Promosi dari Pingkey

Posted by ghimau under

alam semuo. Hai lah bini den. Dio ado buek promosi kek blog dio. Dio koba dio akan editkan photo secaro percumo kepado siapo yang berminat. Promosi ni untuk bulan poso ni yo. Kalau koghang berminat leh la mintak tolong dio buekkan.

Den tolong iklan yo ni. Dio koba nak mahirkan skill photoshop dio. Hai la alia.. banggo den ekau ni cokap ghuponyo guno photoshop ni. Hehehe.

Alia, potang ni buekkan popia daging tu yo untuk berbuko. :)















Hacking Tips

Posted by ghimau under ,


Salam.. aghini den nak kongsi satu idea jahat macam mano kito nak hack. Senario eh macam ni, katokan kito nak hack sesebuah organisasi, kito tahu organisasi tu ado firewall yang kuek, ado IPS, IDS macam-macam menatang. Bondo-bondo ni menghalang/menyukarkan aktiviti hacking kito.

Katokanlah kito dari network luar nak hack masuk ke internal network sesebuah organisasi tu, kito kono penetrate dio punyo firewall, ips macam-macam laie.. susah kan.

Untuk kes macam ni, kito perlukan 'bantuan' dari oghang dalam. Samo ado pekerja atau pun orang yang ado access ke dalam bangunan tersebut(mungkin cleaner ke).

Kito kono train sikit lah oghang tu, bekalkan dio dongan wireless router. Suh dio cucuk mano-mano cable lan ke dalam wireless router. Lopeh tu soghok lah wireless router tu bagi oghang lain tak nampak. Lagi cantik kalau wireless tu dilotakkan dokek2 dongan tingkap.

Setkan SSID, setkan supayo wireless tu tak broadcast. Lopeh tu daghi luar kito leh lah access ke network internal dongan connect pado wireless router yang dipasang tadi.

Happy Hacking daghi pokcik ghimau.

Ingat posanan daghi den, aktiviti 'hacking' tanpo kebenaran adolah satu jenayah.

Review Cerito : The Last Air Bender

Posted by ghimau under


Korang dah nengok ko atau bolum laie cito ni? Cito ni den dah nengok dah. Memang best. Asal eh, avatar ni den nengok kartun, lopeh tu dioghang dah buek filem. Cayalah. Dio menceghitokan penjelmaan semulo ompek anasir (tanah, air, api, angin) pado budak ni. Kigho eh macam tajalli Tuhan la.

Penggambaran, grafik ceghito ni memang class. Tak ngantuk lah kalau nengok. Jalan ceghito eh, menarik, cumo ghaso tak pueh sobab copek bonar abih eh :).

Dalam filem ni ang (hero budak kepalo botak tu), baghu sompek blaja elemen air. Water Bending la cakap omputih. Mungkin dioghang ado nak buek sambungan laie kot.

Apopun ceghito ni memang best. Sesuai ditonton seisi poghut, eh silap seisi keluargo :)

Ni ado trailer filem ni den kidnap daghi laman web : http://www.thelastairbendermovie.com/



Ingat posan daghi pokcik ghimau. Agi idup agi ngelaban. Hehehe. Aghini nak buko puaso apo yo? Hehehe

Eh lupo lak.. untuk ceghito ni den kasik ompek bintang. Chewah. (Montang-montang dah mulo guna photshop ni.. sikit2 grafik, sikit2 grafik. hehehehe)



Catur

Posted by ghimau under
Salah satu permainan boardgame yang paling den minat adolah catur. Oghang kampung den panggil chess. Hehehe. Den mulo main game ni daghi kochik laie, punco eh abah den la.. dio ni mmg biaso masuk pertandingan catur, jadi diolah yang memboghi galakan dan sokongan pado den.

Malam tadi sambil melayan dvd den teringat kes den lawan catur dongan soghang mamat ni maso kek UPM. Dio ni memang hebat, kalau tak silap wakil negeri ko wakil negaro.. macam tu la. Den lawan dengan dio 4 kali. 3 kali den kalah. kali keompek den monang. :)

Lopeh monang tu den buek analisa, macam mano den bulih monang. Maso main dengan dio ni, dio macam dah tahu semuo move den. Ghupho eh, bilo kito dah selalu bonar main chess ni, dalam kepalo kito dah macam ado satu pattern, kito seolah-olah dah hafal semuo atau hampir semuo kemungkinan move-move pihak lawan.



