Hi..entry kali ni aku nak citer pasal trip ke pd untuk mancing ikan.. Trip ni dah lama dah.. tapi baru nak masukkan dalam blog.. huhuhu..

Si alia ni tak leh nak tengok aku senang.. kalau aku nak mancing dia pun nak join sama.. apa la.. huhuhu.. sebenarnya sebelum tu si alia ada la pinjam pancing aku, dia gi mancing dengan member dia.. cik echah... korang nak tahu tak.. abis tali pancing tu aku dia kerjakan...

so aku sound la dia.. huhuhu.. dia pun merajuk la.. huhuhu, tapi tak perla.. tu citer lama :) Tapi alia.. aku masih terngiang ngian time kau kutuk pancing aku.. ko kata pancing aku buruk.. sampai hati ko yer :P Pancing ni la menjadi sumber rezeki aku yang kedua tau :P

Korang cuba tengok gambar ni betul-betul.. cuba perhatikan objek yang dibulatkan tu... dapat tak korang jangka apa entiti tersebut?

Cuba nengok lagi.. si alia la yang amik gambar ni.. seram siut... huhuhu


Ni pulak si alia tengah buat muka sedih.. huhuhu


Info sampingan untuk korang.. akhirnya aku install gak ubuntu kat laptop aku.. sebelum ni guna vmware jer.. kali ni buat dual boot.. amik ko.. ni semua bengang pasal virus - virus kambing yang menyerang pc aku

Sepetang di Central Market

Posted by ghimau under
Hihihi.. ni kenangan beberapa bulan lepas.. time tu aku bawak si alia gi central market.. saje jalan-jalan carik pasal.. huhuhu...

Pergi sana bukan buat apa pun.. saje buang masa dan buang duit.. huhuhu.. lagi pun aku nak bagi pendedahan sikit kat alia ni tentang dunia luar.. huhuhu.. (jangan marah yo alia)

Cantik jugak la central market ni.,. ala-ala eksotik gitu.. eksotik ni menatang apa, aku pun tak tahu la.. aku main tulis jer ni..huhuh..Dia ni 3 tingkat jer.. tapi ada lif.. lif dia gempak siut.. lutsinar tu..

Cuba bandingkan si alia dengan awek cina tu.. Arghh... alia sudah jadi gergasi ke ni? Hihihi.. gambar ni aku amik kat dalam lif tu la..


Bila dah bosan kat Central Market ni.. kitorang gi la lowyat plaza.. kononnya nak tengok la pc-pc, gadget-gadget.. alih-alih si alia ni duk main game kete kat atas lowyat tu.. huhuhuh

Hmm.. bila buat entry ni.. teringat aku dengan alia makan kfc kat central market tu.. best siut.. nak-nak perut den tongah lapar lak ni kan .. huhuhu

Maltego

Posted by ghimau under
Apa bondo menatang maltego ni? Macam nama minuman yo.. Bukanlah.. ni satu tools untuk information gathering. Dia ada community dan profesional version.

Aku duk try la tools ni, ok la.. untuk tujuan reconnaissance. Ni ada la sikit about tentang maltego ni. Aku tibai dari website dia la, mana lagi.

Maltego is an open source intelligence and forensics application. It allows for the mining and gathering of information as well as the representation of this information in a meaningful way.
Coupled with its graphing libraries, Maltego, allows you to identify key relationships between information and identify previously unknown relationships between them. It is a must-have tool in the forensics.security and intelligence fields!
Maltego offers the user with unprecedented information. Information is leverage.


Aku ada attachkan sikit screenshot aku test maltego ni. Aku test terhadap domain ghimau.blogspot.com ni la dan ternyata aku sangat hensem.. Eh apa la kene mengenai dengan hensem.. huhuhu

Ni splashscreen masa start maltego ni. Aku guna community edition (free), kalau pro dia tak keluar splash screen macam ni, diorang panggil ni nag screen.

Ni pulak screen maltego ni.. nampak cun kan.. rasa macam FBI la pulak :P


Ni paparan Central View beberapa test yang aku buat terhadap domain ghimau.blogspot.com

Ni pulak mining view

Kesimpulannya : Tools ni akan aku simpan dalam koleksi aku untuk tujuan pen-test.. muahah haha.. Eh lupa lak.. untuk maklumat lanjut.. leh gi url ni http://www.paterva.com/maltego/community-edition/

Tribute to Budak-Budak Praktikal..

