Yea Yea Raya

Posted by ghimau under
Hmm.. lama dah aku dah update blog ni.. nampaknya semua orang dah masukkan entry pasal rasa.. so aku pun nak masukkan gak la :)

Sorry yer kengkawan.. aku tak amik gambar dengan berbaju raya.. sebab apa.. ek.. entahlah.. sebenarnya terlupa sebab excited nak raya.. hihihi

Tiap-tiap tahun raya pertama kitorang akan balik Tampin, kampung halaman gua tu beb. Tapi kali ni raya pertama kitorang duk umah jer.. sebab bapak aku sakit tekak.. so dengan penuh keboringan kami pun duk la umah..

Sempat la aku bukak cd hackers yang aku kebas dari sape ntah untuk mengisi keboringan aku

Nasib baik sebelum raya tu sempat aku beli magazine hackin9, payah oo nak dapat majalah ni kat Malaysia, ni kira majalah hardcore hackers ni beb, so aku duk belek2 la majalah ni, nak menambahkan ilmu di dada, cewah



Jeng-jeng.. dah raya kedua.. bapak aku pun dah sihat.. so kitorang pun pergi la kat Tampin. Kat sana port kitorang adalah rumah paksu ku.. Jabril.. dia ni bujang lagi tau (tapi umur dah 48) hihihi.. sian dia.. jodoh lum kesampaian lagi.

Banyak la rumah sedara yang kitorang round.. Aku nak ngumpat sikit pasal paksu aku ni.. dari aku kecik sampai la aku dah tua mcm ni.. tak pernah dia bagi duit raya tau.. :( kedekut giler.. so aku amik keputusan tahun ni nak kebas cd-cd filem kat umah dia.. hahaha... padan muka dia.. banyak giler cd aku kebas.. citer mak lampir, citer hantu.. banyak la.. hahaha.. tu kira duit raya aku la tu :)

Paksu aku ni minat tanam pokok-pokok tradisional, pokok buahan-buahan pun dia ada tanam. Ni pokok pegaga tapak gajah, elok untuk orang kencing manis

Ni pulak gambar anak-anak buah aku. Yang tinggi skit tu nama dia salman, yang kecik tu nama dia idgham. Aku selalu buli diorang ni. Hahaha.. padan muke korang.. si salman tu perasan dia superman.. tu yang ikat tuala kat leher tu.. ntah apa-apa ntah.. tak matured langsung.. hihihi

Baju Raya

Posted by ghimau under
Hai kawan-kawan.. takkan lah aunty virus dan alycia jer nak letak entry pasal baju raya diorang.. aku pun nak gak la.. hihihi.

Kejadian ni berlaku pada hari Ahad lepas.. jeng jeng jeng.. dalam pukul 2 lebih la.. aku ingat nak pi KM Plaza, amik baju yang dah lama ditempah tu.. cadangnya nak naik motor jer.. tapi mak aku pun nak ikut.. nak beli barang..so aku bawak la keter.. Bukan tak nak bawak moto.. gua lesen L jer (ye ke? )

Bila sampai kat pekan.. punyalah banyak kete.. jam nak mampus... Kitorang carik-carik parking tapi tak dapat... last-last buat keputusan nak parking kat atas Terminal One.

Punyalah menyesal masuk sana, kete banyak giler, giler pun tak banyak macam ni.. aduss.. jalan pun macam siput.. dah macam dalam citer Resident Evil.. orang sesak sesak nak lari dari zombie.

Dekat 2 jam dalam tekanan.. akhirnya dapat gak la parking.. kitorang pun bergegas la ke KM Plaza, mana tak bergegas.. mak aku tak masak lagi ni..

So aku straight la ke kedai baju tu, manakala mak aku pi nengok-nengok baju dan kain tudung.

Dalam pada kesempatan tu.. mak aku sempat beli cd cetak rompak.. best la mak aku ni :) Resident Evil, Ectinction. Best woo..

Time nak balik, sekali lagi kami terperangkap kat area parking Terminal One.. jam nak mampus.. nilah buktinya.. kete jalan macam siput khinzir jer. Sabau jer la..

Akhirnya kami dapat juga menikmati udara segar bila keluar dari area parking tersebut.. tapi kat luar pun jam jugak.. hampeh..

Bapak aku dah 2,3 kali call.. tanya kat mana.. mak aku cakap.. nampak gayanya kene beli makan kat luar jer la.. mak aku cuba buat gaya-gaya sedih... kononnya sedih sebab tak sempat masak la.. padahal dalam hati suka giler.. yer la.. tak yah masak.. hihihi...

Kami sampai kat umah dah dekal pukul 6.15.. adusss letih beb... tekanan.. takperlah.. anggap jer la ni dugaan dibulan Ramadhan :)

Nilah beg baju raya gua. Sila abaikan kaki gua yang ter interframe tu yer

Nilah baju raya aku.. tema aku tahun ni hijak katak pisang.. ok tak?

SQL Injections

Posted by ghimau under
Hmm.. Its been quite a while since I'm been playing with these stuff. Actually during this Ramadhan.. I'm quite tired to do this hacking stuff.

For a couple of weeks I'm been reading the old version of Hacking Exposed Web Application..eventhough its old, but it provides a strong doundation and understanding in 'hacking' and securing your web applications.

Tested a bug from milworm, more sql injections :) The actual script from milworm is like this :

index.php?action=readmore&id=-1%20union%20select%200,1,concat(passwd,0x3a,userid,0x3a,adminid),3%20from%20admin/*

Change it a bit, and I got full path disclosure :) Nice.