Bilo den sodar perkaro ni, lawan den ni seolah-olah komputer yang dalam memori eh dah ado semuo kemungkinan move yang biaso dilakukan. Den teringat ado satu cito den nengok, dalam tu dio cito macam mano Kasparov leh kalahkan Deep Blue.

"He made the most unexpected move"

Jadi den pun buek la move macam tu, dan lawan den hilang punco. Kemudian den caghik the weakest square dan den attack kek situ. Hehehe..

Hmm.. Chess ni adolah satu game yang sangat baik untuk perkembangan otak. Terlampau banyak kemungkinan yang ado dalam game ni. Dan chess ni banyak menceghitokan liku-liku kehidupan. Hehehe

"Aku ini ibarat buah Catur.. DIAlah pemainnya"

Kato-kato ahli sufi ni kadang kalo seolah-olah mencarik adat. Dioghang ni berkato dalam keadaan asyik dan mahsyuk. Macam kato-kato kek eteh tu kalau salah paham bulih jadi macam Jabariyah. Jadi kesimpulan eh.. bondo macam ni kono berguru.

Macam mano nak buek watermark

Posted by ghimau under
Salam semuo, entry kali ni den nak kongsi macam mano nak buek grafik untuk watermark.
Hehehe, sobonar eh den blajar grafik ni dari bini den. Si alia pingkey. Hehehe.

Ok, untuk buek watermerk ni kito perlukan software grafik: photoshop.

Step mulo-mulo, create new document dongan saiz 300x300 pixel. Background dio biarkan warno putih.


Gunokan text tool untuk buek text macam ni.


Click pado text layer tadi. Tokan text tool. Lopeh tu click pado icon Warp Text. Pado bahagian Bend tu setkan 100%. Lopeh tu tokan butang ok.


Right click pado layer text tadi. Pilih Duplicate Layer.


Click pado layer yang duplicate tadi. Lopeh tu Click menu Edit, Transform, Rotate 180


Lopeh tu ejas la bagi dio bontok bulat boto.


Buek satu bulatan dibahagian luar tulisan tadi. Setkan stroke effect dio kepado 5pixel.



Buek lah lagi satu bulatan kek dalam tu. untuk pixel stroke eh den setkan 2pixel.


Tambah lah text kek ruang kosong tongah-tongah tu.


Ok, ni part effect pulak yo. tambah satu layer baru (Shift+Ctrl+N). Pastikan layer baru ni kek eteh sekali.
Click pado layer baghu tadi. Lopeh tu tokan Filter -> Render -> Clouds.
Lopeh tu, tokan laie Filter -> Noise -> Add Noise.
Setting eh ikut yang mcm gambar bawah ni.


Right click pado layer tadi, click pado Blending Options. Dokek blend mode pilih Screen.


Select semuo layers tadi, pehtu right click dan click pado merge layers. Lopeh tu leh lah rotate dan padam background gambar tu. Lopeh ni sonang lah nak includekan watermark ni dalam gambar-gambar kito. Ikut kreativiti kito la nak warno macam mano, tulisan macam mano..


Ni contoh grafik yang tolah diedit dongan watermark tadi.


Sekian, kalau ado tak paham tu tanyo yo lah yo :) Timo kasih tak terhinggo pado bini den alia pingkey yang tolah mengajar dan mendidik den dalam bab grafik-grafik ni :)

Tool Cun : WhatWeb

Posted by ghimau under
Salam semuo.. haghini den nak kongsikan satu tools namo dia whatweb. Tools ni boleh digunakan dalam proses information gathering. Dio leh dapek tahu versi web server (yang ni kito leh dapek melalui kaedah banner grabbing yang biaso), dan yang menariknyo dio leh tahu jenis dan versi application yang digunokan.

Ok.. kalau nak guno tools ni, korang leh lah download kek sini.

Tools ni ditulis dalam bahaso ruby. Jadi kono la install ruby interpreter sobolum leh run script whatweb ni. Kalau guno ubuntu, taip yo command kek bawah ni :

sudo apt-get install ruby ruby-dev libopenssl-ruby




Lopeh dah berjayo install ruby tu semuo, leh la kito cubo runkan script ni. Guno command kek bawah. Kalau korang dapek skrin yang lobih kurang mcm gambar kek bawah ni (tanpa sebara error), kigho eh dah bulih guno la tu :p

./whatweb



Penggunaan asas tool ni cukup lah dongan command kek bawah ni ha.

./whatweb alamat_domain_laman_web



Ni contoh aplikasi yang menggunokan Joomla, dio siap bagi version number


Ni contoh aplikasi yang menggunokan Liferay, dio siap bagi version number

Ok lah yo. Selamat mencubo. Kalau ado masalah, silo lah bertanyo. :) Insya ALLAH dalam post yang lain kalau ado maso, den akan tunjuk macam mano nak tulih plugin sendiri untuk tool ni.

Happy Hacking dari pokcik ghimau :)

Puasa oh Puasa

Posted by ghimau under


Imam Ja’far ash-Shadiq as berkata, “Allah mewajibkan puasa untuk mempersamakan si kaya dengan si miskin. Dengan puasa orang kaya akan merasakan deritanya lapar untuk menimbulkan rasa belas kasihnya kepada si miskin, karena selama ini si kaya tidak pernah merasakannya. Allah menghendaki untuk menempat­kan makhluk-makhluk-Nya pada suatu pijakan yang sama dengan jalan membuat si kaya turut merasakan nestapanya lapar, sehingga ia menaruh belas kasihan kepada orang yang lemah dan lapar.”

(Bihar al-Anwar 96:371)

Ke Bazar Ramadhan

Posted by ghimau under
Aghini den ajak bini den ke bazar Ramadhan. maklumlah cuti kan. Hmm.. Ramai sungguh orang kek sano, macam-macam ado dijual, dari baju, selipar sampai ko mercun sumo ado. Hehehe.

Den poie sonun naik moto, sobab kalau naik keto alamat eh, longuh lah kaki monokan clutch. Banyak sangat keto.Fuh. Ni lah ghupo laki bini naik moto nak ke bazar Ramadhan :)



Dalam perjalanan nak poie tu kitorang lalu kek umah tinggal ni. Ni namo eh ghumah keliwon. Memang sogham pakcik bilo lalu kek sini. Ramai oghang koba nampak entiti-entiti yang tidak sopatutnya kek umah ni. Den tak tahulah boto ko idak sobab den tak pornah nampak. Hehehehe. Bulehlah geng seekers buek operasi diorang kek sini. Mano tahu kali ni leh jumpo yang boto-boto punyo :)



Bilo sampai umah mako kitoghang pun bukaklah baghang-banghang yang diboli. Den boli satay hati ayam. Limo cucuk tu bang. Bilo bukak, umang aih, abih lalat dah bertolo kek bondo tu. Nak makan macam mano? Kang sio-sio lalat tu beranak pinak dalam poghut ni ha. Huhuhu.. apo laie nak buek.. ke tong sampah lah tompeknyo. Kepado peniago bazar Ramadhan tu, jagolah kebersihan barangan jualan koghang yo.

Family ghimau

Posted by ghimau under
Takdo bondo nak diceghito, cumo gambar ajo.. hehehe. Perasan tak skang ni entry den dah banyak melibatkan grafik. Hehehe.. skang ni den tongah duk godek-godek menatang grafik ni.. best jugak.

Ni lah family den. Alhamdulillah den bersyukur. "Dan nikmat Tuhan kamu yang mana yang kamu nak nafikan"













Puasa oh Puasa

Posted by ghimau under


Ketika kita mati, jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia.

Puasa oh Puasa

Posted by ghimau under


Ustaz dan Ustazah berkata Ramadhan itu bulan yang mulia, puasa itu ibadah yang mulia. Maka ramailah umat yang berpuasa. Namun fahamkah kita apa itu puasa?

Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga? Adakah sekadar menahan dari melakukan maksiat dan dosa? Adakah sekadar menambah amal ibadat?

