Courtesy to Pian a.k.a bootuck

Posted by ghimau under
Korang perasan tak header dan footer blog aku ni dah berubah? Hihihi.. baru la hackers.. yer tak?

Orang yang bertanggungjawab membuatkan header aku ni adalah pian a.k.a bootuck. Dia ni pandai buat grafik dan laman web. Kalau korang nak dapatkan perkhidmatan dia, leh la contact dia di : yan_bootuck@yahoo.com.


Ni lah hasil kerjanya.. Cun tak?




Kias Ana Faqir ilallah

Posted by ghimau under


Baruku faham kenapa,
Dijadikan dunia serta isinya,
Merosak jiwa pelbagai cara,
Lupalah diri pada af'alNYA,
Sayu dan hiba setelah terjaga,
Bukanlah ia sia-sia semata.

24 November 2008 : 10:16 pm

Aktiviti Semalam

Posted by ghimau under
Semalam aku bz sikit lah.. So tak sempat nak update blog. Tapi tak per arini aku citer sikit la aktiviti semalam.

Aku kadang-kadang tension jugak bila banyak sangat meeting ni.. macam semalam ajer ada 2 meeting, pagi dan petang. Bila asyik meeting, bila masanya kerja nak buat. Huhuhu.. lantak lah kan.. kang cakap banyak kita gak yang kena marah balik :P

Dalam kesibukan semalam aku cuba curik masa untuk buat satu tools untuk tujuan server monitoring. Sebenarnya ni projek lama aku, dari tahun lepas, dah lama terbelangkai.. start minggu lepas aku cuba buat balik sikit-sikit. Banyak penambahan dan pembetulan source code yang aku buat.

Aku namakan tools ni ghimau's monitor v2.0. Banyak lagi penambahbaikan yang akan dibuat dari semasa ke semasa. (Tu pun kalau ada kesempatan) :P Nanti bila dah siap tools ni aku publishkan.. korang leh lah cuba gunakan nanti :) Aku banyak merujuk maklumat dan contoh dari Internet. Terima Kasih Uncle Google, ko memang best :P

Aku buat tools ni guna VB 6.0. Mungkin ada yang cakap alah guna vb senang ajer. Kalau senang cuba lah buat :P Mentaliti kita memang macam ni, kita tak tahu secara mendalam tapi kita bercakap seolah-olah kita sangat mahir :P. Kalau betul tahu, cuba lah buat.. yer tak.. ni setakat cakap ajer, arwah pak ya kat kampung aku pun leh cakap :P

Ni gambar configuration panel untuk tools ni


Ni pulak screenshot About page


Ni time aku testing configuration panel. Cantik! Berjalan dengan baik :)


Arini aku try sambung sikit lagi projek ni. Hmm.. petang semalam aku kuar dengan alia. Ada la sikit gambar-gambar.. tapi aku tak sempat masukkan.. Nanti esok Insya ALLAH aku masukkan yer :)

Aktiviti Memancing

Posted by ghimau under
Memancing ni memanglah hobi aku sejak dari kecik lagi. Aku memang minat memancing. Bukan pancing awek, tapi pancing ikan :) Walaubagaimanapun aku cuba gunakan skill memancing ikan ni untuk memancing awek.. dan hasilnya.. aku dapatlah sorang awek yang comel bernama alia :P Bezanya antara alia dengan ikan-ikan adalah alia ni pandai berkata-kata manakala ikan-ikan ni tak leh nak bercakap. Huhuhu.. apa la yang aku merepek ni kan :P

Jumaat lepas rafi dan rizal ajak aku mancing kat Port Dickson. Aku pun dengan berat hati (sebab penat oo balik keje) kata ok la. Hihihi.. Si Ujang dah pegi awal dah, nak beli umpun-umpun. Kitorang pun sampai kat sana dalam kul 10.30 malam.

Pancing punya pancing, dapatlah aku beberapa ekor ikan. Seronok wei.. bila ikan tu tarik pancing kita :) Bila mancing ni kita rasa release. Pada aku memancing ni bolehlah dikatakan satu terapi untuk menghilangkan tension dan menambahkan tension (bila kita tak dapat ikan la tu ) :P

Aku rasa alatan memancing aku dah hampir complete dah.. batang pancing ajer dah ada 6 .. hihihi. Minat punya pasal.

Ni adalah kerusi keramat yang aku gunakan untuk memancing. Mana tahan berdiri ajer.. kenalah duduk. Bila duduk atas kerusi ni secara automatik tahap ke'macho'an aku bertambah sebanyak 25 %. Huhuhu


Yang ni koleksi pancing-pancing aku. Benda ni aku letak dalam bilik tidur aku. Diorang nilah peneman aku dikala sunyi.. Hihihi... alia.. dan kawin nanti kalau aku tidur dengan pancing-pancing ni ko jangan jeles tau :P


Nilah hasil hampir 5 jam aku memancing. Hihihi.. berbaloi ke? Mestilah.. dengan kepuasan yang tidak ternilai harganya.. Cewah... Mak aku bangga tau melahirkan aku sebab aku bawak balik ikan-ikan ni. Tak yah dia nak pegi pasar beli ikan :P


Ini adalah ikan bolos. Dalam sejarah career memancing aku, nilah ikan bolos yang paling besar pernah aku dapat.


Ni pulak ikan sembilang laut. Hati-hati dia ni ada sengat :P Alia.. agak-agaknya kalau aku simpan misai aku macam ikan sembilang ni ok tak? :P


Ni adalah dari spesis bawal cermin.


