Memancing Lagi

Posted by ghimau under
Hari tu aku dengan alia gi mancing ikan kat PD. Mula-mula kitorang gi kat area rezab upm tu. Air tengah surut time tu, so kitorang pun menyusuri pantai. Sedang asyik aku memancing, tiba-tiba alia terjumpa satu kehidupan laut yang tidak diketahui spesisnya.

Aku pun pi lah nengok menatang tu. Kitorang sepakat menamakan spesis tu gamat. Ye ke? Aku dengan lia main belasah jer ni.

Bila aku kuis-kuis, menatang ni jadi panjang.. macam dia nak melarikan diri jer.

Geli gak bila nengok benda ni. Nasib baik kitorang tak bawak balik spesis ni. Yerla, manalah tahu ni spesis alien vs preator tu ke. tak ke naya.

Dibalik pesisir pantai itu, kelihatan seorang gadis dayak laut sedang memegang batang pancing yang ditibainya dari mana ntah. Tapi bila diamati gadis ni, la.. rupa-rupanya si alia. Hihihi. jangan marah yer :P

Pancing punya pancing, sekor ikan pun tak dapat. So kitorang tukar port. Mancing kat tempat aritu, Pantai Cahaya. Kat sini ada sikit sikit ikan dan anak ketam yang kitorang dapat.
Tiba -tiba sekor ikan buntal makan umpan pancing aku. Hmm.. Nasib baik aku tak pegang.. kalau tak, masuk hospital la jawapnya.

Alia bukan main suka bila nampak ikan buntal ni. Yerla.. sama spesis kot :P

Petang pun dah menjelang tiba.. so kitorang pun lepaskanlah ikan-ikan dan ketam-ketam yang berjaya dipancing kembali ke laut. Ada gaya macam lepaskan anak penyu jugak la :)

Lepas abis pilihanraya ni, Insya Allah kitorang nak mancing lagi. :)

Aktiviti Semalam

Posted by ghimau under
Semalam aku gi beli 5 cd kat ... Hihihi.. yang bagusnya modus operandi diorang ni, kalau beli 5 cd percuma 1. Peh... lepas tu kalau tak clear leh tukar citer lain.
Hihihi.. beda ajer la labu.

Bila dah beli tu apa lagi.. layan la beb. Aku duk nengok citer alien vs predator 2 ni.. best cite ni.. tak boring..

Alia and the gang tengah sibuk giler dengan urusan Pihanraya..so takder la nak gi berfoya foya :P

Hacking DNS

Posted by ghimau under
Saje bosan-bosan nengok entry kat you tube.. ni bukan aku buat ni.. mamat mana ntah, aku linkkan ajer :P

Laman Web Aku

Posted by ghimau under
Akhirnya setelah sekian lama punya plan, punya plan.. akhirnya pada gari ini aku telah mengupkan laman web personal aku. Isi kandungan dia tentulah pasal hacking.. hahaha

So korang selalu la lawat laman web aku tu yer.. :)

Jangan lupa lawat yer di sini : http://ghimau.cjb.net/

Dari semasa ke semasa aku akan update laman ni. Insya Allah kandungan dalam laman ni dapat membantu kita menambahkan sikit ilmu dalam bidang ni :)

Kalau ada komen apa-apa bagitau la kat sini yer :)

Pancing oh Pancing

Posted by ghimau under
Hi.. Assalamualaikum semua.. lama kan aku tak update menatang blog ni. Bz sikit la.. Nak-nak pulak minggu lepas ada projek top secret punya.. hahaha. Ni gara-gara geng md nor la ni :)

Semalam awek ajak la pi pancing ikan kat pd. Memandangkan aku dah lama tak pi pancing, aku pun kata ok la. Petang tu kitorang gi giant senawang, nak beli alatan memancing. Korang tahu tak napa nak kene beli? Aritu awek aku ada family day, dia pinjam la pancing aku, habis tali pancing dia kerjakan, batu pemberat pun abis. kambing tul :)

Dalam kegeraman tu, aku beli la 3 batang joran baru.. Puas ati beb. Sampai kat sana, kitorang pi beli umpum - umpun. Si yan ni nama jer nak mancing, tapi nak pasang umpan pun geli.. potong stim gua tul la.

Mancing punya mancing, tiba-tiba aku rasa tali pancing aku macam berat sikit, aku duk tarik, rupa-rupanya ada anak ketam sekor melekat.


Dengan bangganya aku meriakkan diriku pada si yan.. hahaha.. muka dia macam nak nangis jer sebab tak dapat ikan. Tiba - tiba dalam keheningan angin sepoi sepoi bahasa tu, aku terdengar jeritan sorang gadis.. ikan... ikan... ikannnnnn.. Rupanya si yang yang menjerit tu. Aku ingat dia dapat ikan paus ke apa. Rupanya anak ikan jer.. ciss.. buat malu jer.. :)




Lepas tu dia dapat lagi sekor. :) Ni pulak posing dia dengan ikan tu. Aku pun confius dia nak cium ikan tu ke atau nak makan? maklumlah time tu tengah lapar, kalau yer pun masak la dulu ikan tu yan oi :)

ps : kelemahan si yan ni dia takut bila nampak ketam. hihihi.. Tapi kalau ketam tu dah masak dia tak takut langsung. Dia tak tahu ke ketam tu lagi takut kat dia :)