Maltego

Posted by ghimau under
Apa bondo menatang maltego ni? Macam nama minuman yo.. Bukanlah.. ni satu tools untuk information gathering. Dia ada community dan profesional version.

Aku duk try la tools ni, ok la.. untuk tujuan reconnaissance. Ni ada la sikit about tentang maltego ni. Aku tibai dari website dia la, mana lagi.

Maltego is an open source intelligence and forensics application. It allows for the mining and gathering of information as well as the representation of this information in a meaningful way.
Coupled with its graphing libraries, Maltego, allows you to identify key relationships between information and identify previously unknown relationships between them. It is a must-have tool in the forensics.security and intelligence fields!
Maltego offers the user with unprecedented information. Information is leverage.


Aku ada attachkan sikit screenshot aku test maltego ni. Aku test terhadap domain ghimau.blogspot.com ni la dan ternyata aku sangat hensem.. Eh apa la kene mengenai dengan hensem.. huhuhu

Ni splashscreen masa start maltego ni. Aku guna community edition (free), kalau pro dia tak keluar splash screen macam ni, diorang panggil ni nag screen.

Ni pulak screen maltego ni.. nampak cun kan.. rasa macam FBI la pulak :P


Ni paparan Central View beberapa test yang aku buat terhadap domain ghimau.blogspot.com

Ni pulak mining view

Kesimpulannya : Tools ni akan aku simpan dalam koleksi aku untuk tujuan pen-test.. muahah haha.. Eh lupa lak.. untuk maklumat lanjut.. leh gi url ni http://www.paterva.com/maltego/community-edition/

Tribute to Budak-Budak Praktikal..

Posted by ghimau under
Hihihi..Entry ni lama dah aku nak buat.. tapi belum ada kesempatan.. makanya pada hari inilah ketetapan aku untuk menulis entry ini telah dizinkan oleh ALLAH :)

Ni lah adik-adik praktikal yang banyak buat hal kat tempat kerja aku. Huhuhuh.. tapi diorang ni memang best.. si Rio dengan Mi ni lah yang ngajar aku main Counter Strike.. tak jalan kerja ooo.. asyik duk ngadap menatang tu jer :) Yang tengah duk interframe tu, awie nama dia.. dia ni perasan hensem la konon.. piii rahh :P

Yang ni pulak geng-geng praktikal yang baru. Aku tak rapat sangat dengan geng yang baru ni.. bukan apa.. buang karen jer.. mengabihkan bogheh yoo.. :P

Gambar yang kat bawah ni pulak saje jer nak bagi tau korang.. aku yang lukih diagram network kat tempat aku. Huhuhu. Yang identify tu aku, dengan bos2 aku la.. Lepas dah lukih tangan tu.. ada budak praktikal (faiz) dia lah yang convert ke visio pulak. (Gambar terpakso diedit untuk tujuan keselamatan negaro - harap maklum)

Kalau ado malaun yang ngaku dia buek bondo ni bagitau la kek den.. biar den luku an palo dio tu.. huhuhu.. bergurau dibulan ramadahan ;)

Nantikan kisah ghimau dan pinky ke zoo negara.... huhuhuhu...

NMAP 4.75

Posted by ghimau under
Huhuhu.. dah lama gilos aku tak hupdate menatang blog ni kan. Bukan apa geng.. bz sikit la..

Kalau nak dipikirkan.. betul jugak kata awek aku..bz jer manjang.. bilanya tak bz.. time tido jer la kot.. tu pun bz gak kalau nak ikutkan.. bz duk melayan mimpi.. huhuhuhu


Dalam kesempatan ni, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dari golongan manusia dan jin. Muhahaha. Carilah hakikat puasa moga kita kekal bahagia.

Hmm.. Pagi ni aku dapat email dari mailing list pasal nmap latest version ni. Aku dah test.. memang gempak berbanding dulu.. jauh lebih laju dan efisyen. Dan yang bestnya dah ada map yang betul.. huhuhu

Ni satu screen (Guna Zenmap) paparan Host View lepas aku buat ping sweep kat segment server kat tempat aku.

