Apa yang penting.. Kerjasama

Posted by ghimau under


Huhuhu.. wonder pets datang membantu.. apa yang penting? kerja sama, apa yang penting? kerja sama.. huhuh.. layan beb cerita ni. Tapi entry aku bukanlah nak review pasal citer ni tapi nak citer pasal suasana kat opis aku. Huhuhu

Hmm.. aku dah lama sabar dah dengan attitude segelintir umat kat opis aku ni. Bila bab kerja memang berkira sangat. Tak tahu la aku apa nak kata. Bila kerja diorang, aku duk bantu, tapi kerja aku tak der siapa pun bantu. Huhuhu... Mana perginya semangat wonder pets ? :P


Lepas tu pulak kalau tak geti bukannya nak tanya, masing-masing dengan egonya yang tak bertempat. Dalam sekysen aku ni, aku sorang jer yang ada diploma, yang lain-lain sumer ada degree. Kalau ikutkan aku yang patut belajar dari diorang atau diorang yang patut belajar dari aku? Huhuhu... pelik pelik...

Bila ada isu tak nak bincang, tak nak babitkan aku sama, tapi bila problem tak leh settle tup tup aku gak yang kena settlekan. Yang paling best tu, bukannya nak amik tahu macam mana aku buat. Bila dah kena tegur dengan pengarah baru lah terhegeh hegeh carik aku, kononnya nak belajar.

Vendor pun kadang pelik, diorang duk tanya, si X ni tak tahu ke ko boleh buat benda ni? Huhuhu.. biasalah kan, selalunya kita tak kenal dan tak mahu iktiraf kebolehan staff kita, tu yang jadi macam ni. Mungkin ada unsur unsur dengki kot? Huhuhu.. macam mana lah nak maju kalau macam ni beb!

Vendor pun lebih selesa berurusan dengan aku. Alasan diorang memang make sense, diorang kata ko ajer yang paham bab teknikal kat sini, kalau tanya orang lain sumer nya tak tahu. Hmm.. takkan lah yang lain-lain tu tak nak amik inisiatif untuk amik tahu. Malu lah sikit. Adoyai.. bak kata nabil. Tak pikir ke, aku ni macam mana pulak tahu? Ilmu tu datang melayang ke? atau datang bergolek ke?

Macam isu virus kat *****, aku ada seminar yang kena hadiri, so diorang kena gi settlekan. Petang tu baru nak tanya kat aku apa yang kena buat. Isy.. macam mana aku nak ajarkan, benda ni pengalaman beb. Aku carik pengalaman ni 3,4 tahun, takkan dalam masa 5, 10 minit aku leh ajar pastu leh jadi pandai? Tu pun aku ajar jugak lah mana-mana yang aku rasa patut.

Mungkin selama ni bila ada problem, aku sorang jer yang amik tahu, yang susah payah settlekan. Takder siapa yang betul-betul nak kerjasama. Diorang nampak macam simple sangat, tak pernah nak amik tahu kesusahan yang aku alami untuk settlekan masalah ni. Nah, bila sendiri kena buat, baru tahu macam mana.

Macam yang aku jangkakan, diorang tak leh settlekan isu virus tu. Hmm.. bos dah pesan kalau ada problem tepon atau sms lah aku, tapi takder pun. Yang lagi best ada lak cakap aku tak nak ajar, aku tak bagitau awal masalah ni, salahkan aku pulak.. huh.. Boleh pulak cakap aku tak ajar? Adoi.. tugas aku ke nak ngajar diorang ni? Kalau lah macam tu, lagi baik amik budak-budak lepas spm, lepas tu suh aku ajar.

Alhamdulillah, nexy day nya aku pergi dan dapat settlekan isu virus tu. Hmm.. bila aku hantar email bagi cadangan, bagi pandangan, takder sorang pun yang reply balik nak ajak bincang ke apa, yang selalu reply, pengarah ajer la. Aku rasa macam cadanngan-cadangan aku ni ibarat mencurah garam ke laut.