Sekeping gambar menampakkan seorang ibu dan seorang anak yang keletihan sedang berehat. Letih dari meminta dan mengharap, letih dari menahan sengsara dan duka, letih dari menahan lapar dan dahaga. Letih dari segala-galanya. Namun, bolehkah mereka terus berehat begitu?

Sudah tentu tidak.. kehidupan mesti diteruskan, belum sampai masanya lagi untuk mereka kembali kepada pencipta. Setelah berehat, mereka akan meneruskan rutin harian mereka demi mengisi perut, demi membasahkan tekak.

Pada anak kecil itu, apa makna keinginan? Apa makna kebahagiaan? Apa makna impian? Apa makna keseronokan?

Sedangkan kita, duduk di atas tilam yang empuk, dihembus oleh angin dingin, duduk dengan kaki bersilang, penuh dengan kemewahan. Bila terlintas sesuatu dihati, terus kita dapat miliki. Teringin makan kfc, tiada masalah, teringin pizza tiada masalah!

Tapi pada anak tadi, tak pernah terimpi dan terbayang dek akalnya bagaimana rasa kfc, rasa pizza. Yang dia tahu cuma rasa lapar, lapar dan lapar.

Hayati.. fahami.. nanti kita akan faham apa erti puasa. Insya ALLAH.

Perjalanan Hidupku

Posted by ghimau under


Perjalanan Hidup

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku


Install Perl

Posted by ghimau under

Salam.

Thread aghini den nak kongsi macam mano nak install Perl ni. Perl adolah salah satu bahaso pemprograman komputer. Perl ni menjadi salah satu bahaso pilihan para hackers sobab dio ni lightweight, laju, mudah dan ado banyak library.

Ok, kito toghuih bincang macam mana nak install perl ni yo. Den tunjuk cagho nak install dalam windows. Kalau dalam linux, biaso eh default installation dah ado dah perl ni. Kalau takdo leh lah guno command ni (untuk ubuntu)
sudo apt-get install perl
Ok, untuk install perl bagi windows kito poie la klik kek sini. Lopeh tu install la perl ni macam biasa. Just follow the on screen instruction.

Lopeh dah install, kito test la bukak command prompt, dan taip perl. Kalau kuar cursor tu blink2 yo, tu tando eh dah ado dan boto lah path bagi perl tu.



Kito dah bulihlah run perl script lopeh ni, sobab dah ado perl interpreter ni. :)
Ni contoh simple perl script.

Bukak text editor, taipkan code kek bawah ni, pastu savekan dengan namo "test.pl". Lopeh tu run lah guno command prompt.


Ni screenshot script tersebut. Mudah jer nak run perl script ni kan. Hehehe..



Ok, kek bawah ni den nak kongsi satu skrip perl yang den buek untuk decode balik base64 punyo encryption. Kalau ado apo-apo masalah, tanyo yo lah, insya allah den jawap la nanti yo :)

savekan script ni dongan namo base64_decoder.pl


savekan script ni dongan namo base64_encoder.pl pulak


Happy coding from pokcik ghimau :) hehehehe





Hehehe.. kengkawan ofis den dah cukup kenal dah perangai den ni. Memang gomar ngonokan orang. Hehehe.. Hari ni den dapek idea baru. Buek prank call. Prank call tu kiro eh panggilan palsu.

Hehehe..digabungkan dengan otak den yang ligat ni bersamo dongan teknologi it, mako terciptolah kaedah ni. Heheheh.

Ok, memulo den pegi ke website ni :
http://vozme.com/index.php?lang=en

Website ni menyediakan perkhidmatan text to speech converter. Hehehe.
Ni contoh screenshot skrip speech yang den gunokan.
Mangso untuk kali ni bernama Faizal. Hehehe. (Untuk paparan yang lobih bosar, click sajo pado gambar)



Lopeh tu jangan lupo click Create mp3. Kek bawah ni ado contoh fail mp3 yang tolah dihasilkan. Cubo la download kalau nak dongar.
http://www.webfilehost.com/?mode=viewupload&id=4075977


Apo lak langkah seterusnyo ? Hehehe.. apo laie, den mulo la telepon mangso.. hehehe.. (den tepon no ofis, jadi dio tak tahulah siapo yang tepon). Bilo dio angkat tepon yo, terus tokan play dan fail mp3 tadi akan mulo running. Hehehe


Sekali sekalo ngonokan orang ni memang seronok. Hehehe

Tool Cun : cms-explorer

Posted by ghimau under ,
Den jalan-jalan kat internet, terjumpo lak tool ni. Nengok macam best. Tapi ado beberapo kelemahan la. Hehehe. So thread ni den nak review skit pasal tool ni.

