Dalam semua kitab suci ada menceritakan tentang kedatangan Rasul agong Rasul akhir zaman, baginda Muhammad saw. namun begitu banyak pemimpin agama (selain dari Islam) yang menyembunyikan perkara ini untuk tujuan peribadi dan nafsu mereka semata-mata.

Perkara ni kita boleh tengok dalam firman ALLAH surah al baqarah ayat 146



Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri . Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.

Dan menjadi sikap mereka orang yahudi dan nasrani ini untuk cuba sedaya upaya mereka agar kita semua mengikuti agama mereka.

Perkara ini boleh dilihat dalam firman ALLAH surah al baqarah ayat 120



Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).

Ok, mari kita bincangkan tentang persoalan pokok yang menjadi perbalahan utama antara yahudi, nasrani dan Islam. Perkara tentang membenarkan kerasulan Baginda Muhammad bin Abdullah SAW.

Kedua agama ini (yahudi dan nasrani) menolak sekeras-kerasnya tentang kenabian dan kerasulan baginda Muhammad. namun begitu, perkara ini (kedatangan Muhammad SAW) ada diceritakan dengan jelas di dalam kitab mereka.

Kita lihat dalam bible John 16:7

But I tell you the truth: It is for your good that I am going away. Unless I go away, the Counselor will not come to you; but if I go, I will send him to you.

Ini merupakan terjemahan dari New International Version.

Kita lihat ayat yang sama dari terjemahan King James Version

Nevertheless I tell you the truth; It is expedient for you that I go away: for if I go not away, the Comforter will not come unto you; but if I depart, I will send him unto you.

Kita lihat perkataan Counselor dan Comforter pada terjemahan kat atas tu. Kepada siapa ia merujuk ?

Cuba kita lihat terjemahan surah as saff ayat 6.



Dan ini terjemahannya.

And [mention] when Jesus, the son of Mary, said, "O children of Israel, indeed I am the messenger of Allah to you confirming what came before me of the Torah and bringing good tidings of a messenger to come after me, whose name is Ahmad." But when he came to them with clear evidences, they said, "This is obvious magic."

Nampak tak kaitannya? Dapat tak kita kaitkan ayat 6 surat as saff ini dengan bible John 16:7. Fahamkah kita siapa yang dimaksudkan dengan Counselor atau Comforter itu?

Tentulah Baginda Muhammad SAW!


Akan tetapi bagi golongan kristian. Counselor atau Comforter itu merujuk kepada Holy Spirit mengikut paham mereka. Apa itu Holy Spirit?



Di dalam kristian, Holy Spirit dikenali juga sebagai Holy Ghost, Ruhul Qudus. Pahaman mereka adalah ianya merupakan orang ketiga dalam konsep Trinity mereka.

Konsep yang mengatakan Tuhan itu satu tetapi tiga. 1+1+1=1. Macam mana nak paham tu entahler.. ianya menjadi misteri nusantara bagi umat kristian itu sendiri :) Ok. Kita sambung perbincangan kita.

Di dalam bible John 14:26 (terjemahan King James Version). Ayat berikut menguatkan kefahaman kristian bahawa Counselor atau Comforter itu merujuk kepada Holy Spirit.

But the Comforter, which is the Holy Ghost, whom the Father will send in my name, he shall teach you all things, and bring all things to your remembrance, whatsoever I have said unto you.

Kita lihat pula bible 1 John 4:1

Beloved, believe not every spirit, but try the spirits whether they are of God: because many false prophets are gone out into the world.

Di dalam ayat ini, spirit dinisbahkan kepada prophet(nabi). Holy Spirit adalah Holy Prophet. Kita cuba fahami ayat yang ditulis oleh John ni baik-baik.


Rasanya sudah cukuplah kefahaman kita bahawa yang dimaksudkan di dalam bible itu adalah tidak lain melainkan Baginda Muhammad SAW!

Insya Allah, ada kesempatan lain, kita sambung lagi.