Good Luck To Alia

Posted by ghimau under
Hihihi.. entry kali ni aku sangat berbangga dengan si alia ni. Nak tahu kenapa? Dia dah dapat hidayah untuk nak belajar pasal hacking ni :)

Alia ni dah lama berminat nak belajar hacking, tapi sebelum ni dia punya semangat hanyalah hangat-hangat tahi kambing. Tapi 2,3 hari lepas dia betul-betul nak belajar pasal benda ni.

Dia kata kat aku, ajar dia macam mana aku mula-mula belajar pasal hacking ni dulu. Aku kata susah nak belajar dan ambik masa yang lama. Dia kata tak kisah. Selagi tak mula, mana nak jumpa jalan kesudahannya. Tul jugak.


Nak belajar benda ni, kita kene cari sendiri. Kita kene ada inisiatif sendiri. Tak leh nak harap orang main suapkan ajer, sebabnya kita tak leh ke mana pun kalau itulah mentaliti kita. Kita kene banyak mencuba. Kalau banyak alasan, sampai kiamat pun xleh nak pandai jugak :)

Lagi satu jangan ada niat nak challange orang lain, atau nak setara dengan orang lain, sebab nanti kita akan kecewa dan fade up.


Aku akan guide si alia sikit2 macam mana nak start belajar hacking. Cara aku, just bagitau dia apa yang dia kene buat, dan dia kene carik sendiri jalan macam mana nak buat benda tu. Lepas dah siap dia kene bagitau aku apa yang dia paham. Hihihi


Semalam aku terjumpa satu artikel pasal kumpulan hackers awek cina. Semoga si alia pun dapat jadi macam diorang :P


Nama team diorang tu :






Ni pulak ketua kumpulan diorang. Nampak sengal jer, macam si alia jugak kot sengalnya dia ni :)

Pen-Test oh Pen-Test

Posted by ghimau under
Alhamdulillah, akhirnya aku dimasukkan ke unit Security. Unit yang aku idam-idamkan :) Banyak plan dalam kepala otak aku ni yang nak diimplemenkan kat sini :

1. Nak setup IDS
2. Nak setup NMS
3. Nak stup Honeypot/Honeynet
4. Nak setup Web Filtering
5. Nak setup VPN

Tu baru sebahagian dari planning. Yang paling best adalah aku buat Security Posture Assessment. Wah.. best tu. Ni sebenarnya kerja Consultant tau. Tapi Alhamdulillah, aku ada kebolehan ni dan aku akan buat yang terbaik :)

Bulan depan aku dijemput untuk mengajar pasal web hacking, best best.

Bila aku buat pen-test ni, baru aku sedar betapa lemahnya tahap keselamatan server-server kalau sistem admin tido ajer :P. Macam kat bawah ni, aku berjaya dapat r00t access pada satu server HP UX yang disetkan berada dibelakang firewall.. what the hell?

Yang ni pulak aku berjaya enumerate Oracle 10g. Yang bestnya benda ni diprotect oleh Firewall dan IPS. Entah ler...

Semalam aku 'test' satu sistem online sebuah syarikat gerhasi malaysia, dan guess what? I'm in. Aduss.. sedih la aku nengok tahap keselamatan ICT kat Malaysia ni.

Tapi kan, dalam aku seronok duk Unit Security ni, aku rasa sedih gak... yer lah.. 2 tahun hasil aku berhempas pulas, kerja siang malam, sabtu ahad, last-last orang lain lak yang ngaku dia buat. Macam anjing tul! Tapi nak buat macam mana kan.. aku pun dah mula fade up sebenarnya, sebab aku rasa macam dah takder orang yang jujur lagi dah kat Malaysia ni. :(

Yippiee.. Dah dapat balik password

Posted by ghimau under

Yippie.. hari ni aku happy, sehappy spongebob tu. Nak tahu kenapa? Yerla.. dekat sebulan aku tak update blog.. korang nak tahu kenapa? Aku terlupa password blog ni. Hihihi. Al maklumlah, banyak sangat password dalam kepala otak aku yang cute mute ni :P

Setelah hampir 2 minggu bertungkus lumus, akhirnya dengan teknik tendangan tanpa bayang, aku berjaya mendapatkan balik password blog ni.

Sebenarnya banyak aktiviti (gambar) yang aku dah ada untuk dipublishkan kat blog ni. Nanti start esok aku mula publishkan balik. Korang rajin-rajin la komen blog aku ni yer.

I love u all.. Cewah :P

Sambung Study

Posted by ghimau under
Entry ni aku buat khas untuk awek aku dan member aku si ginifrit :) Memang tul asalnya aku plan nak sambung blajar tahun ni. Tapi rasanya aku nak anjakkan ke tahun depan atas sebab-sebab tertentu :). Alia, ginifrit, nanti kita pilih satu group.. leh buat assingment sama-sama.. hihihi

Antara sebabnya, sebelum aku sambung degree, aku nak pastikan aku paham apa yang aku akan blajar. Tempoh setahun ni aku akan study habis habisan, Insya ALLAH. Aku tak nak sia-siakan peluang yang ada.

Insya ALLAH, lepas ada degree mungkin aku ada peluang untuk naik pangkat jadi SA. Yerla, rezeki di tangan ALLAH kan. Aku akan pastikan aku betul-betul ada knowledge dalam bidang yang aku ceburi. Pada aku, biarlah aku leh bantu orang-orang bawah aku. Bukan setakat janji bukan-bukan dengan management, kemudian time kerja teknikal orang bawah aku yang kene buat sorang-sorang. Aku tak nak macam tu. Biarlah aku jadi tempat rujuk diorang. Aku nak train diorang.. nak didik, nak ajar.. biar jadi pegawai yang mahir dalam bidang teknikal.

