Perjalanan Diri..

Posted by ghimau under


Perjalanan diri itu jalan yang lurus, 'siratal mustaqim'
Perjalanan diri itu hakikat diri
Perjalanan diri itu hijrah diri

Perjalanan diri itu daripada nafsu tercela kepada nafsu terpuji
Perjalanan diri itu daripada nafsu ammarah (pada kebanyakan orang) kepada nafsu Kamaliah (pada yg terkhusus sahaja)
Perjalanan diri itu daripada banyak dosa kepada kurang dosa
Perjalanan diri itu daripada kurang dosa kepada terhapus dosa
Perjalanan diri itu daripada terhapus dosa kepada dipeliharaNYA daripada berbuat dosa
Perjalanan diri itu daripada banyak syiriknya, kepada kurang syiriknya, kepada tiada syiriknya, tiada syirik khafi, tiada syirik mukhafi

Perjalanan diri itu daripada jahil kepada berilmu
Perjalanan diri itu daripada tidak bersolat kepada bersolat
Perjalanan diri itu daripada bersolat tidak cukup kepada cukup fardhunya
Perjalanan diri itu daripada cukup solat fardhunya kepada ditambah solat sunatnya
Perjalanan diri itu daripada tidak sempurna solatnya kepada sempurna solatnya

Perjalanan diri itu daripada Latifatul Qalbi kepada Latifatul Kullu Jasad
Perjalanan diri itu daripada tidak mengenal diri kepada mengenal diri
Perjalanan diri itu daripada mengenal diri kepada mengenal Allah Yang Esa
Perjalanan diri itu daripada mengenal Allah yang Esa kepada DIA semata2

Perjalanan diri itu berkaitan Islam
Perjalanan diri itu berkaitan Iman
Perjalanan diri itu berkaitan mikraj
Perjalanan diri itu berkaitan Ihsan

Perjalanan diri itu berkaitan di mana kita di alam barzakh kelak

Perjalanan diri itu setiap detik, masa dan ketika...

0 comments: