Security Meeting

Posted by ghimau under
Macam dalam entry kat blog viruspadu, minggu lepas aku, aunty virus dan en f ke PICC putrajaya untuk satu siri mesyuarat.

Aku dijemput untuk memberi sikit talk berkenaan dengan security. Alhamdulillah, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur program.

Kalau korang nak tahu sebenarnya aku prepare slide tu sehari sebelum talk tu dan untuk demonya aku prepare malam sebelum talk tu. Ada gak part yang tak siap, aku siapkan dalam kete.. hihihi.. yer lah aku tumpang viruspadu ke sana. Huhuh.. memang dasar mamat last minute aku ni :)

Tajuk talk aku adalah Basic Exploitation Using Metasploit. Korang leh lah download slide tu kat sini kalau berminat. Aku buat demo macam mana nak carik offset dalam vulnerable c code untuk tujuan buat buffer overflow attack. Alhamdulillah, sumer berjalan lancar. Aku demokan jugak penggunaan metasploit ni.

Yang aku paling seronok, semua ahli mesyuarat sangat berpuas hati dengan kandungan penyampaian aku. Alhamdulillah.

Macam biasa lah.. ada sikit gambar-gambar yang menjadi kenangan.. Ini adalah suasana dalam bilik mesyuarat.



Masa ni aku tengah kusyuk buat demo. Yang kat sebelah yang tengah mengintai aku tu En. N. Dia nilah ketua team kodok. Muahaha..


Ni pulak slaid aku. Time ni aku tengah bincangkan apa itu Metasploit.


Dan akhirnya Pengerusi menyampaikan cenderahati. Thanks.. Rasa terharu la pulak


Petang tu pulak kitorang ada sesi lawatan. Ni lah gambar aku dengan team aku yang ganaz...Muahaha


Cuba korang tengok kitorang (aku, viruspadu dan encik f). Tahu tak kitorang tengah bincang apa tu? Kitorang tengah bincang nak cabut balik umah. Hahaha


Ni pulak gambar viruspadu(tudung kuning tu) yang sedang rancak mengkelentong salah seorang dari ahli mesyuarat. Aku cuba nak curik dengar tapi tak berjaya. Kalau korang nak tahu dia cakap apa.. tanya lah dia sendiri. Huhuhu


Untuk makluman, masa aku bagi talk tu, versi metasploit yang latest adalah 3.1 skang ni dah ada versi 3.2. Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

21 comments:

On 21 November 2008 at 12:37 , alia said...

gambar masa amik cenderahati tu nampak muka ko bangga siot..hu..hu.. ttu ko puas hati ngan usaha ko.klu aku d tempat ko pung aku akn kembang bagai juara......tahniah....

i dah "tag" u..sila jwb yer....

 
On 21 November 2008 at 13:12 , Jard The Great said...

sempat amik gmbr mase amik cenderamata.. LoL..

 
On 21 November 2008 at 15:39 , ghimau said...

alia : ye ke? huhuhu.. amin

Jard The Great : tu urusetia yang amik gambar tu :)

 
On 21 November 2008 at 16:09 , shafa said...

Cayalah bro..u memang hebat laaa...software apa tu aku pun xpenah dengar..

 
On 21 November 2008 at 16:20 , M4M4 MY4 said...

agak2 kalau cenderahati tue dah penuh kat umah pos sini satu yer hiks (gurau jek) salam perkenalan gak dari mama mya

 
On 21 November 2008 at 16:25 , The Spiral Eyes said...

ghimau ke orang..lalalala

 
On 21 November 2008 at 16:30 , ghimau said...

shafa : tu metasploit nama dia. Exploit developtment framework

MadihayS : thanks :)

Mama Mya : Hihihi.. tunggu dah penuh satu rumah dulu yer.. thanks lawat blog saya

The Spiral Eyes : den ni ghimau jadian.. siang jadi orang.. malam jadi ghimau.. ngaumm.. haa.. ni dah nak bertukar jadi ghimau ni :P

 
On 21 November 2008 at 17:12 , Nurmala Mazlan said...

salam kenal ghimau..

 
On 21 November 2008 at 18:05 , apek terror said...

ajar gua hack akaun org lain...boleh?

 
On 21 November 2008 at 19:19 , edrina said...

bravo en hakes.. go gadget go.. eh gadget laks..hik hik..

kalau kiter buat sungguh2 rasa satu kepuasan kan.. akak doakan en.hakes dapat lah imbuhan yg sepatutnya..bonus kaa.. increment lebih tinggi ka.. pekerja contoh ka.. pekerja2 yg rajin & berdedikasi cam en.hakes ni la yg kita mau.. :-)

 
On 21 November 2008 at 19:20 , edrina said...

bravo en hakes.. go gadget go.. eh gadget laks..hik hik..

kalau kiter buat sungguh2 rasa satu kepuasan kan.. akak doakan en.hakes dapat lah imbuhan yg sepatutnya..bonus kaa.. increment lebih tinggi ka.. pekerja contoh ka.. pekerja2 yg rajin & berdedikasi cam en.hakes ni la yg kita mau.. :-)

 
On 21 November 2008 at 21:51 , Rembulan NagaGala said...

mane slide tu bro? x de pun. :)

 
On 22 November 2008 at 08:03 , Cikli's Headware said...

wpun dpt cenderahati jer.. tahniah2.. beruntung ko satu team ngan vp.. ape2 hal time balik cepat jer cabut!!

 
On 22 November 2008 at 11:51 , *SiRibenMerah said...

hye ghimau..
salam kenal =)

 
On 22 November 2008 at 12:37 , InT@N said...

hebat tu... bangga sy sbg ank murid...huhu... de kna mengena ke ek??hik3

 
On 22 November 2008 at 18:12 , Sitie BUm BUm said...

meeting mcm dlm parlimen je suasana die =)

 
On 22 November 2008 at 19:51 , Yana Ismail said...

walla!huhu..salutela bro;)

tahniah2!:)

 
On 23 November 2008 at 11:32 , ghimau said...

Terima kasih semua :)

 
On 24 November 2008 at 17:53 , vogue2704 said...

tahniah..bukan senang nak cakap depan org...salute la..hehe...
ha lupa nak cakap..tak de pun slide tu..nak tahu jugak benda alah tu hehe

 
On 24 November 2008 at 17:58 , PerantauSepi1306 said...

perhhh cayalah... ado ciri2 jadik menteri ICT nie ;D

 
On 25 November 2008 at 08:46 , ghimau said...

Slide tu leh download kat sini : http://geocities.com/terlaklintau/metasploit.pdf

no need to reveal : thanks :)

PerantauSepi1306 : amin :)