Kereta oh Kereta

Posted by ghimau under
Isnin lepas aku terpaksa amik emergency leave. Perut sakit giler time pagi tu.. lepas tu badan lak memang rasa letih sangat. Aku call aunty virus nak bagitau, aku tak larat gi opis, rupanya dia pun tak gi keje gak.. mc.

Lepas tu dalam kul 12.00 badan aku dah makin sihat. Aku amik insiatif untuk gi kedai aksesori kete, nak baiki alarm system dan suis power window kelisa aku tu. Suis tu mahal rupanya, kene ganti whole set, semuanya aku kene dalam RM 235.00. Nak buat macam mana kan.. kete aku gak. Aku pasang pedal racing, cun wo.. alamak.. terlupa lah nak amik gambar pedal tu :)

Lepas tu aku plan nak servis kete, aku ajak la alia gi sama. Servis kat kedai tu dia dah siap pakej, RM98.00. Yang bestnya time orang tu tuang minyak itam, alia cakap minyak dia kuning la.. bukan itam.. nape ek? hihihi.. apa la .. minyak tu bila dah kotor baru lah jadi itam.

Awek aku posing kat kedai servis kete tu.


Semalam lak aku dan aunty virus kene gi serting dan juaseh, sekali ada lawatan tapak la. Macam kontraktor la pulak kami ni.

Sepanjang perjalanan tu aku rasa lapar giler.. Nasib baik tak singgah KFC beli makanan.. hihihi.. aunty virus cuba nak menguatkan iman aku, dengan menyuruh aku baca surah al fatihah dan yaasin. Hihihihi..

Balik tu aku sempat mandi dulu. Aku mandi limau tau. Bukan apa limau ni, ada nilai-nilai pembersihan rohani dan jasmani. Selalunya limau purut digunakan untuk tujuan perubatan, tapi aku mandi tu saje jer.. sebagai petua untuk mencergaskan otak, badan dan rohani. Benda ni yang mat saleh kaji pastu buat aromaterapi.


Mandi limau ni tak leh time malam, kene petang-petang atau pagi, sebab limau ni sejuk. Pastu masa nak mandi niatkanlah, limau ni sebagai simbolik untuk membuang kekotoran zahir dan batin pada tubuh. Ni kira macam pembuka jer la.. sebab hakikatnya segalanya bergantung pada amalan kita. Yang paling utama adalah solat.

Limau yang telah siap dibelah untuk aku mandi. Hihihi


Lepas tu aku ajak la alia kuar, nak bukak puasa.. yer la kempunan nak curik makan KFC tadi tak dapat :P. Sementara tunggu waktu berbuka tu, kitorang gi la round-round kat MPH. Aku terjumpa satu buku ni, aku tanya kat lia, ok ke buku ni.. setelah dia belek-belek hampir 5 minit.. dia kata ok buku ni... so aku pun beli la. Bukan apa.. sekadar mengisi masa lapang

5 comments:

On 3 October 2007 at 12:58 , viruspadu said...

ko ckp btl2 sein
ko mandi air limau tu ke
ko buat air limau tu ko minum
bukan leh percaya ngan mamat ni
elok azankan ajer telinga dia ni

 
On 3 October 2007 at 13:03 , ghimau said...

apa la akak ni.. jgnlah kecoh kecoh.. nanti si alia tahu trik tu.. dia pun buat sama.. hihihi

 
On 4 October 2007 at 09:08 , viruspadu said...

hahaha... akak TER kecoh la plak... alah.. alia tu dah lama tahu trik ko... dia malas nak kecoh2 mcm akak jer lalalala

 
On 4 October 2007 at 09:21 , Myalycia said...

orang kata madi limau ni nak cepat datang jodoh.. tul ker??

 
On 4 October 2007 at 09:32 , ghimau said...

ntahla zura.. bukanke jodoh, ajal maut tu sumer dah ditetapkan tuhan kat luh mahfuz.

wallahu alam