakalanya aku terlalu lemah tak berdaya,
Adakalanya hina aku hidup melata,
Inilah empat sifatku tersusun sempurna,
Martabat manusia diberi nama.

11 Disember 2008. 12:18 am

Warna Warni Kehidupan

Posted by ghimau under
Assalamualaikum semua. Salam Awal Muharram dari aku untuk korang. Moga-moga dengan ruh muharram ini dapatlah kita terus melangkah dalam perjalanan mencapai insanul kamil. Insya ALLAH

Entry kali ni aku nak tepekkan beberapa gambar yang menyimpan seribu kenangan. Cewah.. jiwang karat la pulak ayat-ayat aku sekarang ni :P

Ni gambar masa aku gi kl dengan si alia. Korang nengoklah contengan grafiti yang dibuat oleh anak-anak muda kl. Diorang ni takder keja lain agaknya, kalau apply jadi tukang cat umah lagi bagus.. ada gak faedahnya..huhuhuh


Tapi bila nengok balik.. ada gak artwork diorang ni yang cun :P So aku amik kesempatan la bergambar dengan latarbelakang salah satu grafiti art


Gambar ni pulak masa aku tengah bengang dengan alia. Ade ke dia leh memekak ajer dalam keta. Orang dah la tension tengah drive :P Huhuhuh.. Tu skill cakaran ghimau tu :P


Ni gambar satu motosikal lama yang tersadai kat satu bengkel. Aku rasa owner moto ni belum nak makeup lagi kot moto dia ni. Yang uniknya cuba korang tengok no plat dia.


Ni adalah gambar member baik kepada seseorang yang sangat aku kenal, huhuhu.. saje jer gurau gurau.. jangan marah yer :P. Gambar ni aku amik masa lawatan ke zoo negara.



Korang nengok la ni, dengan rokok bersepah, air mineral.. ni lah aktiviti anak-anak muda zaman karaoke, tension jer karok, tension jer karok, karok ajer tension.. kalau tak karok mancing, kalau tak mancing karok.. kambing tul la.


Ni bro ali nama dia. Ingatkan tak pandai nanyi.. rupanya power siut.. mcm finalis AF pun ada suara dia ni.


Yang ni ruff3, suara dia ni kira ok la.. huhuhu.. Wei bro.. ada beran main ping pong? wa dah belajar teknik smash dah ni :P


Maka tamatlah sudah episod rona-rona hidup pokcik ghimau. Sehingga kita bertemu lagi di episod yang akan datang, nantikan kemunculannya.. bye.. Ingat, Jangan main mercun :P (Apa da.. aku ngarut ni :P)

Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Wajahnya jelek kufur dan engkar sifatnya,
Membuat dosa amalan utamanya,
Muslim sejati benci tatkala melihatnya,
Kata mereka sang Iblis menunggangi kepalanya,
Suatu malam tiada terencana,
Sang muslim kesusahan lalu didatangi olehnya,
Menghulur bantuan ikhlas adanya,
Tanpa bicara sang muslim menerima bantuannya,
Terpancar nur murni dari wajah jeleknya,
Sedarlah sang muslim akan hakikatnya,
Terlalu mulia dibanding dengannya,
Subhanallah!



6 Disember 2008 : 12:01 am

Gotong Royong Perdana

Posted by ghimau under
Semalam kat opis aku diorang buat aktiviti gotong royong secara besar-besaran, memang patut pun kene kemaskan tempat ni, dah macam rumah setinggan bangla pun ada. Huhuhu..

Gotong royong bermula jam 3.00 petang. Lepas solat Jumaat, yang nostalgianya, hari tersebut jugak merupakan hari terakhir pelatih praktikal kat tempat aku. So ada la buat makan sikit, macam biasa aku jadi tukang baca doa. Aku sangat bangga dan bersyukur memikul tanggungjawap ni :)

Sajer letak gambar time hari Khamis, amacam alia? Hensem tak balak ko yang comel lote ni? :P


Ok sambung balik citer tadi :P Hmm... pergh semalam banyak tul keje yang aku buat. Rupanya tak sia-sia aku minum air tongkat ali super power, hasilnya aku angkat 3 almari besi yang berat nak mampus bersama awie and the gang. Giler la. Wei.. macam nak patah pinggang dibuatnya. Nasib baiklah aku lum kawin lagi, kalau tak malam tadi tak dapat la nak overtime :P

Nilah sebahagian sampai sarap yang kitorang longgokkan kat lobi. Ni semua khazanah opis aku la ni. Apa da.. menternak sampah rupanya kitorang ni :P




Memang letih dibuatnya. Ni pun tak siap lagi, kata penganjur program (Kak Su) akan ada siri kedua aktivit gotong royong ni. Adus.. letih pakcik... tapi tak per la kan.. buat keje ramai-ramai.

Keyboard banyak-banyak ni nak buat apa la.. Kalau derma kat mangsa tsunami pun belum tentu lagi diorang nak..


Ni ada sikit gambar-gambar pelatih praktikal kat tempat aku. Awek ni fida namanya, dia ni sentimental sikit, sebut betul-betul sentimental, bukan mental tau.. huhuhu


Ni pulak nina yang dikerumuni oleh jejaka jejaka gersang. Hihihi.. Nina ni kira macam dream girl budak-budak lelaki lain kat sini la. Aduss.. Nina, oh nina.. ada harapan ko leh kawin dato' kalau macam ni.. Huhuhu..


