Ni link dia : http://forums.oscommerce.com/index.php?showtopic=286605&st=20
Ni link dia : http://forums.oscommerce.com/index.php?showtopic=286605&st=20
Aku dah plan aktiviti untuk ujung minggu ni.. tapi terpaksala cancel.. :( aduss.. bengangnya..
Macam ni la rupa aku bila bengang
So semalam aku buat la secara intensif web ni.. walaupun aku bengang :) Buat web ni guna template free, tapi lagi azab rupanya.. sebab css dia ntah apa-apa.. tak paham aku.. payah giler nak susun. So aku buat layer-layer yang baru overwrite layer yang asal..
Ni lah sebahagian fail web tu
Bila nak edit dalam dreamweaver, nak tak nak kene 'main' dengan dia punya code dan css, kalau tak margin dia lari.. Sosial tul!
Hmm.. aku ni peminat limau mandarin, kalau sekotak tu aku sorang leh abiskan dalam masa 2 hari. Semalam dekat 10 biji limau tu aku bedal one shot.. akibatnya.. sakit perut woo... Ingatkan makan limau banyak-banyak leh ilang tension.. rupanya lagi tension :)
Lepas tu aku dah malas nak usik dah web ni.. aku nengok tv sat.. ada bola.. walaupun aku tak minat langsung bola ni, tapi aku nengok gak la..
Pastu aku sambung la balik web ni.. Dan hasilnya.. inilah dia web tersebut. Grafik tu aunty virus yang buat
Hmm.. ni kang time nak update web ni rasanya besar kemungkinan aku gak yang kene update ni.. yer la nanti kang orang lain tak tahu structure dia.. entah la.. ikut jer la.. dah nasib badan :)
Petang semalam, aku sms aunty virus, kalau kita launch live, bahaya gak.. takut tiba-tiba internet down, pastu terus terang, aku tak yakin dengan setting dns yang 'akan' di buat. Nanti kalau tak leh bukak, unit aku gak yang dipersalahkan. So aku cadangkan buat fake dns lookup. Guna domain dia tapi point kan ke localhost, dalam masa yang sama dia leh gak gi internet, jadi kalau orang nengok memang nampak macam live la :)
So malam tadi lepas siapkan web tu, aku buatlah setting benda ni. Ni yang menarik ni.. mencabar sikit :P Dan alhamdulillah, aku berjaya.. yea yea.. memang rasa best time tu bila berjaya buat. So bertambah yakin lah kitorang kalau nak launch web ni. :)
Pagi tadi aunty virus datang jap, semak web tu.. ada gambar-gambar skit yang nak dimasukkan. Aku ingat malam kang la aku buat.. aku dah malas ni :P
Cuma aku rasa, kalau pegang jawatan tu.. kene la berbaloi.. ye tak.. amik la masa untuk studi ke.. ada yang siap jadi part time lecturer, ngajar network.. tapi 3 way handshake pun tak tahu.. patutlah budak-budak lepasan studi ni haprak.. sebab lecturer dia pun 2x5 :) (bab it ni lah yang aku nampak)
Hmm.. sepanjang tahun 2007 banyak peristiwa yang telah aku alami, ada yang best dan ada yang tak best. Biasalah dah nama pun manusia, so ada masa kenelah uji ada masa diberi puji.
Kita ni suka merancang, tapi hakikatnya bukan sumer yang kita rancang dapat dilaksanakan. So kenelah sentiasa meminta dan mengharap ehsan pada DIA. DIA yang memiliki 7 petala langit dan 7 petala bumi serta isinya. Bila kita faham hakikat diri kita ni, lemah, hina, jahil dan faqir, maka ketika itu barulah bermula perjalanan hidup seorang muhsinin.
Tahun 2008 ni kalau boleh nak perbaiki diri, nak menambahkan ilmu-ilmu hacking :) kalau boleh niat di hati nak jadi master hacker satu hari nanti.. hihihi..
Insya ALLAH, moga-moga dimakbulkan segala apa yang baik buat diriku. Dan buat awek aku, i love you bebeh :P