Trip To Cyberjaya

Posted by ghimau under
Semalam, aku dan aunty virus melawat cyberjaya.. Kitorang bukan buat site visit tau, tapi kitorang buat server upgrading. (Cewah, macam gempak jer). Disebabkan lama tak pegi cyberjaya, aku macam biasa la, tersesat jalan. Hihihi. (macam la setahun tak pegi sana). Aku rasa, aku kena amalkan makan kismis la untuk menguatkan daya ingatan :)

Kat sana, kitorang buat la kerja.. lepas abis buat keje aunty virus guna line server untuk surf internet, aku pun nak surf gak, tapi line tak cukup, so dengan poyonya aku mintak la kat brader sana nak pinjam switch.

Sekali bos dia datang, tanya kenapa nak pakai switch, takkan nak kata aku pun nak surf internet macam aunty virus.. kang sia sia jer kena sound kang so dengan kepakaran social engineering, aku pun cakap la kitorang nak buat scanning, tak nak kacau network sini, so kami nak setup mini network guna switch tu. Punya la cuak dia tu. Yerla.. agaknya dia pikir kitorang nak hack network dia kot. Hihihi.

Lepas tu kitorang kuar la makan, en laloquee belanja makan. Thank you. Aku curik gambar ni dari blog aunty virus


Lepas dah siap keje kat sana kitorang balik. Bila kat umah (dlm pukul 8 malam) aku teringat sesuatu yang sangat mencuakkan diri aku yang berhati kudus ini. Alamak! Password web baru yang kita setup tu masih default, tak tukar lagi. Siut tul! Kalau ada hackers lain tahu, confirm kene deface ni.

Aku bergegas ke ofis malam tu, alhamdulillah, web tu masih lagi belum di 'usik'. So aku pun tukar la password web tu dan maklumkan kat bos baru aku.

Siapakah bos baru aku? Nantikan jawapannya dalam entry akan datang.. hihihi

Blog Alia

Posted by ghimau under
Alia dah tukar blog dia dah. Makin gempak, makin panas, yang paling tak tahan tu.. adeh.. nama blog dia pingkey.blogspot.com. Adus.. napelah dia pilih nama tu.. sangat menggelikan jiwa dan raga ku.

Kenapa harus pink? kenapa oh mengapa?...

Blog alia boleh dilayari di alamat : http://pingkey.blogspot.com

Tak perla alia, walaupun kau tukar nama talang kepada pingkey (kononnya nama talang tu tak der komersial value.. piirahh.. macam lah nama pingkey tu komersial sangat), namun I'll always love u bebeh!

Web aku dah update

Posted by ghimau under
Hi geng.. web aku (http://ghimau.cjb.net/) baru diupdate hari ni.

Artikel yang baru masukkan :

1. Tutorial C Part 1
2. Tutorial C Part 2
3. Installing Apache
4. Basic Networking Concepts
5. Basic Linux Command

Korang rajin-rajin la lawat yer.. Kalau ada comment atau pertanyaan, sila layari http://mysecurity.cjb.net/

Happy Hacking :)

Mancing Kolam

Posted by ghimau under
Ari sabtu lepas aku, bos dan rizal gi mancing kat satu kolam kat labu. Best oo tempat tu. Aku ada la dapat sikit anak-anak talapia.. bos ada la dapat 2 ekor anak takapia. kira ok la untuk beginners.. si rizal ni pulak dapat 4 ekor patin.. peh.. ni yang aku rasa nak repeat ni.
Yang aku bengang bukan apa.. tali perambut aku 3 kali putus.. silap aku la.. ikat guna tali 10 paun.

Esoknya kebetulan si alia tak bz sangat, so aku ajak la dia gi kolam tu.

Kali ni aku dah ready, aku ikat perambujt guna tali 25 paun.. saiz mata lak 13.. hahaha.. siap la ko. Dan hasilnya dapatlah aku sekor patin ni

Ingat nak mancing lagi.. tapi memandang kan si alia ni ikut sekali so aku kena la balik awal.

Kidnap

Posted by ghimau under
Dalam kesibukan persiapan menjelang pilihanraya ni, aku berjaya gak kidnap si alia ni. Bawak gi jusco.. bukan apa.. nak suh dia teman aku carik majalah linux for you :) Semasa nak menanti dia tunggu tu aku terlihat satu adegan yang tak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.

Kepada adik-adik dan abang-abang, anda dinasihatkan supaya tidak meniru aksi seperti gambar di atas.

Kesian gak si alia ni, diorang keje sampai tengah malam.. yer lah.. berkhidmat untuk negara.
Alia beli bubur ayam Mc D sebagai bekal untuk meneruskan kehidupannya pada hari tersebut

Lake Garden

Posted by ghimau under
Ada sehari tu aku duk sembang dengan bos kat tepi tangga, kat sanalah bermulanya perkenalan aku dengan si rizal. Baru aku tahu si rizal dan rafi ni kaki pancing. Lama la aku plan kononnya nak pancing dengan diorang.

Last-last ada sehari tu aku mancing dengan diorang kat Lake Garden. Hihihi. Yang datang rizal, rafi, faizal dan member rafi. Kitorang duk la mancing kat sana. Pancing punya pancing yang dapat ikan flower horn jer.. hampeh.

Tiba-tiba ada benda makan umpan aku, aku rasa lain macam jer tarik dia ni.. bila aku pusing rel, bunyik dia berkepak kepak. Ish.. udang rupanya.. Ingatkan udang galah, tapi mungkin ni spesis udang kara la.. aku main agak je tu.

Geng.. kalau nak mancing lagi jangan lupa roger!