Aktiviti Semalam

Posted by ghimau under
Semalam aku bz sikit lah.. So tak sempat nak update blog. Tapi tak per arini aku citer sikit la aktiviti semalam.

Aku kadang-kadang tension jugak bila banyak sangat meeting ni.. macam semalam ajer ada 2 meeting, pagi dan petang. Bila asyik meeting, bila masanya kerja nak buat. Huhuhu.. lantak lah kan.. kang cakap banyak kita gak yang kena marah balik :P

Dalam kesibukan semalam aku cuba curik masa untuk buat satu tools untuk tujuan server monitoring. Sebenarnya ni projek lama aku, dari tahun lepas, dah lama terbelangkai.. start minggu lepas aku cuba buat balik sikit-sikit. Banyak penambahan dan pembetulan source code yang aku buat.

Aku namakan tools ni ghimau's monitor v2.0. Banyak lagi penambahbaikan yang akan dibuat dari semasa ke semasa. (Tu pun kalau ada kesempatan) :P Nanti bila dah siap tools ni aku publishkan.. korang leh lah cuba gunakan nanti :) Aku banyak merujuk maklumat dan contoh dari Internet. Terima Kasih Uncle Google, ko memang best :P

Aku buat tools ni guna VB 6.0. Mungkin ada yang cakap alah guna vb senang ajer. Kalau senang cuba lah buat :P Mentaliti kita memang macam ni, kita tak tahu secara mendalam tapi kita bercakap seolah-olah kita sangat mahir :P. Kalau betul tahu, cuba lah buat.. yer tak.. ni setakat cakap ajer, arwah pak ya kat kampung aku pun leh cakap :P

Ni gambar configuration panel untuk tools ni


Ni pulak screenshot About page


Ni time aku testing configuration panel. Cantik! Berjalan dengan baik :)


Arini aku try sambung sikit lagi projek ni. Hmm.. petang semalam aku kuar dengan alia. Ada la sikit gambar-gambar.. tapi aku tak sempat masukkan.. Nanti esok Insya ALLAH aku masukkan yer :)

9 comments:

On 25 November 2008 at 09:55 , InT@N said...

wah mcm2 projek r....byk ilmu ek...

 
On 25 November 2008 at 11:24 , ghimau said...

ilmu memang banyak intan.. tinggal pada kita ajer untuk nak mengamalkannya.. :)

 
On 25 November 2008 at 11:57 , Jard The Great said...

ko programmer ker?

 
On 25 November 2008 at 12:06 , ghimau said...

Jard The Great : gitu lah nampak gayanyer :P

 
On 27 November 2008 at 09:26 , Capo Grande said...

Pengguna X: Semenjak saya menggunakan program ini, sy tidak lagi kencing malam.....huhuhuhu

 
On 28 November 2008 at 07:36 , ghimau said...

Capo : Tahniah aku ucapkan kepada pengguna x

 
On 28 November 2008 at 12:06 , Z[ack] said...

bro ghimau.. xnk kasi dkt aku ke source code dier? lama xmaen dgn vb neh.. ehehhe

 
On 6 December 2008 at 23:14 , Anonymous said...

wah wah.. bro.. source code publish skali x nnti :D klau publish skali sempoi gak.. leh godek2 heheheh.. bravo2

 
On 10 December 2008 at 16:06 , ghimau said...

Z[ack], Sputnik : Nanti dah stabil program ni aku publishkan source code dia yer :)