Memancing Lagi

Posted by ghimau under
Hari tu aku dengan alia gi mancing ikan kat PD. Mula-mula kitorang gi kat area rezab upm tu. Air tengah surut time tu, so kitorang pun menyusuri pantai. Sedang asyik aku memancing, tiba-tiba alia terjumpa satu kehidupan laut yang tidak diketahui spesisnya.

Aku pun pi lah nengok menatang tu. Kitorang sepakat menamakan spesis tu gamat. Ye ke? Aku dengan lia main belasah jer ni.

Bila aku kuis-kuis, menatang ni jadi panjang.. macam dia nak melarikan diri jer.

Geli gak bila nengok benda ni. Nasib baik kitorang tak bawak balik spesis ni. Yerla, manalah tahu ni spesis alien vs preator tu ke. tak ke naya.

Dibalik pesisir pantai itu, kelihatan seorang gadis dayak laut sedang memegang batang pancing yang ditibainya dari mana ntah. Tapi bila diamati gadis ni, la.. rupa-rupanya si alia. Hihihi. jangan marah yer :P

Pancing punya pancing, sekor ikan pun tak dapat. So kitorang tukar port. Mancing kat tempat aritu, Pantai Cahaya. Kat sini ada sikit sikit ikan dan anak ketam yang kitorang dapat.
Tiba -tiba sekor ikan buntal makan umpan pancing aku. Hmm.. Nasib baik aku tak pegang.. kalau tak, masuk hospital la jawapnya.

Alia bukan main suka bila nampak ikan buntal ni. Yerla.. sama spesis kot :P

Petang pun dah menjelang tiba.. so kitorang pun lepaskanlah ikan-ikan dan ketam-ketam yang berjaya dipancing kembali ke laut. Ada gaya macam lepaskan anak penyu jugak la :)

Lepas abis pilihanraya ni, Insya Allah kitorang nak mancing lagi. :)

9 comments:

On 18 February 2008 at 09:19 , viruspadu said...

ikan buntal tu comel la hehehehe

sama spesis ngan alia yer, x baik kooo... hahahaha

 
On 18 February 2008 at 13:34 , yan said...

bengong la kau nie

 
On 18 February 2008 at 13:40 , fairuz said...

akum bro.... mintak phone no ko... send it to my email fairuz.yusof@gmail.com. ko nye no kt aku dah expired la.. ampeh tul... btw azila dah selamat melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. n kitorg sempat la mengumpat psl ke"bizi"an ko tuh.... bak no tepon oi!

 
On 20 February 2008 at 10:10 , ghimau said...

ceh! :P ok.. nanti aku bagi no tepon aku :)

 
On 22 February 2008 at 15:43 , kecik said...

ade sebab la tu sangkut ngan ikan buntal....ehhh, aku cakap pasal ikan buntal yg sangkut kat pancing ko ok..

 
On 24 February 2008 at 02:33 , angah said...

alia.. aku cdangkan ko jdkan usin kayu pancing.. sure pasni akan dpt banyak ikan.. hikhik.. byk ikan buntal lagi.. hahahaha..

 
On 24 February 2008 at 15:30 , ghimau said...

kecik: cis.. perli ke apa tu? :P
angah: yolah tu :P

 
On 25 February 2008 at 08:02 , fairuz said...

tq 4 the number.
hahahaha.... sia adam ngn radhi la yg duk kate ko "bizi"... aku tukang tambah2 nasik je... :p

 
On 25 February 2008 at 08:03 , fairuz said...

ba? bn?

haku nk pangkah dap la kt tampin.. ngeh ngeh ngeh