Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.
Al-Kahfi ayat 110
Mencintai baginda Muhammad saw itu adalah wajib hukumnya. Barang siapa menyintai Rasullullah bererti dia itu menyintai ALLAH. Begitulah akrabnya hubungan ALLAH dengan Rasulullah.
Adalah baginda Muhammad itu menjadi 'wakil' ALLAH di atas muka bumi ini, menyimpan segala rahsia 7 petala langit dan 7 petala bumi,sangat tinggi akhlaq dan budi, sehinggakan bulan dan matahari pun sujud malu ketika hendak menatap wajah baginda. Subhanallah...
Apakah rahsia agong yang dipegang oleh baginda? Itulah dia, barangsiapa berharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah syirik kepada ALLAH. Inilah rahsia yang paling besar, puncak kebahagiaan yang paling nikmat, menara kejayaan yang paling tinggi.
Berhati-hatilah dengan bahaya syirik, kerana syirik itu adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di kala malam yang gelap gelita. Carilah jalan untuk membebaskan diri dari dibelengu syirik!