Bukan baru kita dengar kekejaman Israel terhadap umat Palestine. Sejak aku kecik sampai la sekarang, kekejaman masih berlaku, seolah olah tiada sinar kebahagiaan dan kemenangan buat umat Palestine.
Aku kagum dan bangga melihat umat-umat Islam di sini kebanyakannya meluahkan rasa simpati dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Namun ada juga segelintir yang tidak mahu ambil peduli.
Bila kita mengaku kita beragama, terkandung dalamnya tiga tanggungjawap yang utama, iaitu iman, islam dan ihsan. Atas kapasiti Islam, wajarlah peha kiri juga merasa sakit tatkala peha kanan di cubit.
Aku perhatikan ramai yang simpati dengan nasib mereka, kita kumpulkan dana, kita buat konsert, demi untuk menunjukkan tanda simpati pada saudara kira di Palestine yang bernasib malang...Alhamdulillah.
Namun betapa malangnya kita kerana tidak dapat melihat yang batin dari yang zahir. Kita terlupa yang dalam bala ada nikmat dan dalam nikmat ada bala. Umat Palestine di bom dengan bom yang zahir, sedarkah kita yang negara kita di bom dengan bom batin Yahudi?
Dengan munculnya pusat-pusat hiburan, karaoke, gejala mat rempit, bohsia bohjan, bahan-bahan lucah.. semuanya adalah bom batin yahudi yang merosakkan iman dan iktikad umat Islam negara kita. Negara kita ini dilimpahi dengan nikmat yang melimpah ruah, dengan keamanan, dengan kesejahteraan, dengan kekayaan, namun ingatlah. dalam kenikmataan itu ada bala yang tersembunyi.
Kita lihat umat Palestine, dari kecil sampai ke orang tua, lihatlah semangat mereka, lihatlah keimanan mereka, lihatlah kekuatan semangat mereka, lihatlah keberanian mereka, lihatlah keyakinan mereka pada ALLAH. Inilah nikmat yang ALLAH kurniakan buat mereka.
Bandingkanlah semua ini dengan diri kita. Samakah nilai iman kita dengan iman mereka? Yakinkah kita dengan ALLAH sebagaimana mereka yakin? Mampukah kita berkorban demi ALLAH sebagai mana mereka berkorban?
Sebenarnya siapa yang harus disimpati..? Mereka atau kita? Fikirkanlah.. Hati kita ini sudah diracuni dengan tipu daya dunia sehinggakan kita merasa mereka itu lebih malang dari kita.
Ya ALLAH, kurniakanlah aku kekuatan dan keimanan sebagaimana Engkau kurniakan kepada saudaraku di Palestine.
7 comments:
hacum.....terbersin ...lama sangat tak hupdate blog..berabuk.....hacummmmmm....
aku lagi kesian kat org2 di sini...tapi bro, ko tlg la keluarkan perkatan karoeke tu...aku kurang berkenan la...hahaha...
Allah Maha Besar!!..
sesungguhnya tiada lagi peperangan yang lebih besar lagi melainkan peperangan hawa nafsu - saidina ali karamallahu wajhah -
ada cikgu cerita kat aku, nafsu ni ada 3: -mazmumah -ananiah -ghairullah
menarik gak aku dengar kata dia tu... apa pendapatan ko ?
geram ngn oRG YAHUDI..KEJAM!!!!!
Parti Pembunuh Deir Yassin berjaya menewaskan Parti Pembunuh Sabra Shatila dengan bantuan Parti yang mau meletupkan Aswan dan membuang orang Arab ke laut Mediternean. Yeah! makanlah banyak-banyak kfc dan mcd kawan2 semua. :D
alia : huhuhu.. perli nampak :P
Capo Grande : hihihi
hilda : Takbir!
empty : menarik gak tu, adaptasi dari halal, syubhah dan haram. wallahualam
Norsya : tul tu
Benrauf : selamat datang :)