Posted by ghimau under
Hihihi..Entry ni lama dah aku nak buat.. tapi belum ada kesempatan.. makanya pada hari inilah ketetapan aku untuk menulis entry ini telah dizinkan oleh ALLAH :)

Ni lah adik-adik praktikal yang banyak buat hal kat tempat kerja aku. Huhuhuh.. tapi diorang ni memang best.. si Rio dengan Mi ni lah yang ngajar aku main Counter Strike.. tak jalan kerja ooo.. asyik duk ngadap menatang tu jer :) Yang tengah duk interframe tu, awie nama dia.. dia ni perasan hensem la konon.. piii rahh :P

Yang ni pulak geng-geng praktikal yang baru. Aku tak rapat sangat dengan geng yang baru ni.. bukan apa.. buang karen jer.. mengabihkan bogheh yoo.. :P

Gambar yang kat bawah ni pulak saje jer nak bagi tau korang.. aku yang lukih diagram network kat tempat aku. Huhuhu. Yang identify tu aku, dengan bos2 aku la.. Lepas dah lukih tangan tu.. ada budak praktikal (faiz) dia lah yang convert ke visio pulak. (Gambar terpakso diedit untuk tujuan keselamatan negaro - harap maklum)

Kalau ado malaun yang ngaku dia buek bondo ni bagitau la kek den.. biar den luku an palo dio tu.. huhuhu.. bergurau dibulan ramadahan ;)

Nantikan kisah ghimau dan pinky ke zoo negara.... huhuhuhu...

NMAP 4.75

Posted by ghimau under
Huhuhu.. dah lama gilos aku tak hupdate menatang blog ni kan. Bukan apa geng.. bz sikit la..

Kalau nak dipikirkan.. betul jugak kata awek aku..bz jer manjang.. bilanya tak bz.. time tido jer la kot.. tu pun bz gak kalau nak ikutkan.. bz duk melayan mimpi.. huhuhuhu


Dalam kesempatan ni, aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dari golongan manusia dan jin. Muhahaha. Carilah hakikat puasa moga kita kekal bahagia.

Hmm.. Pagi ni aku dapat email dari mailing list pasal nmap latest version ni. Aku dah test.. memang gempak berbanding dulu.. jauh lebih laju dan efisyen. Dan yang bestnya dah ada map yang betul.. huhuhu

Ni satu screen (Guna Zenmap) paparan Host View lepas aku buat ping sweep kat segment server kat tempat aku.

Ni pulak screen yang menunjukkan map yang dihasilkan dari proses scanning. Ni sumer benda-benda baru ni.. nmap dulu xleh buat ooo.. :P

Cayalah kat Fyodor.. , lu memang gempak la bro. Huhuhu. Untuk malumat lanjut leh nengok kat web http://nmap.org

Good Luck To Alia

Posted by ghimau under
Hihihi.. entry kali ni aku sangat berbangga dengan si alia ni. Nak tahu kenapa? Dia dah dapat hidayah untuk nak belajar pasal hacking ni :)

Alia ni dah lama berminat nak belajar hacking, tapi sebelum ni dia punya semangat hanyalah hangat-hangat tahi kambing. Tapi 2,3 hari lepas dia betul-betul nak belajar pasal benda ni.

Dia kata kat aku, ajar dia macam mana aku mula-mula belajar pasal hacking ni dulu. Aku kata susah nak belajar dan ambik masa yang lama. Dia kata tak kisah. Selagi tak mula, mana nak jumpa jalan kesudahannya. Tul jugak.


Nak belajar benda ni, kita kene cari sendiri. Kita kene ada inisiatif sendiri. Tak leh nak harap orang main suapkan ajer, sebabnya kita tak leh ke mana pun kalau itulah mentaliti kita. Kita kene banyak mencuba. Kalau banyak alasan, sampai kiamat pun xleh nak pandai jugak :)

Lagi satu jangan ada niat nak challange orang lain, atau nak setara dengan orang lain, sebab nanti kita akan kecewa dan fade up.


Aku akan guide si alia sikit2 macam mana nak start belajar hacking. Cara aku, just bagitau dia apa yang dia kene buat, dan dia kene carik sendiri jalan macam mana nak buat benda tu. Lepas dah siap dia kene bagitau aku apa yang dia paham. Hihihi


Semalam aku terjumpa satu artikel pasal kumpulan hackers awek cina. Semoga si alia pun dapat jadi macam diorang :P


Nama team diorang tu :






Ni pulak ketua kumpulan diorang. Nampak sengal jer, macam si alia jugak kot sengalnya dia ni :)