Aku doakan korang (pelajar praktikal) berjaya dalam bidang yang korang ceburi. Moga-moga mendapat kebahagiaan dan kejayaan yang di dunia dan akhirat. Doa dari abg hussein korang yang macho :)

Bukti

Posted by ghimau under


Dalam lembah yang gelita
Tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah
Merangkak pun payah

Percik api menyala
Bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera
Tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira
Tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda
Susah mana pun aku
Akan menyusurinya
Oh...

Airmata ku tahan
Mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku
Menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora
Tak nampak dosa
Apatah nak bercinta
Merindu pun dera

Kerdip sinar di mata
Bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja
Oh...

Hanya kepadamu
Tinggal harapan kasih
Buat diri ini
Kembali berasmara

Oh...
Menjadi bukti luhur niatku
Oh...
Menjadi bukti luhur niatku

-loloq-


Aku : Apa yang hendak kau sampaikan wahai sahabat?
Dia : Aku menceritakan pengorbanan seorang pencinta untuk membuktikan cintanya pada yang dicintainya.
Aku : Siapakah yang kamu cintai itu?
Dia : Dia adalah yang menzahirkan cintaku padaNYA, dan menyembunyikan cintaNYA padaku.
Aku : Sudahkah kau ketemu yang kau cintai itu?
Dia : Sudah wahai sahabat, bersama aku denganNYA sentiasa, tidak pernah berpisah walau seketika.
Aku : Apakah pengorbanan yang perlu aku lakukan untuk meraih cintaNYA?
Dia : Dalam lembah yang gelita, dengan percikan api cuma, dalam dingin yang membeku, sujudlah pada Yang Satu...


Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Cinta Adam pada temannya,
Membuat dia tercampak ke dunia,
marahnya pada Hawa bukan kepalang adanya,
kerna Hawa pencetus noda,
Jiwa yang tenang menjadi sengsara,
malu dirinya pada Tuhan Semesta,
Namun pabila kitab rahsia dibuka,
sedarlah Adam akan silapnya,
Silapnya menyangka Hawalah pencetus bencana,
Rupanya Hawa hanyalah wayang dimainkan Dalangnya.



29 November 2008 12:55 am

Bz Sokmo

Posted by ghimau under
Salam semua. Lama gak aku tak online. Nak buat macam mana, bz sokmo :P Nak online kat opis tak berkesempatan, sebab keje banyak, nak online kat umah tak dapat, sebab tak der internet.. hmm... Ujung tahun ni makin banyak la pulak keje kene disiapkan :P

Jeng jeng jeng... aku dah beli celcom broadband. Huhuhu.. so leh la aku online kat umah :P Ni pun sebab si alia yang bagi kata-kata hikmat suh aku beli.. huhuhu

Ni lah menatang modem yang menjadi pujaan ramai.. huhuhu. Lepas ni insya allah senang la sikit nak update blog, nak online forum.. huhuhu..


Aku beli modem ni semalam ditemani oleh alia. PC kat umah aku tu ada problem sikit, takleh nak install software modem ni, so aku pun formatlah pc tu. Bukan apa, leh la adik2 aku pakai internet ni. Dah lama tak format pc, bosan jugak rupanya yer, nak menunggu dia habis tu :P


Ni pulak wajah baru laptop aku setelah dipasang dengan sticker yang dibeli dari low yat. Alia yang pilihkan design sticker ni, katanya kene dengan jiwa raga aku.. huhuhu


Aku nak kongsi cerita, aku skang ni ada aktiviti baru selain dari memancing, guess what? camping.. huhuhu.. ntah apa mimpi aku, tiba-tiba aku teringin nak camping. Ada la sikit-sikit barangan camping yang aku beli, plan aku nak beli sampai complete :)

Ni khemah yang boleh muat untuk 4 orang. Kiranya kalau nak main masak-masak dalam khemah ni pun boleh jugak la.


Ni adalah tilam buluh, kalau tidur atas tilam ni syok sikit, tilam ni untuk dibentangkan dalam khemah.


Ni bantal yang aku beli kat tesco. Korang jangan pulak ingat aku tibai bantal mak aku, tak.. aku beli ni.. ada lagi tag tanda harga tu :P


Ni adalah lampu ayam versi led. :) Kira ok gak lak lampu ni, dalam gelap bila pasang lampu kira terang gak la.. Memanglah kan, dah nama dia pun lampu.. apa da...


Ok, this one is my favourite. Nampak ajer macam sampah masyarakat benda ni, tapi mahal ooo.. Ni adalah mini hammock. Kalau korang tak tau apa benda tu, cariklah kat google.


Ni adalah bahan api yang mudah dibakar. Ni gunanya nak buat bara untuk BBQ la. Hihihi. Set BBQ tu dah beli gak, tapi gambarnya tak dapat dipaparkan atas sebab-sebab tertentu :P


Hihihi.. bila dipikrkan balik, macam-macam perangai aku ni kan :)

Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Bahagia itu sekadar kata,
Hendak dicapai tak semudah bicara,
Harta,takhta dan wanita menjadi racunnya,

Hilang semua itulah jalannya,
Jangan sangsi pada janjiNYA,

Pasti bahagia akan ditemu akhirnya.



29 November 12:12 am