Ini matlamat aku, ini impian aku, biarlah sumbangan aku kecil di mata orang, tapi pada diri aku, aku akan rasa sangat puas.. Insya ALLAH. Aku nak sangat agensi kerajaan ni setaraf atau lebih hebat dari agensi swasta.

This is my life, I'am the master in my field, I'll try my best to gain it. And remember, no matter who I met, who I deal with, I have my own pride! When I said no matter anybody, I really mean it!

This is my blog! This is my life! If you can't accept my way.. just get lost!

I may sound harsh, but.. who cares.. after all this is me :)

Security oh security

Posted by ghimau under
Security oh security. Security ke multimedia??? :P

Dulu masa kat PTG, aku solvekan setting vpn connection untuk sistem LAMS, pastu aku buat auto backup script untuk slackware machine dia, sampaikan satu malaysia la guna setting aku tu. Yang tak bestnya, ada hamba ALLAH sorang tu leh ngaku dia yang buat, siap mengaku dalam meeting. Aku sangat-sangat terkilan woo. Pastu pengarah UPTM masa tu jumpa dato' ss nak tarik aku masuk UPTM, kononnya nak masukkan aku dalam network. Tapi bila masuk, aku kene duk multimedia. Benda yang paling aku benci :)

Tapi takperla.. aku keje dengan ikhlas, aku buat yang terbaik dan aku yakin siapa yang kenal aku tahu la macam mana nilai kerja aku. Aku ni bukannya orang yang pandai, tapi aku belajar.

Aku nak citer la, start aku keje (masa kat ptg lagi) sampai sekarang, aku TAK PERNAH claim over time. Kalau tak caya pi lah cek dengan bendahari.Tahu tak kenapa aku tak pernah claim? Sebab aku sedar aku ni xpandai, kat luar sana ada orang lain yang jauh lebih berbakat dari aku, tapi ALLAH bagi aku kerja ni, so aku kena upgrade knowledge aku. Aku guna internet office untuk aku belajar. Aku rasa aku tak layak nak claim over time sampai skang ni.

Aku pelik nape kebanyakkan pegawai IT ni sangat lemah dalam bidang teknikal. Padahal belajar 3 tahun diploma, 4 tahun degree tapi dengan terus terangnya aku katakan.. knowledge hampeh!. Aku pun hampeh gak bab knowledge ni, tapi aku nak belajar. Ni yang payah ni, dah la tak geti, bila kita bagitau, kita balik yang kene sound.

Aku payah nak terima orang-orang macam ni. Pada aku diorang mengabiskan duit kerajaan. Yerla kat luar sana berlambak lagi orang lain yang jauh lagi bagus, tapi xdapat kerja. Ingat, kerja ni amanah, so wajib kene buat yang terbaik! Macam mana nak buat yang terbaik kalau takder knowledge. Skop keje jaga sistem, tapi programming hampeh, skop keje buat web, tapi macam kambing jer.. macam-macam lagi lah.

Setakat ni semua kerja aku yang susah-susah aku berjaya settlekan on time. Macam-macam la. Web aku ubah baru sorang-sorang dalam masa seminggu, web tourism aku buat sampai pukul 4 pagi, web itu web ini.. macam-macam la.. Tapi aku sangat rasa dihargai oleh pengarah lama aku, dia berani letak markah prestasi aku sangat tinggi. Dia berani amik risiko untuk menjawab dengan dato' kenapa dia letak markah aku sangat tinggi.

Betul la kata md nor, kalau nak masuk unit security kene masuk gcert baru ada umphhh ....
Takper md nor, satu hari nanti pasti aku akan ke sana. Insya ALLAH :) Wait for ghimau to r0ar!

Bos Baru Gua

Posted by ghimau under


Kat tempat aku nak ditubuhkan unit security, wow, memang unit ni lah yang aku idam idamkan dari dulu. Yerla, kononnya sesuai la dengan jiwa hakes aku. Hihihi..

Dalam meeting pengurusan yang lalu, diorang pun setuju untuk tukarkan aku ke unit security. Aku sangat suka, tapi dalam masa yang sama aku rasa sedih. Aku sayang dengan unit lama aku, unit multimedia.. Aku sangat happy kerja bawah aunty virus, dia layan aku dengan sangat baik. Banyak pembaharuan yang kitorang dah buat.

Asalnya aku duk bawah brader h, lepas tu lak tiba-tiba bos suh brader h masuk operasi dan rangkaian, katanya bila orang baru datang nak masukkan unit security.

Sekali brader l lak yang datang, aku tada hal dengan dia ni, memang sebelum ni pun kitorang dah kenal, dia pun tahu kehakesan aku. Hihihih

Tengah aku duk bincang-bincang dengan brader l ni, tiba-tiba bos panggil dia dan aunty virus.. Yang bestnya hihihi aunty virus jadi balik bos aku.. hihihi. Ni keputusan bos besar tau. Hahaha..

Lepas ni kitorang akan perkuatkan pakatan hakes di NS demi kemakmuran bersama.. cewah...

Hari ni adalah hari pertama aku dan aunty virus bekerja dalam unit security ni. Dan kitorang dah kuarkan advisory dalaman mengenai vulnerability MS08-015. Hihihi