Huhuhu.. wonder pets datang membantu.. apa yang penting? kerja sama, apa yang penting? kerja sama.. huhuh.. layan beb cerita ni. Tapi entry aku bukanlah nak review pasal citer ni tapi nak citer pasal suasana kat opis aku. Huhuhu
Hmm.. aku dah lama sabar dah dengan attitude segelintir umat kat opis aku ni. Bila bab kerja memang berkira sangat. Tak tahu la aku apa nak kata. Bila kerja diorang, aku duk bantu, tapi kerja aku tak der siapa pun bantu. Huhuhu... Mana perginya semangat wonder pets ? :P
Lepas tu pulak kalau tak geti bukannya nak tanya, masing-masing dengan egonya yang tak bertempat. Dalam sekysen aku ni, aku sorang jer yang ada diploma, yang lain-lain sumer ada degree. Kalau ikutkan aku yang patut belajar dari diorang atau diorang yang patut belajar dari aku? Huhuhu... pelik pelik...
Bila ada isu tak nak bincang, tak nak babitkan aku sama, tapi bila problem tak leh settle tup tup aku gak yang kena settlekan. Yang paling best tu, bukannya nak amik tahu macam mana aku buat. Bila dah kena tegur dengan pengarah baru lah terhegeh hegeh carik aku, kononnya nak belajar.
Vendor pun kadang pelik, diorang duk tanya, si X ni tak tahu ke ko boleh buat benda ni? Huhuhu.. biasalah kan, selalunya kita tak kenal dan tak mahu iktiraf kebolehan staff kita, tu yang jadi macam ni. Mungkin ada unsur unsur dengki kot? Huhuhu.. macam mana lah nak maju kalau macam ni beb!
Vendor pun lebih selesa berurusan dengan aku. Alasan diorang memang make sense, diorang kata ko ajer yang paham bab teknikal kat sini, kalau tanya orang lain sumer nya tak tahu. Hmm.. takkan lah yang lain-lain tu tak nak amik inisiatif untuk amik tahu. Malu lah sikit. Adoyai.. bak kata nabil. Tak pikir ke, aku ni macam mana pulak tahu? Ilmu tu datang melayang ke? atau datang bergolek ke?
Macam isu virus kat *****, aku ada seminar yang kena hadiri, so diorang kena gi settlekan. Petang tu baru nak tanya kat aku apa yang kena buat. Isy.. macam mana aku nak ajarkan, benda ni pengalaman beb. Aku carik pengalaman ni 3,4 tahun, takkan dalam masa 5, 10 minit aku leh ajar pastu leh jadi pandai? Tu pun aku ajar jugak lah mana-mana yang aku rasa patut.
Mungkin selama ni bila ada problem, aku sorang jer yang amik tahu, yang susah payah settlekan. Takder siapa yang betul-betul nak kerjasama. Diorang nampak macam simple sangat, tak pernah nak amik tahu kesusahan yang aku alami untuk settlekan masalah ni. Nah, bila sendiri kena buat, baru tahu macam mana.
Macam yang aku jangkakan, diorang tak leh settlekan isu virus tu. Hmm.. bos dah pesan kalau ada problem tepon atau sms lah aku, tapi takder pun. Yang lagi best ada lak cakap aku tak nak ajar, aku tak bagitau awal masalah ni, salahkan aku pulak.. huh.. Boleh pulak cakap aku tak ajar? Adoi.. tugas aku ke nak ngajar diorang ni? Kalau lah macam tu, lagi baik amik budak-budak lepas spm, lepas tu suh aku ajar.
Alhamdulillah, nexy day nya aku pergi dan dapat settlekan isu virus tu. Hmm.. bila aku hantar email bagi cadangan, bagi pandangan, takder sorang pun yang reply balik nak ajak bincang ke apa, yang selalu reply, pengarah ajer la. Aku rasa macam cadanngan-cadangan aku ni ibarat mencurah garam ke laut.
Tak per lah.. aku ingat aku nak buat satu kejutan dalam next management meeting. Aku nak bagi tau pengarah yang aku nak tukar seksyen lain. Aku tak mau amik tahu lagi pasal masalah diorang. Sendiri mau ingat la. Siapa suh tak nak kerjasama.. huhuh... lain kali layan lah citer wonder pets.. apa la.. :P