Hahaha.. entry kali ni bengang aku bengang aku bengang.. hihihi.. Hmm.. mana tak bengang.. aku balik jer dari kursus Jumaat lepas dah kene siapkan satu web. Web tu lak nak dilaunch hari Selasa. Sosial tul la!
Aku dah plan aktiviti untuk ujung minggu ni.. tapi terpaksala cancel.. :( aduss.. bengangnya..
Macam ni la rupa aku bila bengang

So semalam aku buat la secara intensif web ni.. walaupun aku bengang :) Buat web ni guna template free, tapi lagi azab rupanya.. sebab css dia ntah apa-apa.. tak paham aku.. payah giler nak susun. So aku buat layer-layer yang baru overwrite layer yang asal..
Ni lah sebahagian fail web tu

Bila nak edit dalam dreamweaver, nak tak nak kene 'main' dengan dia punya code dan css, kalau tak margin dia lari.. Sosial tul!

Hmm.. aku ni peminat limau mandarin, kalau sekotak tu aku sorang leh abiskan dalam masa 2 hari. Semalam dekat 10 biji limau tu aku bedal one shot.. akibatnya.. sakit perut woo... Ingatkan makan limau banyak-banyak leh ilang tension.. rupanya lagi tension :)

Lepas tu aku dah malas nak usik dah web ni.. aku nengok tv sat.. ada bola.. walaupun aku tak minat langsung bola ni, tapi aku nengok gak la..

Pastu aku sambung la balik web ni.. Dan hasilnya.. inilah dia web tersebut. Grafik tu aunty virus yang buat


Hmm.. ni kang time nak update web ni rasanya besar kemungkinan aku gak yang kene update ni.. yer la nanti kang orang lain tak tahu structure dia.. entah la.. ikut jer la.. dah nasib badan :)
Petang semalam, aku sms aunty virus, kalau kita launch live, bahaya gak.. takut tiba-tiba internet down, pastu terus terang, aku tak yakin dengan setting dns yang 'akan' di buat. Nanti kalau tak leh bukak, unit aku gak yang dipersalahkan. So aku cadangkan buat fake dns lookup. Guna domain dia tapi point kan ke localhost, dalam masa yang sama dia leh gak gi internet, jadi kalau orang nengok memang nampak macam live la :)
So malam tadi lepas siapkan web tu, aku buatlah setting benda ni. Ni yang menarik ni.. mencabar sikit :P Dan alhamdulillah, aku berjaya.. yea yea.. memang rasa best time tu bila berjaya buat. So bertambah yakin lah kitorang kalau nak launch web ni. :)
Pagi tadi aunty virus datang jap, semak web tu.. ada gambar-gambar skit yang nak dimasukkan. Aku ingat malam kang la aku buat.. aku dah malas ni :P