Ni pulak screen yang menunjukkan map yang dihasilkan dari proses scanning. Ni sumer benda-benda baru ni.. nmap dulu xleh buat ooo.. :P

Cayalah kat Fyodor.. , lu memang gempak la bro. Huhuhu. Untuk malumat lanjut leh nengok kat web http://nmap.org

Good Luck To Alia

Posted by ghimau under
Hihihi.. entry kali ni aku sangat berbangga dengan si alia ni. Nak tahu kenapa? Dia dah dapat hidayah untuk nak belajar pasal hacking ni :)

Alia ni dah lama berminat nak belajar hacking, tapi sebelum ni dia punya semangat hanyalah hangat-hangat tahi kambing. Tapi 2,3 hari lepas dia betul-betul nak belajar pasal benda ni.

Dia kata kat aku, ajar dia macam mana aku mula-mula belajar pasal hacking ni dulu. Aku kata susah nak belajar dan ambik masa yang lama. Dia kata tak kisah. Selagi tak mula, mana nak jumpa jalan kesudahannya. Tul jugak.


Nak belajar benda ni, kita kene cari sendiri. Kita kene ada inisiatif sendiri. Tak leh nak harap orang main suapkan ajer, sebabnya kita tak leh ke mana pun kalau itulah mentaliti kita. Kita kene banyak mencuba. Kalau banyak alasan, sampai kiamat pun xleh nak pandai jugak :)

Lagi satu jangan ada niat nak challange orang lain, atau nak setara dengan orang lain, sebab nanti kita akan kecewa dan fade up.


Aku akan guide si alia sikit2 macam mana nak start belajar hacking. Cara aku, just bagitau dia apa yang dia kene buat, dan dia kene carik sendiri jalan macam mana nak buat benda tu. Lepas dah siap dia kene bagitau aku apa yang dia paham. Hihihi


Semalam aku terjumpa satu artikel pasal kumpulan hackers awek cina. Semoga si alia pun dapat jadi macam diorang :P


Nama team diorang tu :






Ni pulak ketua kumpulan diorang. Nampak sengal jer, macam si alia jugak kot sengalnya dia ni :)

Pen-Test oh Pen-Test

Posted by ghimau under
Alhamdulillah, akhirnya aku dimasukkan ke unit Security. Unit yang aku idam-idamkan :) Banyak plan dalam kepala otak aku ni yang nak diimplemenkan kat sini :

1. Nak setup IDS
2. Nak setup NMS
3. Nak stup Honeypot/Honeynet
4. Nak setup Web Filtering
5. Nak setup VPN

Tu baru sebahagian dari planning. Yang paling best adalah aku buat Security Posture Assessment. Wah.. best tu. Ni sebenarnya kerja Consultant tau. Tapi Alhamdulillah, aku ada kebolehan ni dan aku akan buat yang terbaik :)

Bulan depan aku dijemput untuk mengajar pasal web hacking, best best.

Bila aku buat pen-test ni, baru aku sedar betapa lemahnya tahap keselamatan server-server kalau sistem admin tido ajer :P. Macam kat bawah ni, aku berjaya dapat r00t access pada satu server HP UX yang disetkan berada dibelakang firewall.. what the hell?

Yang ni pulak aku berjaya enumerate Oracle 10g. Yang bestnya benda ni diprotect oleh Firewall dan IPS. Entah ler...

Semalam aku 'test' satu sistem online sebuah syarikat gerhasi malaysia, dan guess what? I'm in. Aduss.. sedih la aku nengok tahap keselamatan ICT kat Malaysia ni.

Tapi kan, dalam aku seronok duk Unit Security ni, aku rasa sedih gak... yer lah.. 2 tahun hasil aku berhempas pulas, kerja siang malam, sabtu ahad, last-last orang lain lak yang ngaku dia buat. Macam anjing tul! Tapi nak buat macam mana kan.. aku pun dah mula fade up sebenarnya, sebab aku rasa macam dah takder orang yang jujur lagi dah kat Malaysia ni. :(

Yippiee.. Dah dapat balik password

Posted by ghimau under

Yippie.. hari ni aku happy, sehappy spongebob tu. Nak tahu kenapa? Yerla.. dekat sebulan aku tak update blog.. korang nak tahu kenapa? Aku terlupa password blog ni. Hihihi. Al maklumlah, banyak sangat password dalam kepala otak aku yang cute mute ni :P

Setelah hampir 2 minggu bertungkus lumus, akhirnya dengan teknik tendangan tanpa bayang, aku berjaya mendapatkan balik password blog ni.

Sebenarnya banyak aktiviti (gambar) yang aku dah ada untuk dipublishkan kat blog ni. Nanti start esok aku mula publishkan balik. Korang rajin-rajin la komen blog aku ni yer.

I love u all.. Cewah :P