Tak per lah.. aku ingat aku nak buat satu kejutan dalam next management meeting. Aku nak bagi tau pengarah yang aku nak tukar seksyen lain. Aku tak mau amik tahu lagi pasal masalah diorang. Sendiri mau ingat la. Siapa suh tak nak kerjasama.. huhuh... lain kali layan lah citer wonder pets.. apa la.. :P

16 comments:

On 1 March 2009 at 20:51 , t_qooze said...

btul bro.... slalu gak gua kene cam nih....Tapi lama2 dah lali... Malas nak layan... Yang lagi best... Bila tanya cakap tahu... soh pi settle sesorg... sehari semlm pun tak settle.... Ujung2nyer... tengah2 malam derang tepon soh datang settle... tak bengkek ker.... #%!#$@#^ betul la derang nih... time nak tido tu la sibuk nak call... Slalunyer... tutup HP jerk la jln penyelesaian terbaik.... :P

 
On 2 March 2009 at 08:49 , edrina said...

diaorg tu patut masuk sector swasta baru tau tinggi rendah langit tu.. sib baik ada org yg macam awak.. ini lah susahnya kalau attitude dah macam tu kan.. betul cakap awak tu en.ghimau..semuanya dtg dr pengalaman..bukan setakat ajar 5/10 minit terus leh dapat idea camana nak settle etc.. camana nak dapat pengalaman? lu pikir la sendiri..bak kata nabil..kan..

 
On 2 March 2009 at 11:00 , Rembulan NagaGala said...

Aduh, aku ingat kat u je jumpa org perangai camni. Kalau dah keja pun ada rupanya.

Kat universiti setakat jadi robot hafal definition mana nak dapat buat benda yang praktikal.

Sabarlah bro, Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu ingin mengubahnya sendiri.

Bagus jugak ko nak tukar seksyen tu. Boleh jadi gila berdepan dengan perangai manusia tak kenang budi dan malas berusaha.

Sebab tulah umat Islam mundur. Majoriti perangai sikap menyusahkan orang dan hasad dengki.

Kalau diorang baca blog ko ni, faham2 sendirilah. Allah Taala dah bagi akal tu fikir, kalau tak bagi akal tu kat Wonderpets :)). Tak guna ada akal kalau tak fikir.

 
On 3 March 2009 at 16:51 , Unknown said...

tuan ghimau...
meh tukau ke seksyen kiter la ihiks...

 
On 4 March 2009 at 10:14 , alia said...

i luv wonder pet...he..he...

 
On 4 March 2009 at 11:40 , viruspadu said...

ko mintak tukar seksyen ajer la sein, abis cito!

tp bila akak tanya, ko harusssssssss jawab ok! ini adalah paksaan hahahahahahahaha

 
On 4 March 2009 at 12:42 , Unknown said...

aku rase dorang segan ngn ko sbb ko nie expert sgt.. ye arr.. ada dip je tapi knowledge dah byk.. msti dorang xleh terima kenyataan..wakakaka

 
On 4 March 2009 at 14:10 , ghimau said...

t_qooze : nasib kita la bro.. huhuh

edrina : thanks.. sejuk hati bila baca komen akak :)

Flaming Firestonez : :) thanks.. memang aku harap pun diorang baca blog aku ni.. huhuhu

Ena : seksyen mana tu? seksyen 15 shah alam ke? :P

alia : i love u :P

viruspadu : huhuhu. aritu dah bagitau bos, tapi dia macam senyap ajer.. tp saya akan terus tunjukkan kesungguhan saya nak kluar dari seksyen security + network walaupun sy tahu bos takkan bagi.

Kalau saya dah ke seksyen lain, tak leh lah nak tanya pasal benda2 yang takder kaitan dengan seksyen baru saya tu nanti :P huhhu.. kalau nak tanya jugak, setiap jawapan akan dikenakan bayaran mengikut tahap kerumitan pertanyaan. huhhu.. cewah..

netsky32 : alhmadulillah, maha suci Allah yang memiliki segala kebijaksanaan. kita ini hanyalah tong kosong yang menagih 'isi' dari Allah SWT.

 
On 4 March 2009 at 14:39 , Anonymous said...

saya lagik x de diploma hihihi sijil jek :)

 
On 5 March 2009 at 14:47 , Anonymous said...

Linny: "The phone, the phone is ringing!"
Ming-Ming: "The phone, we'll be right there!"
Tuck: "The phone, the phone is ringing!"
Linny: "There's an animal in trouble..."
Ming-Ming: "There's an animal in trouble..."
Tuck: "There's an animal in trouble somewhere!"
---------------------
Tuck: "A baby [animal]
[In the specific peril.]"
Ming-Ming: "This is se-rious!"
Tuck: "We have to help him/her"
Linny: "Let's save the [animal]!"
Tuck and Ming-Ming or All then All: "Let's save the [animal]!"
---------------------
Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "And Ming-Ming, too!"
All: "We're Wonder Pets and we'll help you!"
Linny: "What's gonna work?"
Tuck and Ming-Ming or All: "Teamwork!"
Linny: "What's gonna work?"
Tuck and Ming-Ming or All: "Teamwork!"
---------------------
All: "Wonder Pets! Wonder Pets! We're on our way
To help a baby [animal] and save the day!"
Ming-Ming: "We're not too big,"
Tuck: "And we're not too tough,"
All: "But when we work together we've got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!"

(when they come back to the classroom)
All: "Wonder Pets! Wonder Pets! We found a way
To help the baby [animal] and save the day!"
Ming-Ming: "We're not too big,"
Tuck: "And we're not too tough,"
All: "But when we work together we've got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!"

=p

 
On 6 March 2009 at 11:45 , Unknown said...

stended la bro... officer-officer gomen memang bangang pun (majority)... tau suruh jer tapi tak tahu buat...pastu naik pangkat sampai 54 tapi otak kosong... kalau takat gred macam ko ni mati kat 38 jer la ... sapo la buat sistem bodo ni ?
- ini adalah ayat propaganda semata-mata tapi ada betulnya juga. betul apa ?-

 
On 6 March 2009 at 20:14 , ghimau said...

mama mya : huhuhu

apish cute : la la la

nik : ni lah dasar diskriminasi.. takder saluran untuk kita luahkan benda ni.. huhuhu

 
On 9 March 2009 at 20:26 , Capo Grande said...

kalo pasal gred2 ni kita sume pakat2 salahkan ptd....diorg nak naik sorg takut org marah so terpaksa la buat gred mcm2 ni...

Bro, jom la pakat ngan MiG masuk network....hahaha...maka disaat itu akan jadilah aku salah seorang pegawai yang bangang itu....huhuhu....

 
On 13 March 2009 at 21:20 , Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

wooo..tak suke cite ni!!!
ergh..tensen sbb skang asek dgr ringtone-wonderpet versi melayu tu...
tensen maaa...
huwaaaaa..

apa yg penting? EH,DIAM BLEYH TAK!
:P

 
On 22 March 2009 at 11:16 , hero said...

hyee bro ghimau...dulu aku slalu ikuti perkembangan blog besh ko...nanti leh la ajar aku ek kalu aku ada salah harap tonjolkan/tunjukkan :D aku baru nak berblog & baru blajo sket bab sekuriti n aku bukan budak IT pun

 
On 1 September 2009 at 23:50 , t_qooze said...

bro.. ade kawan citer kat aku. Di jepun memang berbeza sangat caranya. Derang nyer stail, makin tinggi pangkat makin banyak keje. Lets say cam engineer kat sana, derang yang wat keje. Technician lak pembantu. Means, kata la kalo pc rosak, engineer la yang akan repair. technician lak tukang amik tools jerk and tolong pegang mana perlu. Same gak kalo nak coding etc. Engineer la yang akan coding, design etc. Technician cuma tolong mana patut cam install sofwer yang perlu etc jerk. Bukan technician yang wat coding then engineer duduk goyang kaki.

Hurmmm... bila la agaknya org kita nak jadik cam tu ek. Gaji besar tapi keje tak tau.. Itulah yang dinamakan MGB a.k.a makan gaji buta (tiru anon dalam security.org.my.. huhuu)