Yang ni adalah ikan belanak. Ikan ni nama asalnya adalah ikan beranak, sebab orang-orang dulu bila beranak ajer dia makan ikan ni. Tapi sebagaimana yang kita sedia maklum, peraih dan pemborong ikan dari dulu sampai sekarang adalah dari kaum cina. Mereka ni pelat nak sebut huruf r, so beranak jadi la belanak. Hihihi.. betul ke fakta aku ni? Belasah ajer la :P


Yang ni pulak kucing aku yang nak interframe. Kucing ni, aku bagi nama dia black. Dia ni makan frieskies tau. Kucing ni lah yang nak ditibai oleh anak kak ita. Huhuhu...


So kawan-kawan, aku nasihatkan daripada kita memancing awek, lebih baik kita pancing ikan.. :P

Security Meeting

Posted by ghimau under
Macam dalam entry kat blog viruspadu, minggu lepas aku, aunty virus dan en f ke PICC putrajaya untuk satu siri mesyuarat.

Aku dijemput untuk memberi sikit talk berkenaan dengan security. Alhamdulillah, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur program.

Kalau korang nak tahu sebenarnya aku prepare slide tu sehari sebelum talk tu dan untuk demonya aku prepare malam sebelum talk tu. Ada gak part yang tak siap, aku siapkan dalam kete.. hihihi.. yer lah aku tumpang viruspadu ke sana. Huhuh.. memang dasar mamat last minute aku ni :)

Tajuk talk aku adalah Basic Exploitation Using Metasploit. Korang leh lah download slide tu kat sini kalau berminat. Aku buat demo macam mana nak carik offset dalam vulnerable c code untuk tujuan buat buffer overflow attack. Alhamdulillah, sumer berjalan lancar. Aku demokan jugak penggunaan metasploit ni.

Yang aku paling seronok, semua ahli mesyuarat sangat berpuas hati dengan kandungan penyampaian aku. Alhamdulillah.

Macam biasa lah.. ada sikit gambar-gambar yang menjadi kenangan.. Ini adalah suasana dalam bilik mesyuarat.



Masa ni aku tengah kusyuk buat demo. Yang kat sebelah yang tengah mengintai aku tu En. N. Dia nilah ketua team kodok. Muahaha..


Ni pulak slaid aku. Time ni aku tengah bincangkan apa itu Metasploit.


Dan akhirnya Pengerusi menyampaikan cenderahati. Thanks.. Rasa terharu la pulak


Petang tu pulak kitorang ada sesi lawatan. Ni lah gambar aku dengan team aku yang ganaz...Muahaha


Cuba korang tengok kitorang (aku, viruspadu dan encik f). Tahu tak kitorang tengah bincang apa tu? Kitorang tengah bincang nak cabut balik umah. Hahaha


Ni pulak gambar viruspadu(tudung kuning tu) yang sedang rancak mengkelentong salah seorang dari ahli mesyuarat. Aku cuba nak curik dengar tapi tak berjaya. Kalau korang nak tahu dia cakap apa.. tanya lah dia sendiri. Huhuhu


Untuk makluman, masa aku bagi talk tu, versi metasploit yang latest adalah 3.1 skang ni dah ada versi 3.2. Untuk maklumat lanjut sila ke sini.

Sepetang di opis den

Posted by ghimau under
Macam-macam hal yang berlaku kat tempat kerja aku ni. Ada yang seronok, ada yang kurang seronok, dan macam-macam lagi la. Tapi overall, opis aku ni memang la best.

Kat opis aku ni selalu ada budak-budak praktikal. Diorang masuk sini untuk memenuhkan syarat kredit diorang. Macam-macam la diorang kene buat bila masuk sini. Selalunya diorang ni jadi 'mangsa' untuk buat sistem la. Huhuhu. Tapi yang baiknya, diorang leh la blajar.. ye tak :P

Aku ni memang rapat dengan budak-budak praktikal. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab aku ni hensem kot :P Kalau tak caya cubalah korang tanya sendiri kat kidol.. Huhuhu...

Untuk tidak membuang masa lagi, aku nak tepek gambar pulak.

Nilah jejaka yang hensemnya kurang sikit ajer dari aku. Dia ni kira macam taiko budak-budak praktikal kat sini. Nama dia dalam IC, Pian, tapi kawan-kawan dia panggil dia botak. Aku pun tak tahu la nape


Ni pulak awie namanya. Jejaka idaman gadis dan separa gadis (pondan la tu). Huhuhu. Dia ni technician kat tempat aku. Dia ni memang rajin buat kerja. Dia bukan ajer pandai buat kerja komputer, memasak pun dia pandai. Dia selalu masak meggi la.


Yang tengah tidor ni nina nama dia. Nama manja dia ninot. Wei.. dah la tu.. janganlah tidur.. siapkan kerja tu cepat.. Huhuhu


Ni pulak awek aku. Eh.. bila masa lak dia praktikal kat sini.. Huhuhu bukan lah.. saje nak interframe. :) Walaupun mata dia lalok, dia bukanlah mabuk brandi, tapi dia mabuk air cincau jer tu :P


Nilah warga praktikal yang lain. Sedang khusyuk buat kerja. Tapi bila gi dekat, bukannya buat kerja, tapi main chatting. Apa la..


Begitulah serba ringkas cerita tentang opis aku :)