If I have time, i would try to enumerate the user tables also :)
Well the countermeasures : Do not be very kind to display those 'hacker's friendly' error/warning message. Do your own custom message to obfucaste the real one. Hihhihi

Kereta oh Kereta

Posted by ghimau under
Isnin lepas aku terpaksa amik emergency leave. Perut sakit giler time pagi tu.. lepas tu badan lak memang rasa letih sangat. Aku call aunty virus nak bagitau, aku tak larat gi opis, rupanya dia pun tak gi keje gak.. mc.

Lepas tu dalam kul 12.00 badan aku dah makin sihat. Aku amik insiatif untuk gi kedai aksesori kete, nak baiki alarm system dan suis power window kelisa aku tu. Suis tu mahal rupanya, kene ganti whole set, semuanya aku kene dalam RM 235.00. Nak buat macam mana kan.. kete aku gak. Aku pasang pedal racing, cun wo.. alamak.. terlupa lah nak amik gambar pedal tu :)

Lepas tu aku plan nak servis kete, aku ajak la alia gi sama. Servis kat kedai tu dia dah siap pakej, RM98.00. Yang bestnya time orang tu tuang minyak itam, alia cakap minyak dia kuning la.. bukan itam.. nape ek? hihihi.. apa la .. minyak tu bila dah kotor baru lah jadi itam.

Awek aku posing kat kedai servis kete tu.


Semalam lak aku dan aunty virus kene gi serting dan juaseh, sekali ada lawatan tapak la. Macam kontraktor la pulak kami ni.

Sepanjang perjalanan tu aku rasa lapar giler.. Nasib baik tak singgah KFC beli makanan.. hihihi.. aunty virus cuba nak menguatkan iman aku, dengan menyuruh aku baca surah al fatihah dan yaasin. Hihihihi..

Balik tu aku sempat mandi dulu. Aku mandi limau tau. Bukan apa limau ni, ada nilai-nilai pembersihan rohani dan jasmani. Selalunya limau purut digunakan untuk tujuan perubatan, tapi aku mandi tu saje jer.. sebagai petua untuk mencergaskan otak, badan dan rohani. Benda ni yang mat saleh kaji pastu buat aromaterapi.


Mandi limau ni tak leh time malam, kene petang-petang atau pagi, sebab limau ni sejuk. Pastu masa nak mandi niatkanlah, limau ni sebagai simbolik untuk membuang kekotoran zahir dan batin pada tubuh. Ni kira macam pembuka jer la.. sebab hakikatnya segalanya bergantung pada amalan kita. Yang paling utama adalah solat.

Limau yang telah siap dibelah untuk aku mandi. Hihihi


Lepas tu aku ajak la alia kuar, nak bukak puasa.. yer la kempunan nak curik makan KFC tadi tak dapat :P. Sementara tunggu waktu berbuka tu, kitorang gi la round-round kat MPH. Aku terjumpa satu buku ni, aku tanya kat lia, ok ke buku ni.. setelah dia belek-belek hampir 5 minit.. dia kata ok buku ni... so aku pun beli la. Bukan apa.. sekadar mengisi masa lapang

Buka Puasa

Posted by ghimau under
Hmm.. lama dah aku tak update blog ni.. yer la.. bz memanjang. Minggu lepas meeting seminggu tu.. Isnin pulak aku sakit perut.. gara-gara aura aunty virus kot aku sakit perut tu :) Semalam lak gi lawat Serting dan Juasseh.

Minggu lepas walaupun bz, ujung minggu tu sempat la alia dan aku bukak puasa kat A-One Port Dickson. Pagi sebelum tu dia teman aku bayar duit kete.. sambil-sambil tu dia cuba mengaburi mata aku dengan aksesori yang dia baru beli.

Inilah barangan aksesori yang dia baru beli tu. Beliau cuba nak menggoda aku supaya membayar harga-harga aksesori tersebut. :P Namun dengan bijaknya aku berjaya menepis godaan beliau.


Awek gua cuba menggoda aku agar membayar wang yang dibazirkannya untuk membeli aksesori tersebut. Mintak maaf yer :P


Petang tu cadangnya nak gi berbuka sama. Aku siap dah masuk dalam kete dia dah, sampai kat trafik light, berlakulah 1 adegan pergaduhan. Puncanya aku buat lawak, time tu ntah apa ntah angin dia.. dia bengang.. so dia terus antar aku balik. Cis sungguh.

Memandangkan aku ni merupakan seorang balak yang berhati kudus, Jumaat tu aku ajak la dia berbuka di A-One Port Dickson... kira ok la makanan dia. Dah tak sedap sangat kalau banding dengan dulu. Awek aku pesan tom yam campur, aku lak pesan chicken chop.

Sementara menunggu makanan, aku godek-godek la dashboard kete alia.. terjumpa 1 set kitab 52 (hihihik daun pakau la tu). Yerla aku ingat.. dulu aku yang suh dia beli daun terup tu.. nak ajar dia main.

So aku pun ajar la dia main. Kitorang main terup tu dalam kete.. 2 kali main, 1 kali dia menang, 1 kali aku menang.

Pastu kitorang pun pegi kedai.. order la makanan.. makanan lambat sampai.. sementara tunggu tu.. dengan tak malunya, kami pun main la daun terup kat kedai tu.. kali ni 2 game aku menang.. hihihi

Gua sedang asyik meneliti daun pakau ni. Hihihi.. Nasib baik tak main duit.. Haram ooo


Awek gua sedang meniti saat-saat kekalahan. Hihihi. Dia tak bagi aku amik gambar yang menampakkan wajah dia.. sebab time tu muka dia dah macam nak nangis dah.. Yerla.. orang tengah kalah la katakan :P