Korang bulih download tool ni kek sini :
http://code.google.com/p/cms-explorer/


Pastikan kek pc korang ado install perl, sobab tool ni ditulis dalam bahaso perl. Ni screen shot den amik dari machine ubuntu den. Den wget(download) tool ni :



Hmm sobolum tu, den install satu add on kek firefox. Namo add ni Wappalyzer . Korang bulih download kek url ni :
https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/10229/

Apo yang add on ni akan buek adolah, bilo kita visit sesuatu site, dio akan bagi tahu kito basic application yang digunokan. Cubo nengok gambar bawah ni. Secara otomatik add on ni akan bagitau kito site ni menggunakan joomla. (Quite useless for a experienced pen-tester)



Ok, kembali ke tool tadi, cms-explorer. Tool ini boleh detect theme/template/modules/plugin yang diinstall pado beberapo jenis cms. CMS yang disupport adolah :
  • Joomla
  • Mambo
  • Wordpress
  • Drupal
Apo kebaikan eh kalau kito tahu maklumat-maklumat ni? Yo lah kito leh lah detect kalau ado plugin yang kito install tu mempunyai kelemahan atau tidak.

Kito jugak leh intgrate tool ni dongan osvdb database. Tapi syarat eh, kito kono create account dan copy api key dio. Pastu savekan dalam folder cms-explorer ni dongan namo ossvdb.key.

Ni adolah contoh scanning yang den lakukan.



Hehehe.. dia dapek tahu plugin apo yang diinstall.


Hmm dia cross check dengan osvdb pastu dio alert dengan vulnerability yang ado dlm osvdb

Overall tool ni ok la untuk buek rough scanning. Dio gunakan konsep crawling untuk dapekkan list plugins yang diinstall. Dio akan baco plugins dari hardcoded file yang datang bersamo dongan tool ni. Jangan percayo sangat bab vulnerable alert yang kuar dari tool ni, banyak false postive. Sebabnya dia hanya cross check nama plugin yang ditemui dengan osvdb, dio takdo buek apo-apo checking terhadap kelemahan yang dijumpai tu.

Den ghaso bro Mi-G, Sis Yana, Sis Awin bulih la gunakan tool ni yo untuk test site yang sedio ado :)

Mubarak Ya Ramadhan

Posted by ghimau under
Salam, semuo, lamonyo den tak update blog kan? Hehehe.. Biasolah, orang hensem memang maleh skit nak update blog selalu. Huhuhu..

Dalam tak update ni macam-macam bondo dah berlaku dalam hidup den. Yang paling bermakno adolah kelahiran anak den, Mohamed Aiman. Hehehe.. Skang ni namo den dah bulih lotak belakang la. Hehehe..



Pado hari ni gonaplah umur anak den ni 5 bulan 1 hari. Walaupun baghu 5 bulan, tapi macam-macam perangai dia dah mula buat :) Biasalah kan.. ikut macam den la tu.. barulah ghimau jr namo eh.. hehehe..

Eh.. lupo lak. Dikosompatan ini, den nak mengucapkan selamat berpuaso. Sesungguhnyo banyak barakah dalam ibadah puaso ni.

Cubo kito pertingkatkan nilai dan hakikat puaso kita daghi setahun ke setahun.. bukanlah puaso ini sekadar menahan diri daghi makan dan minum yo.. banyak laie yang nak kono tahan :)

Puasokanlah af'al, asmak dan sifat yang ado pado doghi agar ianyo tidak tercela oleh dosa syirik. Subhanallah!



Hangat-Hangat Taik Ayam Den : Lopeh ni den nak rajin update blog, nak masukkan info bab teknikal yang lobih mantap dan gedebab. :)