Ana Faqir Ilallh

Posted by ghimau under



Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta kemalangan menjadi keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara nampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta timbunan debu kelihatan sebagai taman
Kerana cinta api berkobar menjadi cahaya menyenangkan

Kerana cinta Saytan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu keras menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tidak menakutkan bagaikan tikus
Kerana cinta sakit menjadi sihat
Kerana cinta amarah berubah menjadi keramah-tamahan

Wali Sanga

Posted by ghimau under
Salam semuo.. semalam den layan ceghito indon lamo. Entah apo-apo ntah ceghito tu. Pasal Wali Sembilan. Hehehe.

Dalam ceghito tu ado satu watak, namo dia Siti Jenar. Nama macam perempuan, tapi dia ni lelaki. Dia ni menimbulkan perdebatan dan kontroversi dikalangan wali sembilan yang lain.

Satu dialog dia yang aku ingat:

"Nampaknya sidang wali sudah memutuskan suatu keputusan buat aku. "


Salam Maulidur Rasul

Posted by ghimau under


Huh.. lamo bonar tak update blog ni. Untuk tahun ni, nilah entry pertama.

Alhamdulillah, dapat lagi den meraikan maulid nabi. Syukur. Timbul dalam diri satu persoalan, apakah makna hakiki sambutan maulid nabi ini?

Bagi orang-orang besar mereka sibuk dengan sambutan yang hebat-hebat, perarakan yang gilang gemilang, dengan kompangnya, dengan bajunya, dengan songkoknya yang begemerlapan. Tak salah pun, itu cara mereka.

Bagi ustaz-ustaz, mereka sibuk dengan ceramahnya, dengan laungan selawatnya menandakan kasih dan cinta pada Baginda Muhammad SAW. Tak salah pun, itu cara mereka.

Bagi orang biasa dan jahil macam aku, hari ni cuti. Duduk rumah, layan cerita kat tv. Tak salah pun, itu cara aku

Bagi orang yang hampir dirinya pada agama, diajak kumpulan marhaban datang ke rumah, dilaungkan selawat nabi, dijamunya tetamu dengan makanan, Tak salah pun itu cara mereka.

Tapi bagi anak miskin melarat di atas, apakah makna maulid nabi bagi dia?

Wahai sang anak, apakah erti maulud nabi bagi kamu?
Jawab anak dengan air mata yang bergenang, aku harap Baginda Muhammad SAW masih hidup sehingga kini, kerana baginda takkan biarkan aku kelaparan dan melarat seperti ini. :(

Wa ma arsalnaka illa rahmatan lil a'lamin...