Hmm... Aku sebenarnya tengah tension giler ni! Rabu lepas jumpa Dato' K dengan boss dan aunty virus. Dia biasalah.. tahu nak maki jer!
I want tourismnegerisembilan to be up in one week!Hmm.. ingat aku ni apa! Hari Khamis cuti, tapi aku datang gak keje, dari pagi hingga ke malam, sampai terjumpalah makhluk dari alam ghaib tu :)
Tak cukup lagi, aku buat keje kat umah sampai kul 4.30 pagi. Jumaat tu aku gi lagi keje, buat lagi! Deming lak cuti sampai arini, masalah dns dan hosting tak settle, last-last aku gak yang kena buat ni, siut!
Hari Sabtu dan Ahad pun aku keje! Aku rasa aku dah takder life, keje ajer memanjang! Letih la.. letih sangat! Kalau aku vendor lain la.. ada lah jugak habuannya, aku bukan tak bersyukur dapat gaji bulan-bulan, tapi aku dah tak tahan, terlampau teruk aku kene keje. Bayangkanlah, 1 Negeri Sembilan punya web, aku dan aunty virus yang jaga, what the hell!
Kadang-kadang aku menyesal, kalau dari awal dulu aku buat bodo, mungkin aku tak kene teruk macam ni. Tapi apa nak buat, nyesal pun tak der guna!
Kesian awek aku, nak kuar dgn aku pun payah, yerlah, aku ni asyik-asyik keje.. keje.. keje..
Sampai aku dah kene migrain. MTPN lagi hampeh! Langsung tak bagi maklumat. Esok aunty dan aku akan jumpa Dato' K, aku akan ceritakan semuanya kat dia, dia nak marah lantak dia la! Dan kalau dia tanya lagi apsal web tak leh akses, aku akan ceritakan semuanya! Nasiblah
Minggu lepas aku dapat email,
Call for Papers dari Club@Hack, tujuannya nak pilih paper yang sesuai dan nak pilih speaker untuk seminar tu. Aku punya plan nak buat paper pasal
Covert Channel in ICMP Packets. Sebab ada la aku studi sikit-sikit pasal benda tu dulu, tapi aku terpaksa batalkan niat aku, sebab tak larat nak pikir! Yerla.. semua masa habis kat web-web hampeh ni!
Aku teringat kata-kata sifu aku, Sabar itu mulia, tapi kesabaran itu ada juga hadnya.
Nilah web tourismnegerisembilan yang aku buat secara percuma! Aku carik data sendiri! (aku terpaksa crack cd pelancongan dan macam-macam lagi, terpaksa blajar graphic editing).
Usah salah sangka, bukan ku marah, cuma luahan rasa, gurindam jiwa..cewah.. jiwang la pulak :)