Kisah Motorku

Posted by ghimau under
Semalam aku mintak kebenaran dari aunty virus untuk balik awal, alasan aku adalah untuk membaiki motor ku yang tersadai hampir 2 minggu kerana tayar pancit. Namun begitu, aku dapat merasai sedikit kedengkian dan kekejaman di hati aunty virus, kerana beliau membuli aku sebelum menandatangani buku log keluar. Namun dengan ayat-ayat manis dan wajah yang kudus, aku berjaya mendapatkan tandatangan beliau.


Ini merupakan gambar motorku yang menjadi kegilaan aweks aweks di UPM satu masa dahulu. Cuba perhatikan sticker tengkorak terbang tu, itu menunjukkan betapanya motor ini merajai highway seremban - UPM suatu masa dahulu. Kiranya dulu ni motor rempit la ni, cuma aku jer yang malas nak mengaku


Aku terpaksa menolak motor ni dari rumah ke kedai cina yang jaraknya hampir 2 kilometer. Letih wo.. Dalam perjalanan aku diduga dengan beberapa dugaan. Salah satunya, aku melalui satu tokong cina di bawah sebuah pokok yang sangat besar. Dalam tokong tu kelihatan satu entiti yang biasa ku lihat. Wah.. buah pisang dan buah limau, nampak fresh lagi. Namun aku kuatkan semangat ku dari mencilok buah buahan tersebut.

Beginilah keadaan motor ku, setelah dibaraikan oleh apek mekanik tu. Siap dia tanya lagi kat aku "Ni moto sulah berapa lama lu talak basuh ma" Aku dengan tersipu sipu menjawab, "Lu boleh tolong basuhkan ke apek?" Lalu apek tu memandang aku dengan wajah yang slek (betul ke ejaan tu)



Petang tu awek aku ajak gi KM Plaza, nak beli baju raya katanya, ada la dalam 4 jam pusing-pusing tengok baju, tapi langsung tak beli apa-apa. Ni semua menguji kesabaran aku ni. Melihatkan wajahku yang hangin, awek aku dengan romantis nya mengajak aku berbuka puasa di KFC JayaJusco, katanya dia nak belanja. Yea..yea.. Sebenarnya kitorang nak makan kat Johan Seafood, tapi sebab dah lewat, takut tak der tempat, so gi KFC jer la.

Awek aku menimbang berat badan sebelum berbuka puasa. Kononnya nak budjet la berapa banyak yang dia patut makan time bukak pose nanti. Hihihik. Berat badannya terpaksa dirahsiakan di sini kerana dikhuatiri akan menyentuh sensitiviti pihak-pihak yang tertentu. Sekian terima kasih.


11 comments:

On 18 September 2007 at 08:41 , viruspadu said...

ko x rasa ke akak ni baik, benarkan ko balik hehehehe...

sein,
apahal JAYA jusco, tu zaman dulu la... mana ada JAYA lg dh skrg nih... aduh mamat nih

 
On 18 September 2007 at 08:52 , ghimau said...

eh dah tak der jaya jusco.. sy selalu cakap jaya jusco jer.. akak jgn nak kelentong sy.. ingat sy ni tak up to date ke?

 
On 18 September 2007 at 09:28 , Myalycia said...

wahhh.. tak sangka rupenya kau pun merempit gak yer sin.. oooo, smlm aku nmpak korang kat dlm keter rupa2 nya nak gie shoping raya lah yerk.. kantoi kantoi...

 
On 18 September 2007 at 10:40 , ghimau said...

ye ke? kantoi ke? alamak

 
On 18 September 2007 at 11:30 , Anonymous said...

wa...cerita sadis semalam....

 
On 18 September 2007 at 15:53 , فيصل said...

seronoknye bershopping bersama awek wahai en ghimau.. biasalah.. ko patut pergi time ada papan tanda "70% discount".. baru ko tgk letih tak letih... peh.. menag angka tu memukau kalbu wanita 80% apetah lagi

 
On 18 September 2007 at 16:58 , Anonymous said...

laa...awat tak basuh??patut r..nampak mcm ancient je...hehe..ye ke mat rempit??isykk..isyk..isyk...

 
On 18 September 2007 at 17:02 , InT@N said...

rempit ke dulu???

 
On 19 September 2007 at 08:37 , ghimau said...

citer kl menjerit tu diilhamkan dari motor rempit aku ni la kalau korang nak tahu..

 
On 20 September 2007 at 21:47 , fairuz said...

ingt lg kisah motor dayang? wahahaha

 
On 21 September 2007 at 08:25 , ghimau said...

ingat bro.. mana leh tak ingat.. hihhhihi

melayang rm 9 hihhi.. yang best tu.. kita sempat pau guna rm 3 time dia dating dengan awek dia.. hihhi