Uninstall Avast Antivirus

Posted by ghimau under


Salam... Huhuhu.. macam nak promote produk avast jer aku ni kan :P. Korang jangan salah paham, aku tak der kena mengena dalam aktiviti mempromosi anti virus ni. Hihihi..

Semalam, aku tolong reformatkan laptop abang joe. Pastu aku install menatang avast ni la. Pagi tadi aku nak remove balik sebab payah nak update license. Aku nak masukkan anti virus lain. Tapi bila aku try remove avast anti virus ni dari Add Remove Program, tak leh. Rupanya ada teknik tertentu untuk remove avast ni.

Berikut adalah langkah langkah untuk remove avast antivirus dari pc korang.

  1. Download avast uninstall utility kat url ni : http://files.avast.com/files/eng/aswclear.exe

  2. Lepas tu right click pada avast icon kat taskbar dan click pada Program Settings. (Aku gunakan laptop aku sebagai demo)


  3. Klik pada item Troubleshooting.


  4. Check kan item Disable avast! self-defense module. Kemudian klik OK.


  5. Lepas tu akan keluar dialog box, mintak confirmation sama ada kita nak disable kan self defense module ni atau tak. Tekan Yes.


  6. Lepas tu double click pada tool yang kita download di step 1 tadi. (Ini adalah uninstaller untuk avast).


  7. Pilih versi avast yang kita nak uninstall, kemudian tekan lah butang uninstall.


  8. Lepas tu akan keluar satu dialog box untuk restart pc kita. Tekan yest untuk restart PC.


Saudaraku di Palestine

Posted by ghimau under


Bukan baru kita dengar kekejaman Israel terhadap umat Palestine. Sejak aku kecik sampai la sekarang, kekejaman masih berlaku, seolah olah tiada sinar kebahagiaan dan kemenangan buat umat Palestine.

Aku kagum dan bangga melihat umat-umat Islam di sini kebanyakannya meluahkan rasa simpati dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Namun ada juga segelintir yang tidak mahu ambil peduli.

Bila kita mengaku kita beragama, terkandung dalamnya tiga tanggungjawap yang utama, iaitu iman, islam dan ihsan. Atas kapasiti Islam, wajarlah peha kiri juga merasa sakit tatkala peha kanan di cubit.


Aku perhatikan ramai yang simpati dengan nasib mereka, kita kumpulkan dana, kita buat konsert, demi untuk menunjukkan tanda simpati pada saudara kira di Palestine yang bernasib malang...Alhamdulillah.

Namun betapa malangnya kita kerana tidak dapat melihat yang batin dari yang zahir. Kita terlupa yang dalam bala ada nikmat dan dalam nikmat ada bala. Umat Palestine di bom dengan bom yang zahir, sedarkah kita yang negara kita di bom dengan bom batin Yahudi?



Dengan munculnya pusat-pusat hiburan, karaoke, gejala mat rempit, bohsia bohjan, bahan-bahan lucah.. semuanya adalah bom batin yahudi yang merosakkan iman dan iktikad umat Islam negara kita. Negara kita ini dilimpahi dengan nikmat yang melimpah ruah, dengan keamanan, dengan kesejahteraan, dengan kekayaan, namun ingatlah. dalam kenikmataan itu ada bala yang tersembunyi.

Kita lihat umat Palestine, dari kecil sampai ke orang tua, lihatlah semangat mereka, lihatlah keimanan mereka, lihatlah kekuatan semangat mereka, lihatlah keberanian mereka, lihatlah keyakinan mereka pada ALLAH. Inilah nikmat yang ALLAH kurniakan buat mereka.



Bandingkanlah semua ini dengan diri kita. Samakah nilai iman kita dengan iman mereka? Yakinkah kita dengan ALLAH sebagaimana mereka yakin? Mampukah kita berkorban demi ALLAH sebagai mana mereka berkorban?

Sebenarnya siapa yang harus disimpati..? Mereka atau kita? Fikirkanlah.. Hati kita ini sudah diracuni dengan tipu daya dunia sehinggakan kita merasa mereka itu lebih malang dari kita.

Ya ALLAH, kurniakanlah aku kekuatan dan keimanan sebagaimana Engkau kurniakan kepada saudaraku di Palestine.

Kemalangan Yang Menimpa Diriku

Posted by ghimau under
Lama dah aku tak update blog ni. Macam-macam kejutan yang berlaku dalam hidup aku akhir-akhir ni. Ada untung baik, ada untung tak baik. Namun sebagai manusia yang bergelar hamba, wajib aku terima semua ni sebagai af'al ALLAH jua.

Awal tahun ni aku terlibat dalam kemalangan. Nak cerita detail tu tak perlu la kot.(Sebenarnya dah lupa sikit dah :p) Cukuplah sekadar ianya menjadi kenangan dalam hidupku. Cewah.

Aku bersyukur kerana takder sebarang kecederaan yang berlaku. Kat sini aku tepekkkan sikit gambar-gambar untuk tatapan kanak-kanak dan orang dewasa :P

Keadaan kereta aku setelah aku sondol mangsa. Huhuhu


Pandangan sisi kereta aku


Nasib baik radiator tak pecah. Aku drive kete ni dari tempat kejadian (kl) sampai ke umah aku kat seremban.


Aku kehilangan no plat kete .. huhuhu


Dalam perjalanan pulang, aku singgah kejap kat highway untuk melaksanakan tanggungjawap kepada diri ku :P huhuhu..


Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada kawan-kawan aku yang banyak membantu. Fitri a.k.a boss, nik a.k.a empty, napi, rafi, lan a.k.a capo grande.. korang memang best!