Mancing Kolam

Posted by ghimau under
Ari sabtu lepas aku, bos dan rizal gi mancing kat satu kolam kat labu. Best oo tempat tu. Aku ada la dapat sikit anak-anak talapia.. bos ada la dapat 2 ekor anak takapia. kira ok la untuk beginners.. si rizal ni pulak dapat 4 ekor patin.. peh.. ni yang aku rasa nak repeat ni.
Yang aku bengang bukan apa.. tali perambut aku 3 kali putus.. silap aku la.. ikat guna tali 10 paun.

Esoknya kebetulan si alia tak bz sangat, so aku ajak la dia gi kolam tu.

Kali ni aku dah ready, aku ikat perambujt guna tali 25 paun.. saiz mata lak 13.. hahaha.. siap la ko. Dan hasilnya dapatlah aku sekor patin ni

Ingat nak mancing lagi.. tapi memandang kan si alia ni ikut sekali so aku kena la balik awal.

Kidnap

Posted by ghimau under
Dalam kesibukan persiapan menjelang pilihanraya ni, aku berjaya gak kidnap si alia ni. Bawak gi jusco.. bukan apa.. nak suh dia teman aku carik majalah linux for you :) Semasa nak menanti dia tunggu tu aku terlihat satu adegan yang tak sepatutnya dipertontonkan kepada umum.

Kepada adik-adik dan abang-abang, anda dinasihatkan supaya tidak meniru aksi seperti gambar di atas.

Kesian gak si alia ni, diorang keje sampai tengah malam.. yer lah.. berkhidmat untuk negara.
Alia beli bubur ayam Mc D sebagai bekal untuk meneruskan kehidupannya pada hari tersebut

Lake Garden

Posted by ghimau under
Ada sehari tu aku duk sembang dengan bos kat tepi tangga, kat sanalah bermulanya perkenalan aku dengan si rizal. Baru aku tahu si rizal dan rafi ni kaki pancing. Lama la aku plan kononnya nak pancing dengan diorang.

Last-last ada sehari tu aku mancing dengan diorang kat Lake Garden. Hihihi. Yang datang rizal, rafi, faizal dan member rafi. Kitorang duk la mancing kat sana. Pancing punya pancing yang dapat ikan flower horn jer.. hampeh.

Tiba-tiba ada benda makan umpan aku, aku rasa lain macam jer tarik dia ni.. bila aku pusing rel, bunyik dia berkepak kepak. Ish.. udang rupanya.. Ingatkan udang galah, tapi mungkin ni spesis udang kara la.. aku main agak je tu.

Geng.. kalau nak mancing lagi jangan lupa roger!

Memancing Lagi

Posted by ghimau under
Hari tu aku dengan alia gi mancing ikan kat PD. Mula-mula kitorang gi kat area rezab upm tu. Air tengah surut time tu, so kitorang pun menyusuri pantai. Sedang asyik aku memancing, tiba-tiba alia terjumpa satu kehidupan laut yang tidak diketahui spesisnya.

Aku pun pi lah nengok menatang tu. Kitorang sepakat menamakan spesis tu gamat. Ye ke? Aku dengan lia main belasah jer ni.

Bila aku kuis-kuis, menatang ni jadi panjang.. macam dia nak melarikan diri jer.

Geli gak bila nengok benda ni. Nasib baik kitorang tak bawak balik spesis ni. Yerla, manalah tahu ni spesis alien vs preator tu ke. tak ke naya.

Dibalik pesisir pantai itu, kelihatan seorang gadis dayak laut sedang memegang batang pancing yang ditibainya dari mana ntah. Tapi bila diamati gadis ni, la.. rupa-rupanya si alia. Hihihi. jangan marah yer :P

Pancing punya pancing, sekor ikan pun tak dapat. So kitorang tukar port. Mancing kat tempat aritu, Pantai Cahaya. Kat sini ada sikit sikit ikan dan anak ketam yang kitorang dapat.
Tiba -tiba sekor ikan buntal makan umpan pancing aku. Hmm.. Nasib baik aku tak pegang.. kalau tak, masuk hospital la jawapnya.

Alia bukan main suka bila nampak ikan buntal ni. Yerla.. sama spesis kot :P

Petang pun dah menjelang tiba.. so kitorang pun lepaskanlah ikan-ikan dan ketam-ketam yang berjaya dipancing kembali ke laut. Ada gaya macam lepaskan anak penyu jugak la :)

Lepas abis pilihanraya ni, Insya Allah kitorang nak mancing lagi. :)

Aktiviti Semalam

Posted by ghimau under
Semalam aku gi beli 5 cd kat ... Hihihi.. yang bagusnya modus operandi diorang ni, kalau beli 5 cd percuma 1. Peh... lepas tu kalau tak clear leh tukar citer lain.
Hihihi.. beda ajer la labu.

Bila dah beli tu apa lagi.. layan la beb. Aku duk nengok citer alien vs predator 2 ni.. best cite ni.. tak boring..

Alia and the gang tengah sibuk giler dengan urusan Pihanraya..so takder la nak gi berfoya foya :P

Hacking DNS

Posted by ghimau under
Saje bosan-bosan nengok entry kat you tube.. ni bukan aku buat ni.. mamat mana ntah, aku linkkan ajer :P